Buntu

231 13 0
                                    

Metrojaya merupakan antara pusat beli-belah yang tebesar di Siberjaya. Tidak hairanlah sekiranya pusat beli-belah itu mempunyai jumlah pengujung yang padat pada setiap hari. Segala kelengkapan yang disediakan serba canggih dan lengkap. Kawasan persekitaran yang bersih dan hiasan yang menerapkan unsur moden dan alam sekitar. Sudah pasti pengunjung tidak akan merasa jemu untuk menjejakkan kaki ke pusat beli-belah ini. Tetapi, ada sesuatu yang menjadi rahsia besar di sebalik pusat beli-belah yang serba indah ini. Segala kecantikan dan kemegahan ini hanyalah sebagai topeng bagi pelbagai jenis misi yang telah dijalankan oleh pihak MATA. Rudy sudah pasti tidak silap. Dia baru sahaja melihat Alicia dihantar ke pusat beli-belah ini oleh Ali. Dia harus mendapatkan Alicia sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku. Langkah dipercepatkan bagi meredah lautan manusia di dalam pusat beli-belah itu. Matanya liar mencari figura yang telah diburu buat kesekian kalinya. Akhirnya, dia melihat seorang wanita berambut hitam dan memakai cekak rambut sedang mencari sesuatu. Rudy mempercepatkan langkahnya dan mengeluarkan tangannya bagi mendapatkan wanita itu.

"Mari sini kau," ungkap Rudy dengan senyuman kemenangan di bibirnya.

◊◊◊

Alicia merasa bahunya disentuh seseorang. Laju jantungnya berdegup kerana perasaan takut yang melanda dirinya. Dia lantas memutarkan badannya bagi melihat tuan empunya tangan. Dia terkedu.

"Alicia! Fuhh, nasib sempat. Minta phone kau kejap," kata Ali dengan nafas yang termengah-mengah. Lama dia berfikir di dalam kereta untuk membuat keputusan sama ada dia harus pergi mendapatkan Alicia atau sebaliknya. Entah mengapa, tetapi dia hanya merasa risau.

"A-Ali. K-kau buat apa kat sini?" balas Alicia. Otaknya masih sedang cuba memproses seluruh kejadian yang sedang berlaku sekarang.

"Phone?" soal Ali sambil menghulurkan tangannya kepada Alicia. Dia harus bergegas untuk menghadiri temuduganya pada hari ini. Alicia mengedipkan matanya beberapa kali sebelum meletakkan telefon bimbitnya di tangan Ali. Lantas dia menaip sesuatu di dalam telefon itu dan meyerahnkannya kembali kepada Alicia.

"Well, tu number aku. Just in case kalau kau perlukan apa-apa...call aku. Bye! Kena cepat ni," kata Ali lalu meninggalkan Alicia yang masih terkedu. Dia mendiamkan diri buat sementara waktu sebelum melangkah pergi. 'Fokus, Alicia! You need to find the truth' Alicia lantas berjalan tanpa hala tuju di dalam pusat beli-belah itu. Dia menurut sahaja ke mana kakinya pergi dan mengikut hatinya. Instinct lah katakan. Akhirnya, dia tiba di sebuah kedai yang serba mewah: CAMACA. Apakah?

◊◊◊

"Aishh, kacau lah budak Ali tu. Kalau tak senang kerja aku tadi. Mana dah si Alicia ni pergi?" kata Rudy dengan perasaan geram yang meluap-luap. Dia tidak kesah sekiranya semua orang melihatnya sebagai seseorang yang mempunyai masalah emosi pada ketika ini. Dia perlu cari Alicia! Tiba-tiba, dia mendapat satu panggilan. Telefon dibiarkan di dalam poket, dia membuat keputusan untuk menjawabnya dengan menggunakan earpiece.

"Ya, kenapa Jeneral?"

"Kamu dapat dia?"

"Saya tahu dia dekat mana and saya hampir dapat dia tadi. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Tapi, budak Ali tu menyibuk"

"A-apa? A-ali?"

"Haah. Kenapa Jeneral? Ada masalah ke? "

"O-oh. Takde. Batalkan misi dan kembali ke akedemi. Saya akan jumpa kamu di sana"

"T-tapi..." tut tut tut

'Kenapa pulak dia matikan talian? Siap batalkan misi lagi. Adoii Jeneral ni. Ikut angin dia je' Rudy mendengus kasar sebelum berjalan meninggalkan tempat itu dan menuju ke akademi MATA. Sungguh, dia langsung tidak berpuas hati. Dia amat hampir untuk menyelesaikan misinya dan mendapatkan Alicia. Tetapi, dengan tiba-tiba Jeneral membatalkan misinya.

