Ainul Raniya meratapi gambar pernikahannya bersama Izham.Gambar itu menunjukkan Izham senyum dan dia pula hanya bersahaja.
Langsung tidak senyum.
Ye lah,waktu itu dia ingin berkahwin dengan Hazeeq Zharfan dan bukannya bersama Izham.
Dia patut berterima kasih kepada Hazeeq Zharfan kerana menyatukan dia bersama Izham.Jika tidak,pasti dia tidak akan jadi sebegini.
Izham banyak membawa perubahan kepada dirinya.Sungguh dia berasa bahagia bersama lelaki itu.
Namun,kini dia keseorangan.Izham telah tiada lagi di dunia ini dan meninggalkannya buat selama-lamanya.
"Maafkan I,Am.I ikhlaskan pemergian you,sayang.." ujarnya seorang diri.
"Ainul.." kata Dato Raihan di muka pintu bilik anaknya.
"Erm..dad.."
Segera Ainul Raniya mengesat air matanya.Dia menghadiahkan senyuman buat daddynya.
"Ainul,tak payah sembunyi.I nampak semuanya.."
Dato Raihan memeluk tubuh puterinya itu.
"Dad,I masih tak boleh lupakan Am.I rasa Am masih ada di sisi I.I tak kuat,dad.."
"Sayang,you are strong women.I yakin pada you.I tak suruh pon you lupakan Am.I and your mom pon tak nak lupakan Am.Bagi kami,Am tu seorang menantu yang terbaik yang pernah kami ada.."
Makin deras air mata Ainul Raniya jatuh disaat mendengar kata-kata Dato Raihan.
"I nak you kuat.I nak tengok my daughter yang dulu.Yang tak pernah kenal erti putus asa.I nak you bangkit untuk teruskan kehidupan you.."
Datin Ainnur yang berdiri di luar pintu bilik anaknya juga turut mengalirkan air mata.Terharu dengan kata-kata suaminya.
"Minggu depan,I nak you ambil alih tempat Am.I tak nak tengok my daughter yang lembik macam ni.Okay?"
Ainul Raniya terpaksa mengalah.Dia menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
🎲🎲🎲
Syuhayra tersenyum puas di saat mendengar khabar berita yang mengatakan pernikahan Hafeef Zafriel dan Nayra Aleesya ditangguhkan buat seketika.
Tidak menyangka rancangannya berhasil.Sedikit sahaja lagi lelaki itu akan menjadi miliknya.Itulah,jual mahal lagi.
Dia juga tidak menyangka apabila anak buahnya sangat reti buat kerja.Tidak sia-sia dia membayar mereka untuk meleyapkan kedua ibu bapa Nayra Aleesya.
Dia yakin kedua ibu bapa gadis itu adalah kelemahannya.
Itulah,berlagak lagi dengan dia.Dia tidak terfikir pula gadis itu sanggup menangguhkan pernikahannya.Itu akan memudahkan lagi kerjanya untuk mendapatkan lelaki pujaannya.
"Tak sia-sia aku upah korang.." ujarnya sambil tersenyum puas.
Dia mengambil dua sampul berwarna coklat lalu diberikan kepada dua orang yang diupahnya.
"Nah,untuk korang.Nanti time aku nak kena tangkap basah dengan mamat tu pon,aku nak korang yang panggil orang.."
"Beres,bos!"
"Okay,korang boleh blah.."
"Terima kasih,bos.."
Syuhayra hanya menganggukkan kepalanya.Disaat itu,dia terlihat Nayra Aleesya.Dia segera menegur gadis itu.
"Hai.Do you remember me?" ujarnya.
"Ara kan?"
"Pandai lah you ni.Erm..I dengar parents you dah meninggal.I ucapkan salam takziah lah pada you.." ucap Syuhayra tiada perasaan.
"Terima kasih tapi macam mana awak boleh tahu?Sebab setahu saya,kita dua tak berapa kenal.Tu yang saya tanya.." kata Nayra Aleesya pelik.
"Ohh,I tahu dari Hafeef lah.Dia dengan I mana ada rahsia.Rahsia dia,rahsia I juga.." sengaja Syuhayra menyebut nama Hafeef Zafriel.
Nayra Aleesya hanya tersenyum tawar mendengar kata-kata Syuhayra.
"I gerak dulu lah.Nanti jammed pulak.Ada masa kita jumpa lagi,ye?" ujar Syuhayra kemudian mula meninggalkan perkarangan taman itu.
Dia tersenyum puas.
Nayra Aleesya memandang cincin pertunangan yang tersarung elok di jari manis kanannya.
"Nayra?"
Dia mula mengangkat mukanya disaat seseorang menegurnya.Ternyata kembar tunangnya.
"Hadeef?Awak buat apa dekat sini?Erm..duduklah.." pelawanya.
"Terima kasih.."
Hadeef Zafriel memandang wajah Nayra Aleesya.Tiada keceriaan lagi di wajah itu.
"Nayra,saya sebenarnya ada sesuatu nak cakap.Saya cuma nak jujur dengan awak je.."
"Apa dia?"
"Saya tahu awak tunang kembar saya tapi ikhlas dari dalam hati saya,saya cintakan awak,Nayra.Saya sayangkan awak.Saya kecewa bila mummy pinangkan awak untuk Hafeef dan bukannya untuk saya.Jadi saya nak jujur dengan awak sebelum awak bergelar isteri pada Hafeef.." jujur Hadeef Zafriel berkata.
Terkejut Nayra Aleesya mendengar pengakuan kembar tunangnya.Tidak menyangka yang selama ini lelaki di hadapannya ini mempunyai perasaan terhadapnya.
YOU ARE READING
Cinta Tidak Sempurna
Altele#2019/2020 Coverby:@nurshaziera Sequel dari STMA Ini kisah mengenai Ainul Raniya yang sudah berubah dan sudah pulih dari masalah kesihatannya. Izham,suaminya yang sangat setia dan sentiasa menyokong apa jua yang dilakukannya.Namun,takdir tidak memih...