Datin Ainnur menatang dulang lalu dibawa ke ruang tamu.Suami dan menantunya rancak berbual mengenai anak kesayangannya.
"Masih tak de berita dari pihak polis ke,Feef?" soalnya ingin tahu perkembangan tentang kehilangan Ainul Raniya sudah hilang hampir 3 hari.
"Belum lagi,mummy.." balas Hafeef Zafriel seakan berserah pada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Laporan sudah dibuat jadi dia hanya perlu tunggu pihak berkuasa memaklumkan padanya jika isterinya itu sudah dapat dijejaki.
Itupun dia membuat laporan secara senyap-senyap.Hanya orang tertentu sahaja yang tahu.Malas mahu heboh.
"Feef,terima kasih sebab setia pada Ainul.Terima kekurangan dan kelebihan Ainul.I bersyukur sangat dia dapat suami sebaik you.You percayakan dia walau apa pon orang cakap pasal dia.." ucap Datin Ainnur ikhlas.
Hafeef Zafriel hanya tersenyum mendengar kata-kata ibu mentuanya.
"Dah jadi tanggungjawab saya,my.." balasnya dengan begitu sopan.
🎲🎲🎲
Arif Raihan tiba di bilik yang menempatkan Ainul Raniya.Persoalan demi persoalan timbul di akal fikirannya.
Lelaki yang menjaga Ainul Raniya siang dan malam itu lagi membuatkan dia tertanya-tanya.Siapakah dia?Mana suaminya?
Melihat Ainul Raniya yang masih belum sedarkan diri,membuatkan dia berasa risau.Kata sahabatnya yang merawat Ainul Raniya,peluru yang ada di bahagian pinggang dikeluarkan semasa pembedahan.
Lagi dia musykil.Ainul Raniya kena tembak?Siapa yang menembak gadis itu?Apa sudah terjadi?Sungguh dia pening.
"Doktor buat apa dekat sini?" soal seseorang.
Arif Raihan tersentak.Dia menoleh ke arah yang menegurnya.Lelaki itu.
"Err..saya cuma lawat Ainul.." balasnya teragak-agak.
Walaupun dia juga seorang lelaki,dia tetap berasa gerun dengan pandangan lelaki dihadapannya ini.
"Doktor kenal Ainul?"
"Saya kawan lama dia.."
"Ohh,I see.."
"Apa hubungan encik dengan Ainul?Abang dia ke?Setahu saya,Ainul anak tunggal.." ujar Arif Raihan ingin tahu.
"Saya macam doktor jugak.Kawan lama.."
Arif Raihan hanya menganggukkan kepalanya walaupun dia sebenarnya masih tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu.
"Erm..saya keluar dulu lah.."
Dia mula meminta diri dan beredar keluar dari bilik itu.
Serentak itu,sekumpulan anggota polis menyerbu ke arahnya.
Terkejut dia.
"Ada sesiapa dekat dalam?" soal Inspektor Araz.
"Encik cari siapa?"
"Kami dapati Cik Ainul Raniya berada di hospital ini dan sudah hilang selama beberapa hari.." jelas anggota polis itu.
"Hilang?"
"Ye,erm..siapa lelaki yang ada dalam bilik ni?" soal Inspektor Araz sambil menjenguk dari luar.
"Kawan lama dia.."
🎲🎲🎲
Hafeef Zafriel segera bergegas ke hospital apabila mendapat maklumat dari pihak polis tentang keberadaan isterinya.
Dia menerpa ke bilik yang menempatkan isterinya.Luluh hatinya melihat keadaan isterinya yang masih belum sedarkan diri.
"Sayang,bie datang ni.." ujarnya sambil mengusap perlahan ubun-ubun isterinya.
Menurut penerangan pihak polis,mereka mengagak isterinya itu kemungkinan diculik.Dia meraup wajahnya seketika.
Terasa dia sebagai seorang suami yang gagal melindungi isterinya.
"Sayang,maafkan bie.Bie gagal lindungi sayang.Bie gagal jaga sayang dengan sebaik yang mungkin.Jangan tinggalkan bie.."
Perlahan-lahan air mata Ainul Raniya mengalir dari tubir matanya yang tertutup.
Satu kucupan singgah di dahi dan pipinya.
Deringan telefon menyentakkannya.Ternyata bapa mentuanya.
"Feef,Ainul okay?"
"Ainul okay cuma dia masih belum sedarkan diri.Daddy jangan risau.Feef akan jaga Ainul.."
"Daddy percayakan kamu,Feef.."
🎲🎲🎲
"Mummy betul-betul tak faham dengan Feef.." kata Datin Zafrina tidak puas hati.
Mereka satu keluarga duduk di ruang tamu pada malam itu.
Ain Syifa ingin menyampuk namun dibatalkan sahaja niatnya kerana dia tahu ibu mentuanya itu pasti akan bertambah-tambah marah terhadap Ainul Raniya jika dia membela adik iparnya itu.
Aryn Zuliyana yang berada di atas ribanya sudah nyenyak tidur.Penat agaknya seharian bermain.
"Zharfan pon dah berbuih mulut nasihatkan Feef tapi dia langsung tak percaya kata-kata abang dia ni.Nak jugak menangkan isteri dia tu.." ujar Hazeeq Zharfan pula.
Hadeef Zafriel dan Hareesya Zafira hanya diamkan diri.Malas mahu campur.Nanti kena marah pula.
Dato Hareez juga begitu.Dia hanya mendengar sambil ralit dengan fon ditangan.
Ucapan syukur diucapkan di dalam hati kerana Hafeef Zafriel sudah memberitahu yang pihak polis sudah dapat menjejaki Ainul Raniya.
Sorry lambat😭Otak blank nk buat scene polis tu😂😂Klau rasa x logik,abaikan je😂😂
YOU ARE READING
Cinta Tidak Sempurna
Altele#2019/2020 Coverby:@nurshaziera Sequel dari STMA Ini kisah mengenai Ainul Raniya yang sudah berubah dan sudah pulih dari masalah kesihatannya. Izham,suaminya yang sangat setia dan sentiasa menyokong apa jua yang dilakukannya.Namun,takdir tidak memih...