"Kau!!"jarinya lurus menunjuk ke arah muka Syafiqah.Syafiqah pula sudah memandang Aryan dengan tanda tanya.
"Aku kenapa dengan aku?"soalnya sambil jari runcingnya ditunjukkan ke arah muka.
Tak semena mena tawa terbit terbit dari bibir Aryan."Pfttt...HAHAHAHAH".Izzati pula sudah menepuk bahu Aryan perlahan.
"Aryan you kenapa tiba tiba gelak?"soal Izzati.Manalah dia tak pelik tadi Aryan ni dah buat suspen tetiba boleh gelak.Haih sawan dah ke dia ni.Monolog Izzati dalam hati.
"Oh oh What? Sorry I tak boleh percaya yang depan I ni Aidira Syafiqah."Ujarnya setelah habis menghamburkan ketawa.
"Asal pula kau tak percaya ini aku?"Syafiqah mencebik
"Yelah dulu kau bukan macam ni.Muka penuh jerawat,pipi tembam lepastu badan.."Aryan mengembungkan pipinya menandakan berisi.
Syafiqah pula sudah terasa.Sampai hati kau Aryan kau kutuk aku.Ingin sahaja dia menangis,tetapi tak nak lah malu la nanti depan Aryan.Bukannya gemuk sangat pun aku.Dulu pakai saiz XL sebab aku tinggi jadi baju tu akan nampak singkat.Sekarang aku dah pakai saiz M,aku dah kurus sikit.
"Ish Aryan tak baiklah cakap orang macamtu tau."Izzati menepuk badan Aryan dengan beg tangannya.
"Ok ok sorry aku minta maaf Syafiqah."Aryan meminta maaf,sedangkan dalam hati mahu sahaja dia mentertawakan lagi si Syafiqah ini.Tapi Syafiqah yang sekarang sudah makin cantik,lebih lebih lagi dengan mata light hazel nya itu.Dia tahu itu bukan contact lens,kerana sejak dari dulu lagi dia ingat yang mata Syafiqah memang berwarna light hazel.
"Hmmm...takpalah aku nak balik dah jomlah Heliza kita balik."Lengan Heliza ditarik.Heliza pula terpinga terpinga apabila dia ditarik begitu sahaja.
"Ah weyh Aryan Izzati aku dengan Syafiqah balik dulu lah.Kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye.Bye."Tangan dilambai sebelum dia turut mengejar langkah Syafiqah yang sudah laju meninggalkannya.
Apabila dua orang wanita itu hilang dipandangan Aryan dan Izzati.Izzati mula bersuara.
"Haih apa you ni tengok dah terasa si Syafiqah tu.Mulut tu lain kali elok elok sikit.Eiii kalau I jadi Syafiqah dah lama I sumbat batu dalam mulut you ni."Ujar Izzati geram.
Alamak crush aku marah pula.Leher nya digosok perlahan.Haish kau ni pun Aryan mulut tu kenapa tak jaga sebelum nak bercakap.Mesti Izzati tak suka dirinya nanti.
"Alah you sorryla.I terlepas cakap nak buat macam mana.Sorrylah ye ."
"Hmmm yelah dahla jom you hantar I balik,nanti lambat pula sampai."
Aryan mengganguk lalu bekas makanan yang sudah habis diguna dibuang di dalam tong sampah yang disediakan di sebelah bangkunya itu.Lalu kaki dihayun ke arah kereta mercedes-benz nya itu.
..........................
"Aku benci dia,Heliza.Aku benci dia!!"bantal berbentuk unicorn berwarna pink itu dibaling ke dashboard kereta milik Heliza.
"Huaaa sampai hati dia kutuk aku.Aku menyesal simpan perasaan dekat dia bertahun."Unicorn itu ditekan kuat lalu dironyokkannya.Geram punya pasal.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Inginkan [ SU ]
RomanceAidira Syafiqah seorang gadis yang biasa sahaja.Dia bukanlah anak orang kaya akan tetapi dia seorang yang cantik,pemurah,pandai mengambil hati orang tua dan cemerlang dalam pelajaran . Aryan Zafran seorang lelaki yang segak,pandai,sentiasa serius te...