Di stesen TAPOPS, Kokoci sedang berjalan ingin jumpa Laksamana Tarung. Sambil dia sedang berjalan, Kaizo jumpa dia dan ingin memberitahu sesuatu kepadanya.Lepas Kaizo memberitahu kepada Kokoci, Kokoci agak terkejut. "Apa? Mustahil!" Kata Kokoci. Kaizo menunjuk video hologram ke Kokoci. Dalam video itu menunjuk alien dapat membebaskan dirinya daripada ais. "Kami perlu beritahu kepada Aiman, Aina dan Danial tentang ini.." Kata Kokoci lepas melihat video itu. "Tak perlu. Aku pasti Aina sudah tahu." Kata Kaizo. "Macam mana dia tahu?" Soal Kokoci. "Ais yang Retak'ka sudah lama dibeku oleh ayah Aina ada hubungan dengan kuasa Aina. Aina boleh rasa dari kuasanya." Kaizo menjelas. "Hmm.. Bagus la yang Aina tahu tapi-" Sebelum Kokoci boleh habiskan ayat dia, tempat itu bergegar. "Apa yang berlaku!?" Kata Kokoci dan mula lari ke tempat masuk kapal angkasa. Kaizo pun masuk ke tempat itu untuk melihat apa yang berlaku.
Apabila mereka saksi apa jadi di situ, Kokoci dengan pantas hantar panggilan kecemasan ke Aiman. Kaizo pula, hantar mesej ke Aiman tentang misi mereka.
30 minit sudah berlalu. Aiman, Aina dan Danial pun sampai di TAPOPS. Mereka lihat di sekeliling. "A-Apa jadi??" Soal Danial sambil dia bersama Aiman dan Aina keluar dari kapal angkasa mereka. "Psst!" Mereka lihat ke satu arah di mana suara itu datang. "Sai dan Shielda!" Kata Aiman dengan suara kuat. "SShhh! Perlahankan suara kau! Nanti dia dengar!" Kata Sai. "Sini cepat!" Kata Shielda. Mereka bertiga lari ke arah mereka dan sembunyi bersama mereka.
Danial tanya apa yang berlaku dan Shielda mula menjelaskan kepada mereka. "Dia dapat membebaskan dirinya daripada ais itu dan dia menyerang TAPOPS." Kata Shielda. "Bukan dia saja. Tengkotak pun ada." Sai menambah. "Erm.. 'Dia' tu Retak'ka, betul?" Soal Aina. "Ye-" Sebelum Shielda boleh habiskan ayatnya, Aiman memotong, menyuruh mereka senyap kerana dia dengar bunyi tapak kaki.
Bunyi tapak kaki itu menjadi kuat dan ia berhenti di depan tempat persembunyian mereka. "Ada apa?" Soal Kikita. "Hmm... Tak ada apa-apa." Gaganaz membalas. "Sudah la, kami perlu jumpa yang lain." Kata Kikita. Mereka berdua meninggalkan tempat itu. Apabila mereka sudah tiada di situ, Sai menyuruh mereka semua ikut dia ke satu tempat. Mereka pun mengikut dia dari belakang.
Mereka sampai di pinggir stesen TAPOPS. Kapal angkasa Kaizo pun muncul di depan mereka. Pintu kapal angkasa itu buka, memberikan mereka masuk ke dalam. Apabila semua sudah masuk, mereka nampak Laksamana Tarung dan Kokoci di depan mereka. "Laksamana, Retak'ka dapat membebaskan diri dia." Kata Aina. "Aku tahu. Kaizo sudah memberitahu kepada kami." Kata Laksamana Tarung. "Sebab itu kami perlu kau bertiga." Dia menambah ayatnya. "Dan memberi misi kepada kau bertiga. Sebab itu kami menghubungi kau." Kata Kaizo yang baru saja masuk untuk jumpa mereka. "Apa kami patut buat?" Soal Danial. Mereka pun mula berbincang tentang rancangan mereka untuk mengalahkan mereka.
Lepas habis berbincang, mereka bertiga faham rancangan mereka. Tiba-tiba, mereka terdengar suara yang mereka kenal.
"Meriam pembeku! Tembakan Ais!"
Mereka lihat di luar. "Apa!? Macam mana....!?" Kata Aiman dengan agak geram apabila nampak adik-beradik Elementals di bawa, menyerang Tengkotak, Ejojo dan Retak'ka. "Aiman, cepat!" Kata Aina sambil berdiri atas terbang salji (?) bersama Danial di sebelahnya. Aiman berlari dan berdiri di belakang mereka. Aina mula mengawal terbang salji itu dan membawa mereka ke Elementals.
"Apa kau semua buat di sini!?" Soal Aiman dengan suara marah. "Kami hanya-" Sebelum salah satu dari mereka boleh menjelaskan kepadanya, Aina memotong. "Simpan penjelasan kau. Kami perlu melindungi Elementals!" Kata Aina, mula membuat tembok salji. "Kau berdua, bawa mereka ke kapal angkasa kami. Aku akan mengejar kau nanti." Kata Aina dan mereka mula berlari.
Apabila mereka berlari setengah jalan, Gaganaz menyekat jalan mereka. Aiman keluarkan pemanah dia dan menyerang Gaganaz. Sambil menyerang, dia menyuruh Danial bawa Elementals ke kapal angkasa mereka. Danial dan Elementals bersambung berlari dari situ. Tiba-tiba, muncul Retak'ka di depan mereka.
"Mana kai nak lari hah!? Aku tak akan bagi kau semua lari ke mana-mana!" Kata Retak'ka mengeluarkan kuasanya. Sebelum itu, Solar menyerang dia.
"Tembakan Solar!"
Hmm.. Solar guna kuasa dia untuk menyerang satu alien ni.. Tapi, sebelum kuasa dia sampai, alien itu menyekik Solar. Lepas itu-
Lepas itu, dia macam curi kuasa Solar
Danial ingat apa Thorn dan Blaze ceritakan tadi pagi. "Solar jangan!" Danial ingin berhentinya tapi, sudah lambat. Retak'ka dengan pantas muncul di tepi Solar dan mula menyekik dia. "Solar!" Jerit adik-beradik yang lain. "Bagus yang kuasa kau dalam tahap kedua, Solar." Kata Retak'ka dan mula menyedut kuasa elemen Solar. Lepas itu, dia melepaskan Solar. Elemen solar di topi Solar sudah hilang. "Dia curi kuasa Solar!" Kata Blaze. Hali di situ menjadi sangat geram dan mula menyerang Retak'ka. "Hali, jangan!" Danial menjerit tapi, Hali tak ingin mendengarnya. "Giliran kau pula. Pencutan tinggi." Retak'ka sudah hilang. "Mana dia pergi!?" Soal Hali kepada dirinya. Tiba-tiba, Retak'ka muncul di belakang Hali dan menyekik dia juga.
"L-Lepaskan aku!" Jerit Hali. "Boleh saja... Lepas aku dapat kuasa kau!" Retak'ka menyedut kuasa elemen Hali. Lepas itu, dia melepaskan Hali. Elemen halilintar di topi Hali pun sudah hilang. "Yang lain pula....." Retak'ka memandang ke Elementals lain dan ia membuat mereka takut.
YOU ARE READING
The Power of Elemental Fusions [COMPLETED]
Fanfiction☆ Sequel to 'The Power of Elemental Siblings' ☆ Alien jahat kembali bersama alien baru dengannya dan mereka ada peluang untuk menghapuskan adik-beradik elementals. Apabila elementals mereka mengalah untuk pertama kali, mereka tak akan berputus asa h...