Penjelasan

245 15 0
                                    

Memori. Ia adalah sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan kita. Tak kiralah pahit atau manis, semua itu memori yang perlu diingati. Namun tidak untuk Alicia. Semuanya telah pudar entah ke mana mahupun macam mana. Satu benda yang dia tahu ialah dia sedang diburu dan itu bukanlah sesuatu yang baik. Sedang dia berusaha untuk memungut kembali cebisan memori yang masih tersisa, masih ada lagi manusia yang sibuk memerhatikannya. Lelaki itu mengeluh berat. Bukan niatnya ingin mengintai anak dara orang namun somehow dia tahu yang perempuan itu dalam bahaya.

"Dia ada dekat tempat yang dijangkakan. Kita tak boleh biarkan dia berkeliaran macam ni. Kita kena jelaskan semuanya. Semuanya," kata lelaki itu melalui earpiece. Kedengaran keluhan panjang daripada seseorang yang dalam talian.

"Baiklah, bawa dia ke sini. Dan tolong...hati-hati," pesannya sebelum mematikan talian. Lelaki itu menarik nafas dalam sebelum memulakan langkahnya. Langkah dipercepatkan menuju ke arah gadis yang telah diperhatikan sejak tadi. Bahu gadis itu diketuk perlahan.

"U-uncle?"

^ ^ ^
Ali mendengus lemah. Nafasnya yang tidak stabil langsung tidak membantu dalam mengekalkan dirinya tenang. Mujur dia terlepas daripada empat orang asing yang entah kenapa tiba-tiba menyerangnya. Kereta yang dibawanya lantas dipandu laju menuju ke rumahnya. Dia tidak boleh memikirkan benda lain setelah diserang sebegitu rupa. Kepalanya serta merta akan memikirkan ibu bapanya yang pasti mempunyai segala jawapan bagi kebuntuan ini. Kebuntuan yang dia baru sahaja rasai tapi bukan bagi orang lain.

"Mak, Ali kena serang tadi. Ali rasa Dorang dah jumpa kita lah. Kita kena-" kata-kata Ali terhenti apabila dia membuka pintu rumahnya dan melihat susuk tubuh yang dikhuatirinya sejak tadi.

"Ali! Masuk cepat! We have something to discuss!"arah Puan Dayang sebaik sahaja melihat kelibat Ali di depan pintu.

^ ^ ^
"Adoi, bodohnya lah! Ish! Macam mana boleh terlepas!" Bengis Rudy sebaik sahaja memasuki akademi. Segala senjatanya dihumban dan dihempas ke meja. Semua yang berada di dalam terkejut. Kemudian, tiga kelibat masuki pintu dan kemudiannya menggemparkan diri mereka ke sofa.

"K-kris, kenapa luka ni? Biar saya tawarkan,"kata Iman terkejut melihat Kris yang tersungkur lemah di sofa. Tangan cuba melihat kecederaan namun ditepis laju oleh Kris.

"Mu tak usah sibuk!"gertak Kris yang membuatkan Iman tersentak. Mereka yang lain memandang Kris hairan. Tak pernah Kris naikkan suara dengan orang lain, apatah lagi Iman.

"Kris,kau apahal gertak Iman macam tu? Dia tak buat apa-apa pun!" Kata Moon hilang sabar. Namun, jeritan Moon hanya dibiarkan dibawa angin.

"Khai! Kau tengok Kris ni! Dia tengking kat Iman!" Kata Moon cuba untuk mendapatkan sokongan daripada Khai merangkap sebagai sahabat baik dia dan Iman.

"Moon! Kau tak payah masuk campur!"tengking Khai pula. Sangkaan Moon serta merta meleset setelah ditengking sedemikian oleh Khai.

"Korang ni dah kenapa?! Kena rasuk?! Tak pernah-pernah korang macam ni! Memang korang dah gila!" Kata Moon lantang membuatkan Rudy panas baran. Dia baru sahaja ingin menyerang Moon dengan memegang baju lehernya namun dihalang dengan langkah pantas Zass.

"Kau okey tak?" Tanya Zass kepada Moon sebelum menoleh kembali ke arah Rudy. Tiba-tiba, mereka dipanggil ke bilik jeneral. Rudy melepaskan genggaman tangannya dan bergerak bersama tiga orang groupnya. Moon hanya memberikan pandangan tajam kepada mereka sambil mereka berjalan.

"Kenapa saya rasa Dorang betul betul kena rasuk eh?" Soal Iman pelik. Mika hanya mengangguk setuju.

"Well, Dorang pelik sebab ni,"

Hai korang,
Sorry sebab lama tak update. Kekangan masa Yuen teruk sangat masa ni.

A Daring LoveWhere stories live. Discover now