Bab 5

94 29 2
                                    

            Deringan telefon yang menandakan seseorang sedang memanggil diambil lalu butang hijau ditekan.Syafiqah yang berada di hadapan Heliza hanya memandang sahaja sambil nasi goreng yang dipesan disuap ke dalam mulut.Malas mahu menyibuk hal orang lain lagi lagi kejadian yang berlaku pada minggu lepas masih segar di ingatan.

Usai menjawab panggilan telefon Heliza lantas menyedut minuman nescafenya.

"Fiqa oh Fiqa..."Heliza memanggil nama Syafiqah sambil matanya tidak lepas memandang skrin telefon.Syafiqah yang sedang mengunyah nasi memandang Heliza selamba.

"Kau dah kenapa?".Kening dijongketkan.Heliza yang sedang bermain telefon tadi terus menutupnya lalu tersengih."Sebenarnya kan aku nak minta kau....kau teman aku pergi rumah mak long aku kejap nak ambil barang yang ummi aku suruh."

"La kau aku ingatkan apa buat suspen aja.Pukul berapa kau nak pergi?"Tanya Syafiqah usai menghabiskan nasi gorengnya itu.

"Lepas zohor nanti dalam pukul 2 macam tu tau.Ni kau nak balik rumah dulu ke kau nak tumpang rumah aku then kita pergi rumah mak long aku terus?"ujar Heliza

"Aku tumpang rumah kau eh kereta aku tinggal sana.Nanti balik rumah aku naik kereta aku senang la sikit.Ummi ok ja kan?"Syafiqah bertanya.Dia menggelarkan Puan Hayati,ummi Heliza sebagai 'Ummi'.Lagipun Puan Hayati yang meyuruhnya memanggil dengan gelaran itu kerana dia dan Heliza dan lagi 3 orang rakannya dah berkenalan lama.Senang diceritakan mereka semua rapat antara family masing masing apabila sudah berkenalan lama.Ibu bapa mereka juga tidak terlepas  berkenalan.

Dari darjah satu lagi,bila teringatkan balik masa dengan rakannya membuatkannya gembira.Alahai rindunya zaman budak budak dulu.Syafiqah tersenyum keseorangan tanpa sedar yang Heliza memandangnya pelik.

"HAH!!Termenung apa tu!!"Meja ditepuk agak kuat sedikit untuk menambahkan lagi rasa terkejut Syafiqah.

"Aah!Terkejut kita tau.Hek eleh kau ni macam lah aku tak tau taktik kau yang selalu nak kenakan aku.Taktik tu dah basi waktu sekolah menengah Heliza."Ujar Syafiqah seusai berpura pura terkejut dek perbuatan Heliza itu.

Muncung ditarik Heliza,tidak puas hati dengan rakannya yang tidak terkejut itu.

"Kau ni kan dah besar lah.Dulu aku kenakan kau ka ejek kau ke mesti kau cepat merajuk sekarang dah matang kau ni kan."Heliza tertawa seusai berkata.

"Amboi kau selama ini kau nak kata aku budak kecil la yang sikit sikit nak merajuk?"Syafiqah bertanya.Heliza terus sahaja mengganguk tanpa memikirkan akibatnya.Terus senyuman teruja ditarik Syafiqah.

"La kau tak tahu ke aku ni memang macam budak kecil comel saja bila merajuk kan..sudahla comel baik pula tu kan Heliza kan hihihi."

Heliza menepuk dahi.Sudah menyesal aku layan budak tak matang ini.Telefon di dalam beg diambil lalu dibuka tanpa menghiraukan Syafiqah yang sudah memuji diri sendiri.

.......................

"Izzati you nak pergi mana mana lagi tak ini?"Soal Aryan tengah memandu sambil mata masih fokus memandang hadapan.

Izzati yang sedang membelek baju yang baru dibelinya tadi terhenti.Kepala dipusing menghadap Aryan lalu menggeleng."I think tak ada dah kut.Kenapa you nak bawa I pergi mana mana ke?"

Aryan tersenyum lalu mengganguk."I kalau boleh nak ajak you pergi satu taman ni cantik tau tenang ja.Lepas zohor ni kita pergi boleh?"Soal Aryan manakala tangan masih lagi memegang stereng kereta.

"Ok ja I tak kisah.Lagipun you yang bawa kereta bukan I."tutur Izzati sambil memandang Aryan.Senyuman terukir apabila lelaki itu juga turut membalas pandangannya seketika sebelum menghadap ke hadapan semula.Sejujurnya dia mengaku yang Aryan ni memang cukup ciri ciri lelaki yang dia nak tapi itulah...dia sangat sayangkan kekasih dia.Mana boleh curang.

Kau Yang Aku Inginkan [ SU ]Where stories live. Discover now