Rindu

381 17 2
                                    

Suasana senyap seketika di dalam rumah tersebut. Semua melayan pemikran masing-masing sementara Alicia terbaring lemah di atas katil. Mata tertutup rapat seolah tidak mahu terbuka seakan takut ketenangan yang sedia ada akan dirobek oleh takdir dan hukum karma dunia. Puan Dayang mengeluh resah. Dia dari tadi tidak senang duduk apabila mengetahui keadaan semakin menjadi-jadi. Tidak kurangnya dengan Ali yang tidak berhenti menggoyangkan kakinya resah.

"Ah," decit Alicia perlahan. Semua mata terus tertumpu kepada Alicia yang perlahan-lahan membuka matanya. Puan Dayang segera mendapatkan Alicia.

"Thank god," kata Puan Dayang lega. Dahi Alicia dikucup penuh kasih sayang sebelum mengusap rambut perempuan itu perlahan.

"A-apa yang jadi sebenarnya?" Tanya Alicia. Wajahnya yang kelihatan tenang sebentar tadi serta merta berubah resah. Memang benar kehidupan amat memeritkan.

"Auntie akan bagi tahu kamu nanti. Tapi buat masa sekarang ni, auntie nak kamu percayakan auntie. Not just me but all of us," kata Puan Dayang untuk menenangkan Alicia. Matanya memandang ke arah ketiga-tiga manusia yang berada di hadapannya. Hatinya masih ragu-ragu. Segalanya masih baru dan sejujurnya dia tidak tahu apa-apa. Dengan gerakan yang masih ragu-ragu, dia mengangguk perlahan. Puan Dayang tersenyum lega sebelum memandang ke arah suaminya.

"Well, kalau macam tu...kamu kena bersiap sebab kita akan ambil flight ke London hari ni," kata Tuan Ghazali membuatkan Alicia tercengang. The heck? Mata baru beberapa minit dapat mengamati dunia sudah dibawa lari ke negara orang. Sadis. Ali tergelak kecil melihat ekspresi wajah Alicia yang sudah terlopong mulutnya. Sengaja diangkat dagu perempuan itu sebelum tergelak lagi.

"Mulut tu jaga sikit," kata Ali kemudian berjalan ke arah biliknya. Tambah lah Alica tercengang di situ. Blur.

Sungguh kehidupan aku ni penuh dengan tanda tanya

Setelah agak lama termenung, dia ditegur oleh Puan Dayang untuk pergi menukar baju. Dia diserahkan dengan inner hitam dan cardigan corak bunga bersama seluar denim. Cukup untuk perjalanan yang bakal ditempuhi.

^ ^ ^
"Iman, thanks," kata Kris kemudian meraih tangan Iman. Mereka berada dalam keadaan senyap untuk sementara waktu.

"For?" Soal Iman pelik.

Buang tabiat ke apa Kris ni? Nervous aku jadinya

"Just sebab memahami," kata Kris. Dia memberikan Iman segaris senyuman sebelum berlalu pergi. Iman menarik nafas dalam kemudian mengeluh.

"Iman," panggil Moon lembut kemudian melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak di ruang tamu tersebut. Dia memandang Iman sayu. Iman mengeluh berat sebelum menghampiri Moon.

"Kenapa ni?" Soal Iman dengan nada yang lembut. Moon tidak membalas sebaliknya melihat ke arah Iman (deeply in the eyes) Iman menanti jawapan daripada kawannya itu dengan tenang. Dibiarkan matanya ditenung sebegitu lama sebelum dia mula berbicara.

"Aku rasa bersalah dengan Khai. Dengan semua ni. Aku tahu dia tak salah, cuma aku terasa dengan perbuatan dia," luah Moon. Berat keluhan yang dikeluarkan tanda bahawa lama sudah memendam isi hati. Iman mendiamkan diri agar Moon dapat meneruskan percakapannya.

"Aku rasa bersalah sangat. Semua ni salah, Iman. Aku kesian dekat kau, Kris dan semua orang. Aku rindu macam mana kita sepatutnya gembira. Macam dulu," keluh Moon sambil memegang erat tangan Iman. Dia amat beruntung mempunyai kawan seperti Iman yang sentiasa mendengar. Namun, ada satu sifat Iman yang dia sendiri benci iaitu sikap akur. Dia akan akur dengan semua benda di dunia ni. Atas sebab itu juga lah dia tidak ambil hati dengan perbuatan Kris. Iman mengusap lembut pipi Moon dengan kedua tangannya sebelum mengeluh berat.

"Saya pun rindu Moon. Saya rindu sangat dengan Ali and Alicia,"

Yuen's Note

Whoop....ahahaha. Lama tak update kan. Sorry lah sendu sikit chapter ni sebab mood yuen pun ke laut. Anyway...enjoy je. Yang ni pendek sebab Yuen nak kasi suspen ckit...ahahaha....

A Daring LoveWhere stories live. Discover now