Ke Planet Z1

416 24 1
                                    


Adik-beradik Elementals baru saja habis cerita mereka ke Fusion Elementals. "Oh macam gitu ceritanya." Kata Supra dan tiba-tiba, dia rasa sesuatu. "Eh, Glasier, Frostfire. Kau berdua rasa sesuatu?" Soal Supra. "Ha'ah, ia semakin kuat." Kata Frostfire. "Erm... Apa kau bertiga sedang bercakap ni?" Soal Thorn sambil menggaru kepalanya. "Ingat tak yang aku kata kami datang sini nak cari sesuatu?" Soal Glasier. Adik-beradik Elementals mengangguk kepala mereka untuk membalasnya,"Ingat." Frostfire menunjuk ke arah rumah lama itu dan berkata,"Sesuatu itu berada di dalam rumah itu. Glasier, Supra. Jom!" Mereka bertiga masuk ke dalam rumah itu. "Mari ikut mereka." Kata Gempa. Adik-beradik Elementals terus masuk ke dalam rumah itu.

"Aku dapat jumpa!" Kata Supra dengan suara kuat. Semua terus masuk ke salah satu bilik di mana Supra berada. Mereka nampak Supra sedang memegang tiga batu permata. "Batu permata itu.. Adakah....?" Solar menunjuk batu permata itu dan melihat Gempa. "Ye, Solar. Batu permata itu seperti kami." Kata Gempa. "Ia boleh buat kau dua kali lebih kuat daripada musuh kau." Gempa menjelas. "Dan kami ada peluang untuk mengalahkan musuh kami." Kata Blaze dengan gembira.

Tiba-tiba, kapal angkasa muncul dia atas mereka. Pintu kapal angkasa itu buka dan terdapat Aiman berdiri di belakang pintu itu. "Aiman!" Kata adik-beradik Elementals dengan gembira kerana dia baik-baik saja. "Cepat masuk!" Kata Aiman. Adik-beradik Elementals kecuali Gempa masuk ke dalam kapal angkasa mereka. "Mari, kami perlu bantuan kau sekali." Kata Gempa dan mula berjalan untuk masuk ke dalam kapal angkasa mereka. Fusion Elementals ikut Gempa dari belakangnya.

"Elementals! Kami dapat bertemu sekali lagi." Kata Gopal dengan gembira. Bukan Gopal saja yang gembira. Ying, Yaya dan Fang di situ juga rasa gembira. "Eh, Gopal dan lain pun ada? Apa ceritanya?" Soal Solar. "Sai dan Shielda hubungi kami untuk minta bantuan." Fang menjelas. "Kami dengar ada alien yang bernama Retak'ka menyedut kuasa kau semua. Betul ke?" Soal Yaya dengan agak risau. "Ha'ah. Tapi, kami dapat kuasa kami balik kerana batu permata yang kami sedang simpan selama ini." Gempa membalas. "Kalau kami hilang batu permata kami, kuasa kami akan hilang." Gempa menyambung ayatnya. Lepas mendengar apa Gempa kata tadi, Gopal sedar ada tiga lagi lelaki di belakangnya. Jadi, dia tanya siapa mereka.

Gempa mula memperkenalkan diri mereka ke kawan-kawan dia. Lepas itu, dia kata,"Mereka bertiga akan membantu kami semua." Danial letak jari telunjuknya di dagu dan berkata,"Hmm... Bagus juga yang kau bawa mereka bersama kami. Kami ada peluang untuk mengalahkan Retak'ka."

Sekarang, Danial memperkenal dirinya dan lain ke Fusion Elementals. Lepas itu, Aina tanya apa berlaku sebelum ini. Hali dan Taufan menjelaskan kepada mereka semua. "Dan sebelum kami pengsan, aku dengar Retak'ka kata yang dia dan lain pergi ke Planet Z1." Kata Taufan. "Itu planet kami tapi, kenapa?" Soal Aina sambil meletak salah satu jari dia di dagunya. Aiman yang sudah tahu jawapannya, berkata,"Untuk mendapatkan batu permata adik-beradik Elementals! Tapi, batu permata itu dengan kami sekarang. Jadi, kami tak perlu risau tentang itu. Apa kami perlu buat sekarang adalah membeku Retak'ka seperti dulu." Aiman lihat Danial dan Danial mengangguk kepalanya faham. Danial terus ke bilik kawalan dan menekan salah satu butang. Kerusi muncul di depan mereka semua. "Duduk di kerusi cepat. Kapal angkasa ini akan bergerak tak lama nanti." Kata Danial dari speakernya. Semua ambil tempat duduk mereka masing-masing dan kapal angkasanya mula terbang. "Erm.. Kami nak ke mana?" Soal Thorn. "Ke Planet Z1." Aiman membalas. "Untuk berhenti Retak'ka di sana." Aina menambah ayatnya. Kapal angkasa itu pun mula bergerak dengan laju dan membawa mereka semua ke Planet Z1.

The Power of Elemental Fusions [COMPLETED]Where stories live. Discover now