"SAMPAI bila engkau nak berhijrah ke negara orang? Kadang-kadang aku rasa kau ni dah macam pelarian, Rio."
Sepasang mata Rudy memerhati Rio yang tekun mengunyah kek coklat di hadapannya.Rio hanya tersenyum tawar mendengar sahabatnya mula membebel. Baru saja mereka bertemu setelah sekian lama, mulut Rudy sudah tak berhenti bercakap. Kadang-kadang rasa macam dia ni mak nenek.
Sebenarnya, Rio lebih suka menyendiri. Bukan kerana tidak mahu berkawan lagi, tetapi dia tidak mahu bonda tahu dia sudah kembali ke Malaysia. Biarlah semuanya kekal seperti ini.
"Kalau aku tak merantau, aku dah lama buat malu golongan bangsawan. Kau tahu apa yang terjadi dulu. Aku tak nak perkara yang sama berulang."
Rio mengembungkan pipinya, memberi balasan malas. Rudy menggaru leher, tahu sangat temannya ini sudah nekad."Kalau kau tak buat hal, kau tak duduk jauh dari bonda. Dia rindu kau, bro. Setiap kali aku datang rumah dia, mesti dia tanya tentang kau."
Nada Rudy lembut, tetapi kesannya mendalam. Namun, hati Rio masih kosong. Dia belum bersedia untuk pulang."Aku ada syurga yang perlu aku jaga di sini. Ibu kandung aku lebih perlukan kasih sayang aku sekarang," tegas Rio.
Dia tak pedulikan lagi soal kemewahan atau gelaran bangsawan. Kini, yang penting adalah kebahagiaan bersama ibu kandungnya, meskipun hidup di negara orang penuh kepayahan. Kebebasan itu lebih bernilai.
"Jangan lupa, tanpa bonda, kau takkan dapat hidup seperti sekarang."
Kata-kata Rudy membuat Rio tersentak. Aku takkan lupa jasa mereka. Tapi cukuplah sampai di sini.
Rio menghela nafas panjang, cuba menerima kenyataan hidupnya yang berbeza. Takdir memang pelik.Dulu, dia dilahirkan di Singapura dan diserahkan kepada keluarga bangsawan untuk mengelak bahaya. Ibu kandungnya, terpaksa menyerahkan Rio agar bayi itu terselamat. Setelah hampir tiga puluh tahun terpisah, mereka akhirnya ditemukan semula lima tahun lalu.
Kini, Rio mahu membina semula hubungan dengan ibunya. Dia mahu mencipta kenangan indah yang tak pernah wujud dahulu.
"Aku setuju jumpa kau sebab kau kawan aku. Tapi kalau kau nak ingatkan aku tentang kisah pahit, baik aku pergi."
Rio membuang pandang ke luar restoran, cuba mengelak dari topik yang terlalu sensitif. Rudy cepat-cepat mengubah haluan."Haaa, kita tukar topik. Macam mana dengan Leyla Felora? Kau dah jumpa dia, kan?"
Senyuman nakal Rudy membuat Rio tersentak."Leyla? Dia layan aku macam orang asing, tapi tak apa. Aku tetap akan pastikan kami kahwin. Kalau aku nak dia, aku akan dapatkan dia."
Tekad Rio jelas, sambil jemarinya mengetuk meja. Rudy tertawa kecil melihat semangat sahabatnya."Kau ni perempuan keliling pinggang, tapi kenapa nak kejar dia?"
Rudy hairan dengan kegigihan Rio.Rio berhenti sejenak. Pandangan matanya merenung jauh sebelum akhirnya bersuara.
"Kalau bukan sebab aku, ayah dia takkan..."
Kata-kata Rio tergantung. Rudy menarik nafas panjang, merasakan beban yang dipikul sahabatnya."Jangan salahkan diri sendiri, bro. Itu semua takdir. Rasa bersalah tu cuma akan makan diri kau."
"Tapi kalau bukan sebab aku, ayah dia takkan mati."
Rio tunduk, dua tapak tangannya diperhati dalam diam, teringatkan peristiwa lalu yang menghantui."Cuba berdamai dengan takdir. Rasa bersalah tu tak akan bawa kau ke mana-mana. Kau kejar dia sebab simpati, bukan sebab cinta."
