Pertemuan

442 18 0
                                    

Kusut. Itulah yang sedang dialami oleh Alicia sekarang. Dia tak tahu mana nak pergi, apa nak buat. Semuanya... KUSUT! Bandar di pinggir bandar Siberjaya agak sunyi pada waktu itu. Kegelapan dan kedinginan malam pada hari itu terus menemaninya sepanjang perjalanan. Keadaan di piggiran bandar memang lenggang pada waktu malam. Hati Alicia tidak berhenti berdegup kencang menyebabkan kakinya mengorak langkah dengan lebih pantas untuk menghilangkan diri daripada seorang lelaki. Dia tak patut tahu! Dia tak boleh tahu! Ini yang hati Alicia tegaskan kepada dirinya. Dia memeluk dirinya sendiri dengan lebih erat. Tiba-tiba, dia merasakan seseorang sedang memegang tangannya dari belakang. Dia menoleh dan habis terbeliak matanya apabila melihat susuk tubuh yang memegang bahunya.

"Hey, aku nak kau jawab jugak!" kata lelaki itu. Alicia terdiam. Otaknya kini sedang ligat berfikir- mencari jawapan yang cukup munasabah untuk diutarakan.

"U-uh, n-ni sebab aku terjatuh dari kerusi semalam," kata Alicia lalu tersengih. Apalah bodohnya jawapan kau Alicia.

"Apape jelah. Aku nak kau ikut aku balik rumah! Biar mak aku tolong kau," Alicia hanya menundukkan kepalanya. Dia sebenarnya tidak ingin menyusahkan lelaki itu. Tapi...apakan daya 'action speak louder than words'. Lelaki itu terlebih dahulu menarik tangan Alicia.

"E-eh, sakitlah," rintih Alicia.

"Klau tak nak sakit...baik kau ikut aku," tegas lelaki itu. Alicia hanya membisu.

"Well, silent means a yes," kata lelaki itu lalu menarik Alicia lembut terus ke keretanya.

Alicia hanya membisukan dirinya sepanjang perjalanan sehingga Ali menegurnya.

"BTW, aku Ali. Kau?" kata Ali memperkenalkan diri. Alicia tersentak dengan kata-kata itu. Dia hanya membalas dengan senyuman kelat.

"A-alicia," Alicia menjawab. Ali? Kenapa mesti dia! Aku tak nak dia tahu! Macam mana aku boleh terjumpa dengan dia! Atau aku salah orang? Ali ni ramai lah kat dunia ni.

◊◊◊

"Bang, mana Ali ni?" tanya Puan Dayang kepada Tuan Ghazali. Dia memang tak senang duduk dari tadi memikirkan Ali yang telah hilang entah ke mana. Dia berjalan ke hulu ke hilir tak berhenti. Pening kepala Tuan Ghazali jadinya. Dia melirik ke arah jam dinding dan mengeluh buat entah kali ke berapa. Jam kini menunjukkan pukul 11:30 tengah malam.

"Awak-" kata-kata Tuan Ghazali terhenti apabila mereka berdua terdengar bunyi kereta. Mereka terpaku dan melihat ke arah pintu. Masing-masing mengangkat kening sesame sendiri. Puan Dayang terus membuka pintu tanpa menghiraukan suaminya.

"Ali! Kamu pergi mana? Kamu tahu tak mak risau!" kata Puan Dayang lantas memeluk Ali di depan pintu. Dia terkejut melihat susuk tubuh seorang perempuan di belakang Ali. Dia memandang ke arah Ali meminta penjelasan.

"Mak,ayah, ni Alicia. Ali terlanggar dia tadi pastu ada lebam-lebam kat badan dia. Jadi Ali bawa lah dia balik nak suruh mak rawat dia," kata Ali yang faham akan riak muka ibunya. Alicia hanya menundukkan kepalanya kerana tidak mahu bertentang mata dengan ibu Ali. Puan Dayang segera menarik Alicia dan mengajaknya untuk duduk di atas sofa. Di teliti satu-satu kecederaan pada Alicia. Dia terberhenti di bahagian muka Alicia.

"Kenapa mata kamu lebam? Kamu nangis sebab anak auntie ke? " tanya Puan Dayang lembut. Alicia memandang lemah ke arah muka Puan Dayang. Dia hanya memandang sayu, mengharapkan Puan Dayang boleh faham semua benda yang dia tidak patut jelaskan kepadanya. Entah kenapa tapi Puan Dayang dapat memahami perasaan Alicia pada waktu itu. Dia mengajak Alicia untuk masuk ke dalam bilik dan mengurus Alicia.

◊◊◊

Geram. Itu yang Rudy rasa lepas nampak seorang lelaki membawa Alicia pergi. Habis semua sampah ditendangnya ke sana sini. Kalau pihak atasan nampak sudah pasti dia akan kena denda. Tapi dia tak fikir pun pasal benda tu, yang dia tahu dia geram yang teramat bila nampak Alicia masuk ke dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki.

