Bab 3

2.2K 202 15
                                    

*Yoorin's dream*

16 tahun yang lalu...

"Berapa kali saya nak cakap,saya tak ada duit?!Abang tak faham ke?!Duit yang ada sekarang ni pun untuk Yoorin dengan Yoongi bayar yuran sekolah?!!"

Yoorin menangis di dalam pelukan abangnya,Yoongi.

"Oppa,Yiyin takut" Rengek Yoorin sambil menangis kecil.Bunyi kaca pecah serta barang-barang jatuh di atas lantai membuatkan kedua-dua nya takut mendengar kedua-dua ibu bapanya bergaduh.

"Shh,jangan takut.Oppa ada" Pujuk Yoongi sambil mengusap belakang tubuh adiknya.

"Ok tak apa!Kalau kau tak nak bagi duit kat aku,aku jual anak perempuan kita kat along"

Yoorin yang dengar ayahnya berkata demikian semakin takut.Baju Yoongi digenggamnya erat.Pintu bilik dibuka dari luar menyebabkan Yoorin semakin mengeratkan pelukannya.

"SINI KAU!!!" Tubuh kecil Yoorin diheret dengan kasar.

"Oppa!!!Tolong Yoorin!Appa,lepaskan Yoorin.Yoorin tak nak kena jual!!!" Raung Yoorin dengan tangisan sambil cuba untuk melepaskan diri dari ayahnya.

"Diam!!!" Jerkah Tuan Min.Pipi Yoorin ditampar dengan kuat sehingga merah.

"Appa!!!Lepaskan Yoorin" Kata Yoongi sambil cuba untuk menarik Yoorin dari appanya.

"Tepi kau!!!Jangan kacau aku!!!Anak tak guna!Hidup cuma menyusahkan aku je!" Jerkah Tuan Min lalu menolak Yoongi sehingga menyebabkan Yoongi terjatuh ke lantai.

"Abang!Lepaskan anak-anak kita bang!Mereka tidak bersalah!" Kata Puan Min sambil menangis lalu cuba untuk menarik Yoorin dari suaminya.

    "TEPI!!!Perempuan tak guna!!!" Jerkah Tuan Min lalu menolak Puan Min sehingga menyebabkan kepala Puan Min terhentak kuat di bahagian bucu meja.Darah mula mengalir di bahagian kepala Puan Min

    "Omma!!!" Yoorin merentap tangannya sekuat hati dari pegangan ayahnya lalu berlari ke arah ommanya.Begitu juga Yoongi.

"Omma,bangun.Jangan tinggalkan Yoorin" Kata Yoorin sambil menangis.Tubuh ibunya yang tidak berdaya dipeluknya dengan erat.

Manakala Yoongi,hanya menangis sambil memeluk tubuh ibunya yang pengsan dengan kepala ibunya yang semakin banyak mengeluarkan darah.

"Anak tak guna!!!Sini kau!!!" Tuan Min menarik Yoorin dengan kasar dari sisi Puan Min.

"ARGHH!!!" Tuan Min jatuh tersungkur apabila ada seseorang memukul belakang lehernya dengan kuat.

    Yoongi melempar kayu ke tepi lalu menarik tangan Yoorin lari menuju ke hutan.Tiba tiba terdengar satu das tembakan.Yoongi menoleh melihat ayahnya yang mengejar mereka berdua.

    "Jangan lari!" Tuan Min mengejar mereka sambil mengacukan pistol ke arah mereka.

"Aduh!" Kaki Yoorin tersadung kayu menyebabkan Yoorin terjatuh sehingga lututnya terluka.

Yoongi mendukung Yoorin lalu membawa adiknya ke tempat kawasan semak-samun untuk bersembunyi.

"Adik,dengar sini.Oppa nak adik lari dari sini minta bantuan dari orang lain.Arrasseo?" Kata Yoongi.

"Oppa nak pergi mana?" Tanya Yoorin.Tangan Yoongi digenggamnya erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

"Oppa nak selamatkan omma kita.Tapi andai oppa tak selamat nanti,oppa nak Yoorin tahu yang omma ngan oppa sangat sayangkan Yoorin.Ingat tu.Walaupun Oppa dah tak ada di sisi Yoorin nanti,tapi oppa selalu ada di hati Yoorin" Kata Yoongi sambil cuba untuk menahan air mata yang ingin keluar di tubir matanya.

"Oppa jangan tinggalkan Yoorin.Yoorin tak nak oppa mati.Nanti siapa nak main kejar kejar dengan Yoorin,nanti siapa nak masak kan nasi goreng kimchi favourite Yoorin,nanti siapa nak lindungi Yoorin bila Yoorin dalam bahaya" Kata Yoorin lalu menangis di pelukan Yoongi

Air mata yang ditahan oleh Yoongi tadi mula mengalir deras bila terdengar kata kata Yoorin tadi.Yoongi mengambil sesuatu di dalam kocek seluarnya lalu diletakkan di tangan Yoorin.

"Kalau adik rindu oppa,adik pakai rantai yang oppa bagi ni setiap hari.Ya?Jangan menangis.Nanti tak cantik adik oppa.Buruk muka adik bila menangis.Adik kena kuat lepas ni,arrachi?" Pesan Yoongi.Yoorin angguk.Yoongi tersenyum lalu mencium dahi Yoorin.Air mata yang tersisa di tubir mata adiknya dia mengelap menggunakan ibu jarinya.

"Selamat tinggal,adik" Kata Yoongi lalu keluar dari kawasan semak samun tersebut.

"Oppa!!!Jangan tinggalkan Yoorin!!!" Yoorin menangis teresak-esak.

DORR!!!

Yoorin terkedu apabila dia mendengar bunyi tembakan.Yoorin menekup mulutnya menangis memikirkan abangnya yang ditembak.

Yoorin segera berlari untuk menyelamatkan dirinya.Kakinya melangkah menuju ke jalan raya dan kelihatan sebuah kereta mewah yang datang bertentang ke arahnya sebelum dia rebah di jalan raya tersebut.

*End Yoorin's dream*

______________________

     
"Oppa!!!!" Yoorin tersedar dari alam mimpinya dengan badan yang berpeluh.Yoorin meraup mukanya dengan kasar.

     Tanpa sedar,air mata mula mengalir di pipinya.Yoorin membuka rantai yang ada di lehernya.Rantai yang berbentuk bintang emas tersebut diperhatinya.

    "Bogoshipeo,oppa" Kata Yoorin lalu menangis sambil mengenggam erat rantai tersebut.











#vote and comment. Don't be silent readers or else I will kill you.Muahehe.👹👹.K just joking.Enjoy reading😊💝

 

[Edited]Seksa seorang isteri ✔ •Park Jimin•Where stories live. Discover now