•00:14•

206 41 10
                                    

"Unnie!"

Serentak kepala kami berdua terangkat dek terkejut dengan jeritan itu.

Aku memandang Hyena dengan keadaan yang sangat sangat sangattttt terkejut.

Joochan juga turut terkejut. Joochan menguraikan pegangan tangan kami.

Hyena datang dekat ke arah kami berdua dengan menyilangkan tangan.

"Unnie, apa semua ni?" Soal Hyena dengan pandangan yang tajam.

Huhuhuhuuu.... kenapa aku rasa macam adik Hyena pulak sekarang ni.

Aku menundukkan kepala tidak mampu memandang Hyena selepas semuanya dah terbongkar.

Joochan memandang aku rasa kesian.

"Unnie, Hyena bagitahu Omma" kata Hyena mutamad dan ingin berlalu pergi.

"Hyena" Joochan menahan Hyena.

"Awak janganlah bagitahu Omma awak. Kesian Unnie awak. Dia tak bersalah pun" kata Joochan.

"Kalau sunbae kesian pada Hyewon Unnie, Sunbae janganlah teruskan hubungan ni"

Joochan terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Hyena.

"Unnie takkan putus dengan Joochan. Unnie sayangkan dia. Jebbal. Jangan beritahu Omma..." rayuku bersama dengan air mata yang mengalir deras.

Hyena memandang aku dan Joochan bersilih ganti dan berlalu pergi.

Aku kembali duduk di tempat aku dengan lemahnya.

Aku takut...

Aku takut takkan jumpa Joochan lagi selepas ni.

Omma boleh buat apa sahaja yang dia inginkan.

Joochan datang ke arah aku lalu memeluk aku.

Dia mengusap perlahan belakang aku.

Aku membenamkan wajahku di dalam dakapannya.

"Unnie."

Aku berhenti menangis apabila mendengar suara Hyena.

Joochan melepaskan aku.

Aku memandang Hyena yang kembali ke kelas aku.

"Hyena buat semua ni memandangkan Unnie kakak Hyena. Hyena takkan beritahu Omma. Tapi. Kalau Omma dapat tahu sendiri, Hyena takkan bertanggungjawab" katanya dengan wajah yang selamba.

Aku tersenyum kecil lalu memeluk Hyena.

"Unnie! Lepaslah...Hyena tak sukalah peluk-peluk ni..." kata Hyena yang cuba melepaskan dari dakapan aku.

Joochan hanya tersenyum memandang kami berdua.

-

Aku memandang Hyena yang berjalan di sebelah aku.

Betul ke dia takkan bagitahu Omma pasal hubungan aku dengan Joochan?

Aku menjadi semakin gugup apabila kami berdua berada di depan rumah.

Apabila aku masuk, aku memandang Hyena yang memadang Omma di ruang tamu.

Aku memandang dia ketakutan.

"Omma" panggil Hyena.

Dahiku berpeluh.😟

"Omma...Hyewon Unnie..."

Omma memandang aku.

"Kenapa dengan Hyewon Unnie?" Soal Omma.

"Hyewon Unnie....La...."

BOYFRIEND || Joochan GOLDEN CHILDWhere stories live. Discover now