Bab 13

1.4K 161 15
                                    

"Wah! Cantiknya!!!" Mina menjerit kesukaan dengan kaki yang terlompat kecil. Jimin mengelengkan kepalanya lalu melihat Yoorin yg berada di sebelahnya.

Yoorin kelihatan cantik serta comel bila memakai dress biru paras atas lutut dengan rambutnya yang dilepaskan sehingga mengurai panjang paras pinggangnya. Yoorin hanya memakai pelembap bibir dan tiada secalit pun makeup di muka putih gebu Yoorin menyerlahkan kecantikan asli Yoorin.

Jimin hanya memakai singlet hitam di dalamnya dan memakai jaket berwarna biru muda serta memakai seluar jean dan kasut berwarna hitam.

"Oppa! Oppa! Mina pergi sana dulu ya? Bye unnie, bye oppa. Oppa jaga unnie untuk saeng. Nanti Mina call. You two have fun!" Mina mengucup pipi gebu Yoorin lantas berlari menuju ke tempat yang ingin ditujui.

Sengaja dia meninggalkan kedua-dua pasangan tersebut sesuai dengan rancangannya untuk menyatukan mereka berdua.

Tinggal Yoorin dan Jimin yang terpinga-pinga melihat Mina yang berlari seperti lipas kudung. Jimin menoleh ke arah Yoorin lalu menggenggam tangan Yoorin dengan erat.

"Yah, lepas lah! Saya boleh berjalan sendiri" Yoorin mencuba menarik tangannya semula dari genggaman Jimin namun Jimin malah mengeratkan lagi genggaman tangannya.

"Jangan kau nak lepas! Kau tu still budak-budak, aku kena jaga kau. Dah lah pendek! Hilang nanti, susah pula aku nak cari kau!"

Yoorin hanya berdengus.

"Macam lah dia tu tinggi sangat. Tinggi baru 175cm dah membongak!"

Jimin yang melihat wajah cemberut Yoorin dalam diam tersenyum.

Dia membimbing tangan Yoorin dengan erat berjalan di sekitar funfair tersebut.

Yoorin menoleh ke arah Jimin. Ketinggiannya hanya paras dada Jimin. Jantungnya berdetak laju bila jemari hangat Jimin menggenggam erat jemarinya yang kecil seperti tidak mahu dilepaskan.

Ya walaupun Jimin kelihatan pendek bersama dengan rakan lelakinya namun tetap dia kelihatan tinggi dari dirinya.

Keadaan mereka berdua janggal, masing-masing melayan dengan perasaan mereka sendiri. Sehingga lah Jimin yang menjadi orang pertama memulakan perbualan mereka.

"Yoorin"

"Nae?" Yoorin menoleh ke arah Jimin. Jimin gugup.

"Kau... emm kau... nak aiskrim tak?" Soal Jimin

 "Erm, boleh lah. Saya nak aiskrim perisa strawberry"

"Ok, kau tunggu sini. Aku pergi beli jap" Kata Jimin lantas beredar menuju ke gerai jual aiskrim. Beberapa saat kemudian, Jimin datang dengan membawa dua kon aiskrim perisa strawberry dan coklat.

"Nah, untuk kau" Jimin menghulurkan aiskrim tersebut kepada Yoorin.

"Gumawo" Yoorin menyambut aiskrim tersebut.

Mereka berdua menikmati aiskrim tersebut tanpa berkata-kata .Suasana di antara mereka begitu hening.

Jimin yang sedang menikmati aiskrim coklatnya menoleh melihat Yoorin yang begitu asyik melayan kenikmatan aiskrim miliknya. Jimin tergelak kecil melihat Yoorin yang tidak sedar dengan bibirnya yang agak comot sedikit dengan aiskrim strawberry.

"Comot betul kau ni. Aiskrim tu tak lari pun sampai kau tergesa-gesa nak makan aiskrim tu" Jimin mengesat tepi bibir Yoorin yang sedikit comot menggunakan ibu jarinya membuatkan Yoorin terkejut.

"Kurang ajar jemeng. Si anak Park ni suka sangat buat jantung aku rasa macam nak meletup!"

[Edited]Seksa seorang isteri ✔ •Park Jimin•Where stories live. Discover now