Bab 16

1.3K 165 14
                                    

Yoorin POV

Setelah aku habis memandikan Chimmie, kucing yang aku kutip tadi, aku meletakkan makanan khas untuk kucing lalu memberi Chimmie makan. Aku mengusap bulu dia yang lembut.

Tak sangka pula dia orang tergamak membuang anak kucing yang berbulu lebat ni. Dah lah baka mahal. Sewaktu dia kutip tadi, badan kucing tersebut kotor dan disangkanya kucing warna kelabu tetapi setelah dia memandikan kucing dan mengeringkan bulunya, ternyata dia kucing putih.

"Kesian, awak. Awak lapar ya? Makan elok-elok tau? Jangan gelojoh sangat. Mummy nak masak kejap" Yoorin mengusap bulu lebat kucing tersebut lantas pergi ke arah dapur untuk menyiapkan makanan malam.

Tiba-tiba, Yoorin terdengar bunyi kereta Jimin masuk ke dalam perkarangan rumah. Yoorin segera berlari menuju ke arah pintu utama lalu membukanya. Kelihatan Jimin yang sedang membukakan pintu kereta untuk Jennie.

"Buatkan air untuk aku dengan Jennie" Kata Jimin dengan wajah dingin lantas memberikan briefcase dan baju kot hitamnya kepada Yoorin sebelum dia menuju ke biliknya untuk mandi. Yoorin akur lalu meletakkan briefcase dan baju kot hitam Jimin di atas meja kopi lalu menuju ke dapur, menyiapkan air untuk Jennie dan Jimin.

Sedang Yoorin membuat air untuk dihidang, secara tiba-tiba rambut Yoorin ditarik dari arah belakang oleh Jennie.

"Ah! Lepaskan rambut saya, Jennie! Sakit!"

"Ni ke perempuan yang malang jadi isteri Jimin ni. Tsk! Kesian! Sedar sikit yang diri tu cuma anak pungut dari jalanan. Aku akan pastikan Puan Park akan benci kau and lepas tu buang kau dari keluarga dia.Ya lah, kau anak pungut, entah-entah mak kau pelacur lepas tu....." Belum sempat Jennie menghabiskan ayatnya, pipinya ditampar sekuat hati oleh Yoorin.

"Don't you dare to say my mother like that! You don't know anything about me!" Marah Yoorin dengan suara lantang. Dia memang pantang bila orang mengatakan ibunya sebegitu. Ibunya seorang perempuan yang baik dan sentiasa menjadi tempat dia melepaskan segala masalah yang terbuku di dalam hatinya dan juga abangnya,Yoongi.

Jennie memandang Yoorin dengan muka yang geram. Di saat matanya melihat kelibat Jimin yang turun dari biliknya, dia tersenyum sinis. Dengan sengaja, dia menjatuhkan dirinya sambil memegang pipinya yang ditampar oleh Yoorin. Dia menangis kesakitan.

Jimin yang mendengar suara tangisan Jennie bergegas turun menuju ke arah Jennie dengan muka yang risau. Dia memegang tangan Jennie, membantu Jennie untuk bangun.

"Sayang! What's wrong with you?!" Yoorin terdiam di tempatnya, terguris hati melihat Jimin yang lebih peduli dengan Jennie berbanding dengan isterinya sendiri.

"Hiks! Isteri you tetiba je tampar I! I nak cuba tolong dia tapi dia tak nak! Bila I degil nak tolong, tiba-tiba dia tampar I! Hiks! Sakit!" Adu Jennie sambil menangis teresak-esak.

Yoorin terkejut dengan tuduhan Jennie. Dia mengelengkan kepalanya menafikan.

"Tak! Bukan saya yang buat awak! Dia...

Jimin mengerling Yoorin dengan tajam lalu menarik rambut Yoorin dengan kasar.

"Ah! Awak! Sakit hiks! Lepaskan sa...." belum habis Yoorin berkata, Jimin menamparnya sekuat hati menyebabkan darah terpercik keluar dari mulutnya.

"Kau ikut aku!" Jimin menarik rambut Yoorin dengan kasar menuju ke tempat bilik stor lantas mengunci pintu stor tersebut. Jimin menghampiri Yoorin dengan penuh amarah.

"Kau memang perempuan tak guna!" Jimin menyepak perut Yoorin sekuat hati berkali-kali. Tidak cukup dengan itu, Jimin melibas tubuh Yoorin menggunakan hos paip getah dan menampar pipi Yoorin sekuat hati. Dia langsung tidak menghiraukan Yoorin yang sedang menjerit kesakitan.

Setelah puas mengerjakan Yoorin, Jimin meludah muka Yoorin kesal. Kakinya memijak perut Yoorin sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Pergi mati mereput kau dalam stor ni! Dasar perempuan tak sedar diri!" Jimin menghempas pintu stor tersebut lantas menguncinya.

"Awak! Buka pintu ni! Please hik! Saya takut! Saya nak minta maaf! Saya janji tak kan buat lagi! Tolong keluarkan saya! Awak!" Yoorin mengetuk pintu stor tersebut berkali-kali, mengharapkan Jimin akan membukanya.

Jimin POV

"Aku terlalu kejam ke?"

Jimin meraup mukanya kasar di depan pintu stor. Suara tangisan dan rayuan Yoorin membuatkan hati Jimin secara tiba-tiba terdetik perasaan kasihan. Namun, kelakuan Yoorin yang menampar pipi Jennie membuatkan hatinya membara amarah.

Bahunya ditepuk perlahan dari belakang. Jimin menoleh dan melihat wajah cantik Jennie yang tersenyum ke arahnya.

"You, jom kita keluar! Biarkan je wife you! She deserve it for what she did to me. Kita keluar shopping jom?" Jennie mengusap lembut bahu Jimin dengan sensual, menggoda Jimin agar Jimin tidak berubah fikiran untuk membuka stor tersebut.

Jimin tersenyum lalu memeluk Jennie erat.

"I'm sorry for what she did to you, sayang. Masih sakit ke hmm? Biar I tengok!" Dia membelek pipi Jennie yang kemerahan sedikit bekas tamparan Yoorin. Jennie mengangguk dengan muka yang mencebik.

"Hmm! Masih sakit! Tak apa lah you. I ok! Jom! Kita dating?"

Jimin tergelak kecil lalu mengangguk.

"Nae! Jom. I pakai baju dulu. You tunggu kat ruang tamu" Jimin melangkahkan kakinya menuju ke biliknya.

Jennie tersenyum sinis. Bunyi ketukan dari pintu stor dihampirinya lalu berbisik.

"You deserve it, bitch! I won! Again!" Jennie tergelak kecil sebelum kakinya melangkah pergi meninggalkan stor tersebut.

Yoorin POV

Yoorin yang mendengar kata-kata Jennie tadi hanya mampu menangis. Dia mengurut perlahan seluruh badannya yang disakiti oleh Jimin tadi.

"Kenapa awak buat saya macam ni, Jimin?Apa salah saya? Apa yang perempuan tu ada sampai awak lebih memilik untuk memihak dia dari saya. Saya isteri awak. Awak sepatutnya lindungi saya, bukan menyakiti. Jangan buat saya macam ni. Saya tak nak one day saya mula bencikan awak" Yoorin menangis teresak-esak dan tidak sedarkan diri, Yoorin pengsan dengan bibirnya yang mengeluarkan darah merah yang pekat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[Edited]Seksa seorang isteri ✔ •Park Jimin•Where stories live. Discover now