"Kacau daun betullah lelaki tu. Kalau tak dah lama dah aku tarik je si Alicia tu tadi. Dia tu bukannya kuat sangat dah pun...habis lemah dah badan dia tu," kata Rudy lalu duduk di dalam keretanya. Stereng kereta itu dihentak kuat oleh Rudy. Memang geram sangat. Kini, dia akan runsing menjawab semua soalan daripada pihak atasan MATA. Memang habislah dia. 'Tapi...siapalah lelaki tu? Kenapa Alcia ikut dia?' detik hati Rudy. Takkanlah...Rudy menepuk kepalanya cuba membuang andaian itu sejauh yang boleh. Tak mungkin...Tetibe telefon Rudy bergetar.

"Makaii, ada dah..." kata Rudy sebelum menjawab panggilan itu. Dia memasang telefonnya kepada pembesar suara. Dia mula memandu keretanya menuju ke markas MATA.

"Rudy, macam mana?" kedengaran suara yang garau daripada telefon itu. Rudy mengeluh sebelum menjawab soalan itu.

"Macam ni tuan...saya memang nak dapat Tarik dah si Alicia tu. Baru nak stab dia tadi tapi ada seorang lelaki ni bawa dia masuk kereta dan hilang dah entah ke mana," jawab Rudy.

"Hilang! Siapa lelaki tu?!" suara itu semakin tinggi menunjukkan ketidak puasan hati lelaki itu.

"Woaa...tuan jangan risau...saya dah letak alat penjejak dekat kereta lelaki tu dan...ianya...aktif," kata Rudy sambil menekan satu butang yang terdapat di skrin keretanya.

"Pastikan kau bawa Alicia balik!" kata suara itu tegas sebelum mematikan panggilan. Rudy mengeluh lega selepas panggilan itu tamat. Dia melihat kea rah cahay yang berkelip-kelip di skrin keretanya. Satu senyuman misteri terukir di bibirnya. Kereta Rudy telah menghampiri sebuah pintu masuk. Empat buah robot yang ditugaskan untuk memeriksa kereta sedang memeriksa kereta Rudy danmeminta kata laluan.

"Rudy,ejen 1," kata Rudy sebelum menyerahkan ID kadnya. Kata laluan Rudy disahkan dan dia pun memandu kereta itu terus ke garaj. Kereta canggih berwarna kelabu itu pun terus dibersihkan oleh beberapa buah robot yang lain sebaik sahaja Rudy turun daripada keretanya. Dia berjalan melalui sebuah lorong sebelum berhenti di sebuah pintu besar. Dia meletakkan tapak tangannya di tempat yang disediakan. Tapak tangannya disahkan dan pintu itu terbuka. Kelihatan beberapa ejen yang lain sedang berseronok di dalam bilik itu.

"Rudy! Macam mana misi kau hari ni?" tanya seorang kawan Rudy yang dikenali sebagai Jet.

"Macam tu lah. Aku kena sambung balik ni esok. Ada malfunction sikit tadi," kata Rudy lalu duduk di atas sofa. Semua ejen yang lain semua memandang ke arah Rudy.

"Malfunction? Jarang-jarang ejen terbaik MATA ni ada problem. Pehal?" tanya Kris sambil memaut bahu Rudy. Dia pun mengambil tempat duduk di sebelah Rudy.

"Entahlah. Eh, biarlah tu! Oi Jet! Kau hutang aku satu game kan semalam?" kata Rudy sambil memandang ke arah Jet yang sedang sibuk menguruskan bertih jagung.

"Iyalah! Meh sini Jet! Hang biarkan jelah popcorn tu. Suruh si Roza tu buat," teriak Kris memanggil Jet. Jet menyerahkan mangkuk bertih jagung kepada Roza dan terus menyertai Kris dan Rudy.

"Eh, apasal aku pulak?!" tanya Roza memprotes.

"Eleh, engkau kan PEREMPUAN!" teriak Jet diiringi hilaian letawa mereka bertiga. Roza sudah menggenggam tangannya kegeraman.

"E-eh, jangan marah. Meh aku tolong kau," tawar Moon. Baik dia tolong si Roza sebelum meletus dia tu. Dalam semua hanya seorang sahaj yang masih mendiamkan diri memerhatikan dari jauh. Perasaannya tidak tenang tentang masalah yang dihadapi Rudy. Lama otaknya memikirkan tentang benda itu. Dia pun membuat keputusan untuk masuk ke dalam biliknya.

Hi...sis nak cakap thank you sangat kepada yg sudi baca...and sorry pasal cover dia tu..hehe...sis masih baru mula nak merangkak...

A Daring LoveWhere stories live. Discover now