"HELLO, Miss Leyla Felora."
Lelaki berambut perang itu menyapa Leyla dan Alicia dengan santai. Hati Leyla serta-merta tersentak. Kenapa dia selalu muncul bila aku berjanji temu? Detik itu terasa lebih panjang daripada yang sepatutnya, dan Leyla dapat rasakan keresahan mula menghantui. Sejak mereka berpisah, Rio Rangga tetap tidak pernah berhenti mengganggunya, seolah-olah hidupnya tidak lengkap tanpa mengacau."Kenapa you selalu lari dari I? Tak penat ke berlari?"
Senyuman Rio penuh sindiran. Dengan tidak diundang, dia menarik kerusi kosong dan duduk bersebelahan Alicia. Dia meletakkan dagu di atas tangan, seolah-olah situasi itu miliknya. Hati Leyla membara, tapi dia cuba menahan diri."Apa yang kau buat kat sini? Kau ikut aku ke?"
Nada Leyla tajam, amarah di dalam dirinya makin membuak. Seleranya yang tadinya ada kini hilang begitu saja."I terserempak dengan you je. Dunia ni kecil kan, sayang?"
Nada manja Rio menusuk hati Leyla, membuatkannya semakin muak. Lelaki ini memang tak pernah tahu bila masa untuk berhenti."Sayang kepala otak kau! Kita dah lama putus. Kau berambus dari sini, jangan kacau date aku!"
Nada Leyla kasar, harapannya agar Rio segera hilang dari pandangan. Namun, Rio cuma tersenyum, senyuman yang tak pernah gagal membuatkan darah Leyla mendidih."Putus? Kita terpaksa putus, bukan sebab I tak sayangkan you. Kalau bukan disebabkan Ben..."
Sebelum Rio sempat menghabiskan kata-katanya, Leyla segera mencelah."Jangan ungkit kisah lama! I tak suka."
Amaran dari bibirnya jelas, namun matanya mendedahkan lebih dari sekadar rasa benci. Ia penuh dengan luka yang belum sempat sembuh sepenuhnya.
Rio semakin mendekat, wajahnya hampir kepada Leyla."Kalau tak nak ungkit kisah lama, kita cipta kisah baru?"
Senyuman nakal di bibir Rio disertai dengan kenyitan mata. Dia mengambil mangkuk mi tarik Leyla dan tanpa rasa bersalah menghirup kuahnya.Leyla terpanar, Betul-betul tak ada adab! Tangannya mengepal kuat, cuba mengawal diri dari melepaskan satu tamparan.
"Kau kasanova yang tak pernah berubah! Siapa yang sanggup tahan perangai macam kau?"
Kemarahan Leyla makin memuncak. Perasaan marah itu disertai dengan kepedihan kerana terpaksa melalui lagi episod ini. Rio sentiasa mengganggu, tanpa pernah menghiraukan perasaan orang lain. Betapa malangnya aku pernah jatuh hati dengan lelaki seperti dia.
Alicia, yang sejak tadi memerhati, akhirnya bersuara."Kau nak apa sebenarnya, Rio? Nak kacau hubungan Leyla dengan anak Dato Jamal?"
Nada Alicia penuh sinis, cuba melindungi Leyla. Namun, Rio hanya mengangkat kening, tanpa rasa bersalah sedikit pun."Tunang dia ke, suami ke, aku tak kisah. Orang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula tunang."
Jawapan sinis Rio membuatkan mereka tergamam. Hati Leyla makin berdegup kencang, rasa benci mengalir dalam setiap urat nadinya. Dia tahu, Rio memang licik, suka menghancurkan hidupnya.Tiba-tiba...
"Hey, bro. Apa yang kecoh-kecoh ni?"
Dato Jamil muncul dari arah belakang, dengan tenang menepuk bahu Rio. Saat itu, jantung Leyla seperti berhenti. Hatinya semakin gelisah. Jangan ada drama lagi. Tolonglah."Oh, jadi inilah bakal imam Leyla Felora?"
Nada Rio semakin sinis, wajahnya tidak langsung berubah."Lelaki duda yang kau pilih?" Dia tersenyum sumbing, penuh dengan provokasi.
Dato Jamil tetap tenang, tetapi ada garis keras di wajahnya.
"Kau siapa nak cakap macam itu?"
Genggaman tangannya pada pergelangan Rio makin kuat, tetapi Rio tidak menunjukkan tanda-tanda takut. Sifat angkuh Rio semakin menyakitkan hati Leyla."Dia nak kau sebab poket kau tebal. Bila habis, dia datang balik kat aku."
Kata-kata Rio bagaikan racun yang menjalar, dan Leyla tidak mampu menahan lagi.PANG!
Terteleng kepala Rio ke kiri. Leyla menamparnya sekuat hati."Mulut kau jaga sikit! Aku tak pernah nak harta dia. Aku sayangkan dia ikhlas kerana Allah!"
Suara Leyla bergema di antara mereka, penuh dengan kemarahan dan rasa dikhianati. Dia berdiri teguh di depan Rio, cuba melawan setiap hinaan yang dilemparkan.Namun, Rio hanya mengusap pipinya yang pedih sambil tersenyum.
"Ikhlas konon. Kalau ikhlas, takkan kau tunjuk harga buah anggur mahal dalam Instagram, kan?"
Senyuman sinis Rio seolah-olah tidak pernah hilang. Dia ni memang tak pernah tahu bila harus berhenti.
Alicia segera cuba meleraikan ketegangan."Jamil, jangan percaya apa yang Rio cakap. Dia memang suka buat kacau!"
Wajah Leyla sudah pucat, cemas kalau Jamil salah faham.
Dato Jamil menoleh ke arah Leyla, matanya tajam, penuh dengan kecurigaan."Betul ke semua ni?"
Tanyaannya menusuk jauh ke dalam hati Leyla. Degupan jantungnya makin laju."Awak dah salah faham." Leyla berbisik, cuba mengawal diri dari terus menggeletar.
"Saya nak tahu kisah sebenar. Lelaki tadi jauh lebih muda dan kacak dari saya, kenapa awak pilih saya?"
Jamil terus mendesak, suaranya dingin. Leyla menggigit bibir, berusaha mencari kata yang tepat.Haih, Rio... kau punca semua ini. Leyla menarik nafas dalam-dalam. Lelaki ini memang suka menghancurkan hati orang lain.
YOU ARE READING
HARI KITA BERTEMU
Romance"Saya mengandungkan anak dia." Pengakuan dari seorang gadis yang tidak dikenali telah merubah kehidupan Rio Rangga. Hidupnya yang liar, dikelilingi ramai perempuan, membuatkan bonda dan ayahnya tidak menafikan dakwaan itu. Tanpa kerelaan, dia dipaks...