Tok Aba yang berada di rumah dia sedang baca surat khabar. Sambil membaca, tempat itu bergegar. A-Apa yang berlaku?? Fikir Tok Aba dan terus keluar dari rumahnya untuk melihat apa jadi.Apabila Tok Aba keluar, dia nampak kapal angkasa Adudu. Pintu kapal angkasa itu buka dan muncul cucu-cucu Tok Aba.
"Mana kamu semua pergi?" Soal Tok Aba apabila mereka sudah berada di dalam rumah. "Erm.. Kami ke TAPOPS." Solar membalas. "Dan kenapa kau semua pergi sana bila kami tak benarkan!?" Soal Aiman yang baru saja keluar dari portal teleportasi dari belakang mereka. Aina dan Danial pun keluar dari portal itu. "M-Maafkan kami." Kata Blaze. "Sudah tentu aku kata yang misi kami bahaya dan kau tetap cari jalan untuk sampai ke TAPOPS.. Kalau kau semua tak pergi sana, Retak'ka tak akan curi kuasa Hali dan Solar." Kata Aiman sambil membulat tangannya. "Aiman.." Aina meletak tangannya di bahu Aiman dan menyuruh dia bertenang. Tok Aba menjadi terkejut apabila mendengar alien yang bernama Retak'ka mencuri kuasa dari dua cucu dia. Jadi, dia menyuruh mereka cerita kepadanya tentang apa yang berlaku.
Lepas bercerita, Tok Aba menyuruh Elementals pergi mandi dulu, lepas itu berkumpul di dapur untuk makan malam nanti. Mereka pun ikut kata-kata Atok dia.
-Time skip-
Lepas mereka habis makan, Gempa nak ke bilik dia tapi, dia nampak Aiman sedang duduk di belakang rumah sendiri. Gempa berjalan ke arah Aiman dan mula berbual dengannya.
"Maaf kerana tadi.. Idea adik yang membuat kami pergi ke Stesen TAPOPS." Kata Gempa. "Aku sudah maafkan kau semua.." Kata Aiman. "Aku.. Aku cuma ambil misi aku dengan serius dan aku tak nak kau dan adik-beradik kau cedera." Aiman bersambung ayatnya. "Apa misi kau?" Soal Gempa. Aiman menunjuk tiga jari. "Ada tiga misi. Misi pertama, menjauhkan diri Elementals dari Retak'ka. Misi kedua, hubungi Adudu untuk minta bantuan dan juga menjadi back up kami. Misi ketiga, hentikan Retak'ka hanya aku, Aina dan Danial saja." Aiman menjelas. "Aku ambil semua misi dengan serius tapi, aku lebih serius dengan misi pertama aku. Kalau Retak'ka dapat kuasa kau dan adik-beradik lain kau, dia akan menjadi lebih kuat dan kami tak ada peluang untuk mengalahkan dia." Aiman bersambung ayatnya. Gempa faham semua sekarang.
Tiba-tiba, tempat itu bergegar. "Muahahaha!!" Mendengar ketawa itu, mereka sudah tahu suara siapa. Aiman dan Gempa keluar dari rumahnya dan nampak kapal angkasa Tengkotak. Mereka menyerang Adudu dan Probe. Lagi-lagi, pada masa yang salah. "Arrgghhh!!!" Jerit salah dua dari Elementals. Aiman melihat ke arah mereka. Terdapat Retak'ka menyedut kuasa Thorn dan Taufan. Lepas itu, dia lepaskan mereka berdua. Elemen daun dan angin di topi Thorn dan Taufan sudah hilang. "T-Tidak!" Aiman pandang ke arah Gempa dan menyuruh bawa adik-beradik dia ke tempat lain. Jauh dari mereka. "Tapi-" Aiman memotong Gempa dan berkata,"Aku perlu kau melindungi mereka. Aku percaya dengan kau. Hanya kau saja kerana kau bertanggungjawab menjaga mereka sebagai abang mereka. Jangan lupa bawa Tok Aba dan Ochobot sekali dengan kau semua untuk melarikan diri."
Gempa mengangguk kepalanya, faham dan berkata,"Baik la." Aiman berikan komunikatornya kepada Gempa. "Kalau sudah sampai, hubungi Aina atau Danial dan kalau apa-apa jadi dengan kau semua, hubungi juga." Kata Aiman dan Gempa ambil komunikatornya dari Aiman. Gempa keluarkan Golem tanah dia dan angkat Taufan, Thorn dan Tok Aba. "Hali, Blaze, Ais, Solar, Ochobot!" Gempa memanggil mereka membuat mereka lihat ke arah dia. "Mari, ikut aku!" Kata Gempa dan mula berlari. Mereka pun ikut abang dia, sama dengan golem tanah Gempa.
"Hey, mana kau nak pergi hah!?" Jerit Retak'ka dan ingin mengejarnya tapi, tak sempat kerana Aina mengguna kuasa dia untuk menahan Retak'ka. Kapal angkasa Adudu pula menahan Tengkotak. "Kau masih fikir yang kau boleh kalahkan aku? Dalam mimpi la!" Kata Retak'ka. "Siapa kata kami akan kalahkan kau di sini? Kami menahankan kau semua saja. Asalkan Elementals dapat melarikan diri mereka." Kata Aiman dan dia bersama Aina, Danial, Adudu dan Probe menyerang mereka.
YOU ARE READING
The Power of Elemental Fusions [COMPLETED]
Fanfic☆ Sequel to 'The Power of Elemental Siblings' ☆ Alien jahat kembali bersama alien baru dengannya dan mereka ada peluang untuk menghapuskan adik-beradik elementals. Apabila elementals mereka mengalah untuk pertama kali, mereka tak akan berputus asa h...