'Woi Aryan,whatsup bro!"sergah Fariz memasuki ke dalam biliknya tanpa izinnya.
"Hish,kau ni apahal aku sekarang ni dahla tengah serabut lepastu kau pulak asyik masuk bilik aku ni mcm syarikat bapak kau punya!"marahnya.Orang dahla tengah stres pasal kerja lagi,dia ni sedap sedap je terjah masuk bilik aku macam tempat ni dia punya.Hish!
"Woo...relax bro,sorry la yang kau ni asal marah marah nanti jadi gila,muka segak dah tapi sayang kau gila hahahaaa"katanya.Sedikitpun tidak gentar dengan kawannya yang sedang menahan amarahnya itu,siap sempat lagi dia perli pulak tu.
"Malas la aku layan kau ni menyemak je dalam syarikat AZ Company ni.Kau ni harini tak ada kelas ke,yg sibuk datang sini?"soalnya apabila kawannya datang sergah macam ni.Bukan sekali,tapi selalu.Dalam seminggu agaknya 5-6 kali juga la dia selalu terjah masuk.
"Kelas aku petang,kau pulak pukul berapa?"soalnya,Kadang kadang rasa kesian juga la,Aryan ni dahla ada kelas lepastu kna kerja kat syarikat pula,al maklum la papa dia nak dia jadi CEO dekat syarikat ni bila tamat belajar.Sekarang ni Aryan kira dalam latihan nak jadi CEO la.(kalau kesian,kenapa pergi kacau dia,siap perli lagi ..uh uh uh ni la manusia zaman sekarang,bila dia x ada kerja,dia kacau org lain yg ada kerja,termasuk author hahahaha)
"Kelas aku lambat lagi pukul 3,sekarang ni baru pukul 12.45,asal?jawabnya.
"Aku dah lapar ni,so aku nak ajak kau lunch la lepak dgn team kita,semua ada kat kedai mamak mcm biasa,kau nak ikut tak?"
"Ok,jom."aku menutupkan laptopku lalu keluar dari bilik menaiki kereta mercedes-benz hitamku manakala Fariz menaiki BMW putihnya.
.......................
Aku,Natasha,Syazwin,Heliza dan Farisha mengambil tempat duduk di meja ke tiga dari belakang.Suasana di kedai mamak ini agak lenggang memandangkan kerana ramai student yang makan di kantin.Walaupun dari U ke sini mengambil masa hampir sejam,tidak dirisaukan oleh kami kerana kelas kmi sudah habis pukul 1 tadi.
"Wei,jom lepas ni kita pergi beli barang nak,sambil sambil tu kita spend time la,lagipun barang aku kat rumah sewa dah habis.Ada lah org ni,barang dia habis ambil barang orang pula"katanya berbaur perlian sekilas mengerling ke arah Heliza supaya rakannya yg sorang ni makan saman.Lagipun Natasha,Heliza dgn Syazwin duduk sebumbung.Heliza hanya menayangkan senyuman kerang busuk tanda dia tidak makan saman akan rungutan natasha kepadanya.
"Aku boleh je,lagipun aku nak beli barang jugaklah."kataku lalu menyedut minuman teh ais di hadapanku yang dipesan beberapa minit lalu.
"Aku tak boleh la,kereta aku rosak ada dekat bengkel and mak aku tak bagi naik grab malam malam ni bahaya"kata Farisha monyok.
"Alah kau ni,apa gunanya Fiqa dia mesti boleh hantar kau balik rumah kan."cadang Syazwin sambil memuncungkan mulutnya ke arahku.
"Boleh je."
"Wei korang semua nampak tak 5 orang laki kat meja sana tu?"Farisha menunjukkan ke arah lima lelaki yang sedang duduk bertentangan dengan kami diselangi beberapa meja.Serta-merta pandangan kami semua dikalihkan ke arah yang ditunjukkan Farisha.
"Hensemlah wei,lagi lagi yang pakai baju hitam tu"kata Natasha menghangatkan lagi perbualan kami.
"Eh yeke,aku rasa yang sebelah dia tu lagi hensem yang pakai topi tu..auumm hahaha"bantah Heliza
"Hish korang ni tak habis habis la,jumpa laki hensem sikit dah kecoh apa lah tengok laki yang pakai phone realme tu lagi hensem tau hahahah". Syazwin seraya ketawa niatnya ingin memarahi kawannya tidak jadi apabila dia jugak terjebak.
"Hek eleh apa taste la korang ni,cuba tengok yang pakai kemeja merah tu lagi hensem,hensem lagi daripada jiran sebelah aku yang selalu aku usya tu."Kata Farisha.
"Ceh,pigi lah!"Natasha,Heliza dan Syazwin berkata serentak.
