Bab 9

1.4K 124 13
                                    

"Unnie!!!!" Mina memeluk Yoorin yang sedang memasak dengan erat. Yoorin yang sedang mengaul kuah tteokbokki hanya tersenyum melayan kerenah adik Jimin yang terlalu manja dengannya.

"Ya? Ada apa sayang? Eee, wanginya saeng unnie ni lepas mandi" Pipi Mina dicubitnya dengan lembut. Mina hanya tersengih suka sambil mengusap pipinya yang dicubit oleh Yoorin.

"Unnie masak apa? Sedapnya bau. Bau sos gochujang dan cheese! Biar Mina teka! Unnie masak tteobokki kan?" Mina meneka. Yoorin tergelak kecil lalu mengangguk.

"Wah! Kebetulan tu makanan favourite oppa Mina. Dia paling suka tteokbokki! Dia paling pantang kalau orang sebut tteokbokki, memang laju dia nak" Ujar Mina. Yoorin hanya tersenyum. Dia memang tahu bahawa makanan ini merupakan makanan favourite Jimin kerana ibu Jimin yang memberitahunya.

"Boleh Mina tolong? Nanti cepat siap"

"Tak apa lah, saeng. Saeng duduk je tengok unnie masak je, ya?" Kata Yoorin lantas mengusap rambut Mina. Namun Mina tetap berdegil ingin menolong.

"Alah, nak tolong juga" Mina sudah mencebikkan bibirnya. Yoorin hanya tersenyum dan mengangguk.

"Ya lah. Tolong ambilkan pinggan yang kat atas meja tu. Unnie nak hidangkan tteobokki dengan kimchi" Mina mengangguk lalu mengambil pinggan yang berada di atas meja lalu beri kepada Yoorin. Yoorin meletakkan tteokbokki yang sudah dimasak itu ke dalam pinggan lalu beri kepada Mina.

"Nak tolong apa lagi unnie?"

"Tolong potong tembikai yang kat dalam peti sejuk. Sekali tolong ambilkan tiga biji telur. Unnie nak buat egg roll. Mina tolong kacau telur ya?" Mina akur lalu menjalankan tugasnya.

Yoorin sambung melakukan kerjanya iaitu memotong sayur dan secara tiba- tiba pinggangnya dipeluk erat dari belakang sehingga menyebabkan pisau yang dipegangnya terjatuh secara mengejut. Dia tahu bukan Mina yang memeluknya melainkan suaminya yang selalu membuatkan jantungnya tidak berhenti berdegup laju.

Nafas Yoorin tidak keruan bila Jimin meletakkan dagunya di bahu Yoorin. Bibir Jimin tergesel di leher jinjangnya yang putih membuatkan Yoorin rasa ingin pitam.

Jimin yang melihat keadaan isterinya tersenyum sinis. Bibirnya didekatkan ke telinga Yoorin.

"Asal pipi tu merah?" Bisik Jimin di telinga Yoorin. Seronok menyakat bila melihat pipi Yoorin mula berona merah gara-gara malu.

"Lepaskan saya lah awak. Saya nak buat kerja" Bisik Yoorin dengan nada perlahan takut didengari oleh Mina.

Yoorin sedaya upaya cuba meleraikan pelukan Jimin dari pinggangnya namun tidak berhasil bila Jimin mengeratkan lagi pelukan di pinggang rampingnya.

"Adik aku ada tu. Berlakon seperti pasangan bahagia" Bisik Jimin dengan nada tegas. Yoorin baru perasan yang Mina sedang memerhatikan kegiatan mesra mereka.

Jimin mencium lembut leher terdedah milik Yoorin. Tidak dapat dinafikan isterinya memiliki bau yang menyegarkan membuatkan Jimin nyaris ingin hilang kawalan.

"Weyh, aku nak cium bibir kau boleh?" Yoorin hampir tersedak bila Jimin meminta izin untuk menciumnya.

Namun disebabkan Mina yang sedang memerhatikan mereka membuatkan Yoorin terpaksa mengikut kehendak Jimin.

Badan kecilnya dipusing menghadap Jimin lalu lengannya dilingkar ke leher Jimin. Matanya menatap mata Jimin yang juga turut menatap matanya.

"Come on Yoorin. You can do it. Kali ni je" Desis Yoorin dalam hati.

Yoorin menutup api gas lalu memusingkan tubuhnya menghadap Jimin. Yoorin menarik nafas sebelum dengan gerakan perlahan, dia menyatukan bibirnya dengan bibir Jimin dengan mata yang terpejam. Yoorin merasakan bibirnya dipagut lembut oleh Jimin.

Yoorin menjerit kecil bila ciuman Jimin yang lembut bertukar menjadi ciuman agresif di mana Jimin menekan kepalanya dengan kuat mengigit bibir milik Yoorin.

Setelah beberapa saat, Jimin memutuskan ciuman tersebut lalu tersenyum bila melihat pipi Yoorin mula berona merah. Jimin hanya tersenyum sinis lalu bibirnya didekatkan ke telinga Yoorin.

"Just like a slut. Pandai juga eh kau cium bibir aku. Eh maklumlah kau kan betina sundal. Dah berapa banyak lelaki yang dah cium kau?"

Yoorin mengetap bibirnya menahan air matanya. Menahan geram melihat Jimin yang tersenyum sinis. Tahu bahawa Jimin menciumnya hanya sekadar lakonan di depan mata adiknya.

"Aww so sweet korang berdua. Eee, kalau ya pun nak bercium, tunggu dalam bilik lah. Dalam bilik, suka hati korang lah nak bercium or nak bagi anak buah kat Mina. I is so jealous jealous!"

"Suka hati oppa lah nak buat apa?" Kata Jimin selamba. Tangannya merangkul pinggang Yoorin dari sisi.

"Ya lah tu. Unnie, tendang je oppa ni kalau dia menggatal dengan unnie"

"Eh, biar lah oppa menggatal dengan unnie, kan sayang?" Jimin memandang Yoorin dengan senyuman palsu miliknya. Yoorin hanya tersenyum kecil

"Dah, dah. Jom makan. Nanti sejuk makanan" Kata Yoorin lalu mereka menikmati makanan yang dimasak oleh Yoorin.

Yoorin melihat Jimin yang menjamah rose tteokbokki yang dibuatnya tanpa berkata apa-apa.

"Wah sedap lah! Pandai unnie masak! Macam kat kedai makan! Sedap kan oppa?!" Ujar Mina. Jimin hanya mengangguk.

Jimin mengaku bahawa masakan tteokbokki isterinya sangat sedap! Hampir sama dengan masakan di kedai makan. Cuma Jimin masih dengan egonya. Dia mahu isterinya itu berasa terseksa dengan dirinya. Mahukan Yoorin berasa menyesal kerana berkahwin dengannya. Kerana gadis yang hanya dicintainya adalah Jennie, bukan Yoorin.

Tunggu lah saatnya nanti, dia akan bakal menyeksa isterinya sehingga isterinya tidak tahan dan ingin bererai. Dengan itu, dia boleh berkahwin dengan Jennie, bukan gadis pilihan atau anak angkat ibu dan ayahnya.

[Edited]Seksa seorang isteri ✔ •Park Jimin•Where stories live. Discover now