☾ 017

644 57 15
                                    

PAIN IS BEAUTY

***************************************

Myeongwol POV

Langkahku sengaja dilajukan, takut nanti tunangku itu marah jika aku terlambat. Aku belum mengenali perangai tunangku, jadi agak bahaya buatku jika aku terlambat. Aku sedia maklum bahawa tunangku itu bukanlah seorang makhluk biasa melainlan makhluk yang berkuasa.

Beribu persoalan bermain di mindaku, kenapa dia memanggil aku? Dan apakah hal yang ingin dibincangkannya dengan aku?

Apa apa pun persoalannya, aku yakin jawapannya ada pada tunangku sendiri.

Tiba saja, di hadapan pejabatnya. Pintu bilik pejabatnya diketuk ketuk beberapa kali. Pelik? Tiada sebarang respons dari tunang aku.

"Awak? Awak ada kat dalam ke?Myeongwol dah sampai ni." Kataku sambil mengetuk pintu tu lagi.

Masih tiada sebarang respons dari dalam.

Entah kenapa, hatiku rasa gelisah seolah olah ada benda buruk yang bakal terjadi. Berdoa panjang aku dalam hati mengharapkan tiada perkara buruk yang berlaku.

Tombol pintunya dipulas. Langkahku terhenti sebaik saja memasuki ruangan pejabat tersebut. Terkilan dengan apa yang sedang aku lihat susuk tubuh tunang aku yang mengenakan pakaian serba hitam sedang berkelakuan aneh daripada kebiasaan.

Nafasnya kencang, dadanya turun dan naik dengan laju. Berentak berat seolah olah sedang terseksa. Badannya habis dibasahi peluh. Mukanya diraup beberapa kali menandakan dia sangat resah akan sesuatu. Anak matanya bertukar menjadi berwarna kuning keemasan.

Dadanya digenggam kuat oleh sebelah tangannya, menandakan dia sedang dalam kesakitan. Timbul perasaan yang aneh dalam diriku.

Langkahku cuba diatur menuju ke arahnya. Baru berura mahu mendekatinya, suara garaunya terlebih dahulu memberhentikan aku.

"Pergi dari sini. Moon Myeongwol! Pergi dari sini!"

"Tapi---"

"AKU CAKAP PERGI! PERGI! TINGGALKAN BILIK INI CEPAT!"

Suara garaunya dengan penuh perasaan marah, menghalau aku untuk terus berada dari situ.

Namun hatiku berdegil untuk meninggalkan tempat itu. Tak mungkin aku begitu jahat sampai tinggalkan tunang aku menderita kesakitan di situ. Langkahku diatur mendekatinya.

"Kenapa kau masih di sini? Pergi dari sini! Moon Myeongwol! Pergi!"

Aku menggeleng geleng kepala, tanda memprotes keputusannya. Bahu aku pegang, namun tangannya menepis laju tanganku.

"Pergi dari sini! Pergi! Sebelum aku hilang kawalan! Pergi! Myeongwol!"

Tubuhnya berpaling ke arah aku. Tangannya menolak jauh tubuhku daripada terus mendekatinya menyebabkan aku terundur sedikit jauh daripadanya.

Baru mahu mendekatinya semula, sebuah tangan mencapai bahuku terlebih dahulu, menghentikan niatku itu.

"Baik Cik Myeongwol pergi dari sini sebelum benda buruk yang terjadi." Nasihat Mikyong yang ditemani oleh seorang lelaki.

"Chan. Kita bawa dia pergi dari sini. Tempat ni bahaya." Kata Mikyong. Tanganku ditarik olehnya, mengheret ku keluar dari bilik itu. Manakala ralannya tu tadi mengkuti kami keluar dari bilik itu

Aku masih dalam keadaan terpinga. Aku merenung wajah tunangku sebelum keluar dari situ. Ada sesuatu yang pelik yang berlaku pada tubuhnya. Iris mata dia bertukar sebelum, seolah olah ada sesuatu yang akan keluar dari bahagian belakangnya.

Namun aku tidak melihat dengan jelas, memandangkan pintu bilik pejabat tunangku ditutup terlebih dahulu sebelum aku sempat melihat "benda" itu.

"Apa yang terjadi?". Soalku pada mereka.

"Cik Myeongwol. Berehat dulu di bilik. Mari saya temankan cik." Kata Mikyong, seolah olah enggan memberitahu pertanyaan aku tadi.

"Saya pergi lapor perkara ni pada tuan tuan yang lain." Kata budak lelaki itu sebelum beredar situ.

Aku diiringi keluar dari situ oleh Mikyong, menuju ke bilik aku.

Beribu persoalan mula muncul di mindaku, sebaik saja aku sampai di bilik.

Apa yang berlaku pada tunangku? Kenapa dia berkelakuan pelik? Apa yang buat dia begitu?

************************************

Maaf. Sebab lama menunggu. Next chapter author akan explain apa yang terjadi kat Taehyung.

Maaf kalau bab ni hambar dan terima kasih kerana terus mengundi dan membaca buku ini. Do u like it?

Terima kasih juga kepada semua readers PDW sebab buku ini berjaya memasuki senarai pendek kategori The Best Fantasy dalam The Era Award.

__________________________________________

TAEBANTUTKANCINTAKU ( TBC )

Love you all

Bride Of Death God : KTH ✅Where stories live. Discover now