Rudy cuba memberi nasihat, tapi Rio hanya terdiam. Kata-kata Rudy terus terngiang-ngiang, menusuk jauh ke dalam hati."Pengorbanan kau dulu dah lebih dari cukup. Kau dah buat banyak untuk dia. Jangan sampai kau terluka lagi."
Rudy cuba memberi keyakinan, tapi Rio hanya tersenyum pahit."Aku sayangkan dia, Rudy. Aku akui, pada awalnya perasaan aku hanya simpati, tapi sekarang..."
Rio terdiam seketika, seolah-olah mencari kata-kata yang tepat."Sekarang apa?" Rudy mengangkat kening, ingin tahu.
"Sekarang, aku yakin perasaan aku dah berubah."
Pandangan Rio tegas, tak goyah. Rudy hanya mampu berharap."Kalau dia tahu siapa kau yang sebenar, aku harap perasaan dia tak bertukar benci."
"Aku yakin hati dia masih ada nama aku."
Dengan penuh keyakinan, Rio bangkit, bersedia untuk melangkah pergi. Misi memikat hati Leyla akan diteruskan.LEYLA Felora tersentak.
Tangannya mengheret tong sampah besar keluar dari rumahnya, ketika tiba-tiba satu tangan kasar merentap plastik sampah dari genggamannya. Kaki kiri terpeleot di batu, dan lututnya terhentak ke tanah.
Aduh! Lututnya sakit, tapi lebih sakit lagi apabila mendapati Rio Rangga berdiri di hadapannya, melambai mesra.
"Hai bakal jodoh."
Figura itu tersengih, langsung tidak mempedulikan keadaan Leyla yang terjatuh. Leyla meraba lututnya yang sakit, menahan rasa terkejut.Dia lagi!
Dalam hati Leyla membara. Macam mana dia boleh tahu rumah aku?"You ni patut kahwin cepat-cepat, biar ada orang yang tolong you buat kerja buang sampah."
Senyuman nakal Rio mengundang rasa marah. Betul-betul lelaki tak guna!"Kau buat apa dekat sini? Macam mana kau tahu rumah aku?"
Leyla berdiri, mengenggam tangannya kuat, bersedia jika Rio melampaui batas."I ikut kata hati je. Hati I suruh datang ke sini."
Nada lembut Rio hanya menambahkan rasa jengkel di hati Leyla."Jangan main-main! Aku tak nak dengar lawak bodoh kau."
Suara Leyla makin tinggi, cuba mengawal perasaan yang semakin membara. Rio hanya tersenyum, seperti biasa."I serius, sayang. I nak jumpa bakal isteri."
Senyuman tak pernah lekang dari bibir Rio, tetapi Leyla langsung tak terkesan. Betul-betul buat aku rasa nak tumbuk muka dia!"Kau balik sekarang sebelum aku buat perkara yang kau akan kesal!"
Leyla sudah tidak mampu menahan marah. Dia menghentak kaki, memberi amaran kepada Rio. Namun, lelaki itu hanya ketawa kecil."Janganlah garang sangat, bakal isteri."
Rio menarik tangan Leyla, cuba mengheretnya ke rumah. Leyla terkial-kial melepaskan genggaman Rio, semakin marah dengan tingkah laku Rio yang tak berhenti menggangu."Lepaskan aku! Kau jangan cari pasal!"
Suara Leyla bergema. Namun, Rio terus tersenyum."I memang nak cari pasal."
Dia memang gila!
Hati Leyla penuh kemarahan, tetapi dia tahu Rio tak akan berhenti selagi tak dapat apa yang dia mahu.
YOU ARE READING
HARI KITA BERTEMU
Romance"Saya mengandungkan anak dia." Pengakuan dari seorang gadis yang tidak dikenali telah merubah kehidupan Rio Rangga. Hidupnya yang liar, dikelilingi ramai perempuan, membuatkan bonda dan ayahnya tidak menafikan dakwaan itu. Tanpa kerelaan, dia dipaks...