◊◊◊

"Baiklah, Ali. Terima kasih sebab hadir. Kami akan maklumkan tentang keputusan temu duga ni dengan kamu nanti. Sementara tu...buatlah apa-apa ye," kata lelaki yang bernama Tuan Malik sambil bersalaman dengan Ali. Dia memberikan Ali sekuntum senyuman sebelum mengarahkan Ali untuk bersurai.

"Fuhh... finally, tamat!" kata Ali lega. Dia pun meneruskan langkahnya menuju ke keretanya yang terletak di tempat parking kereta. Sedang dia khusyuk melayan perasaan leganya, ada beberapa orang yang mengekorinya. Dia memberhentikan langkahnya apabali seorang lelaki berdiri betul-betul di depannya. Dia hendak bergerak ke tepi tetapi masih dihalang oleh lelaki tersebut.

"Ma-""Kau sepatutnya mati, pembelot! Mati-mati aku ingat kau dah meniggal dah hari tu. But, no worry. Biar aku yang matikan KAU!" potong lelaki itu lantas menghadiahkan satu penumbuk ke arah Ali. 'Pembelot? Mati? Apakah?' Ali tersungkur di atas lantai.

"Jet! Kawal! Asal kau panas sangat ni? Ingat, dorang nak dia hidup-hidup!" kata seorang lagi lelaki kepada lelaki yang bernama Jet. 'Jet? Siapakah? What's happening?' Ali amat buntu dengan situasi yang sedang menimpanya. Kemunculan lelaki bernama Jet itu membuatkan Ali bertambah runsing. Setahu dia, mana pernah dia dengar nama lelaki bernama Jet dalam seumur hidupnya.

"Ish! Aku tak habis lagi ni! Mana kekasih jahat kau yang kau sibuk nak ikut cakap dia selama ni? Mana? Kau memang buta!" kata Jet yang sudah berura-ura untuk menerikan satu lagi penumbuk ke arah Ali. 'Kekasih jahat? Buta? What the heck!'Ali kekal mendiamkan diri. Tangan dikuatkan gar dapat menyokong dirinya untuk bangun. Dia berdiri dengan gagah. Dia tidak sangka penumbuk sekuat itu langsung tidak memberikan kesan kepada dirinya. Malah, dia masih boleh berdiri dengan tegak.

"Khai, tak payah susahkan diri kau. Budak tu ada kat sini. Turun," arah Jet melalui earpiece. Sementara itu, mata Ali liar mencari jalan keluar bagi menyelamatkan diri daripada dua orang lelaki ganas yang ada di depannya. Kini, mereka sedang sibuk menenung mata masing-masing. Jet memberikan pandangan penuh amarah manakala Ali mempunyai pandangan yang amat buntu. Bang!

◊◊◊

"Moon, awak tak rasa pelik ke dengan dorang berempat tu tadi? Keluar je dari bilik Jeneral semua tak ingat dunia. Kris tu...dia pergi langgar je saya memang sah sah dah berdiri depan dia," luah Iman tidak puas hati. Dia memang merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan agensi MATA ni.

"Entahlah, Iman. Aku pun pelik jugak. Zass pun cakap benda yang sama pasal Rudy kat aku," kata Moon sambil mengingat kembali peristiwa yang berlaku sebentar tadi.

"Iye? Khai pun pelik semacam jer. Tak pernah saya nampak dia macam tu," balas Iman. Sekarang, dia nak sangat tahu apa yang terjadi. Everything seems different.

"Haah lah. Siap buat smirk bagai. Demam eh?" kata Moon pula.

"Eip,kejap. Awak kata Zass cakap kat awak? Uwuu...sejak bila Zass bercerita ni?" usik Iman. Laju-laju Moon menepuk dahinya. 'Adoii...dasar mulut takde lesen' Dia hanya tersengih memandang Iman. 

Author's Letter

Hello!!! Akhirnya, dapat jugak sis update buku ni. Mungkin sis akan update frequently after this. So, korang tunggu lah. BTW, result PT3 keluar time 12/12 so wish me all the best. Ada tak yang rasa cerita ni mengarut atw apa-apa lah. Sorry lah sangat-sangat. Ada sesiapa yang boleh bagi pandangan korang ttg apa yg akan jadi or anything. Haha...teori lah katakan. Moga berseronok!

A Daring LoveWhere stories live. Discover now