"Weyh Fiqa kau asal senyap je?"soal Heliza apabila sedar rakannya yang sorang ni hanya diam tidak berkata apabila jejaka jejaka hensem yang dibualkan ini oleh mereka tidak dijoin sekali oleh Fiqa.Selalunya dia kalau cakap pasal lelaki no 2..nak tau no 1 siapa..of course la Farisha.
"Korang ingat lagi tak Aryan Zafran crush aku?"soal Fiqa setelah lama berdiam diri mendengar rakannya yg rancak berbual tentang lelaki sehingga lupa akan dirinya.Uhuk😢
"Of course la ingat!! Sebab dialah kau jadi gila,dalam chat tulis 'weyh aku rindu dia,nak jumpa dia la' mimpi dia la apa la..sampai aku pun muak."kata Natasha kuat sambil mengetuk meja tanpa mengisahkan beberapa org yang melihatnya.Nasib harini sikit orang kalau tak buat malu je.
"Hish kau ni tak tahu malu ke,main ketuk ja,apa ingat ni.."
"Eh eh stop ok sorry sorty"kata Natasha memintas laju percakapan Syazwin yang hmpir dengan mood membebel.Syazwin lantas menjeling Natasha."Hoi korang ni stopla,bising tau tak.Hah Fiqa kenapa dengan Aryan tu?"soal Farisha.
"Korang nampak tak yang pakai kemeja purple tu,tula Aryan"
"HAH SERIOUSLY!!!"kata rakannya serentak.
........................
"Woi korang dengr tak apa yang aku dengar?"soal Aryan"Dengar apa,yang aku dengar ada 5 orang awet cun kat sana,salah sorang daripada mereka tengah tunjuk aku tadi...oh my gat I ada peminat baru lagi la"kata Harith sambil menayang muka minta penumbuk dgn suara garaunya yg dilembutkan.
"Heh kau ni muka tu dah lama tak kena tumbuk ka?Kalau nak aku boleh tolong"kata Ridzuan sambil mengangkat penumbuk .
"Chill la bro,janganlah marah!"balas Harith
"Oii! Aku tengah tanya korang,korang boleh gaduh pulak"marah Aryan.
"Hihihi sorry la,apa kau tanya tadi?"soal Ridzuan
"Aku tanya korang,korang dengar tak ada perempuan yang duduk sana sebut nma aku?"ulang Aryan sekali lagi.
"Entahla,tak ada pulak aku dengar.Asal kau?Kau silap dengar kut."kata Ikhmal
"Tak, seriously aku rasa diorang sebut nama aku"bantah Aryan
"Bisingla korang ni apa susah,tengok aku!"kata Khairul lalu bangun dari tempatnya dan berjalan menuju ke arah Fiqa dan rakannya.
"Assalamualaikum cik cik yg manis lagi cantik terutama yang pakai tudung shawl biru ni"khairul menunjukkan ke arah Syazwin.Syazwin yang mendengar tersipu malu apabila dipuji oleh lelaki yang dikatakan hensemnya tadi."Saya ni nak tanya korang semua ada sebut nama kawan saya ke tadi,sebab dia dari tadi perasan tiba tiba bagitahu yanģ korang sebut nama dia"
Aryan yang sedang menikmati bihun gorengnya terdengar membulatkan matanya what the heck man! Dia segera menuju ke arah khairul dan bahu khairul segera ditekannya kuat.
"Woi kau asal eh"kata Aryan nada berbisik
"Kau tanya aku asal?Bukan tadi kau tanya aku ke,so aku tolong tanyakan."balas Khairul
"Emm sorry lah kawan aku ni sakit,baru makan ubat tadi mungkin terlebih dos pulak dah"Aryan kembali mengkalihkan matanya ke arah mereka semua kemudian matanya terhenti saat matanya bertembung dgn mata Fiqa,terkejut dibuatnya.Dia segera mencoverkan muka terkejutnya dengan melihat jam di tangannya.
"Eh kitaorang dah lambat ni,balik dulu ye". Aryan dan Khairul berjalan ke rakannya lalu mereka semua keluar setelah selesai membuat pembayaran.
Bersambung
Sorry la lama x update.Duk kat hostel kan x boleh bwa phone so lambat la....kalau rasa best dipersilakan tekan butang vote..Bye nak dinner assalamualaikum😜
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Inginkan [ SU ]
RomanceAidira Syafiqah seorang gadis yang biasa sahaja.Dia bukanlah anak orang kaya akan tetapi dia seorang yang cantik,pemurah,pandai mengambil hati orang tua dan cemerlang dalam pelajaran . Aryan Zafran seorang lelaki yang segak,pandai,sentiasa serius te...