Kau punya kisah cinta ? Kisah cinta itu ada banyak. Ada berakhir dengan kesedihan, ada yang berakhir dengan kebahagiaan ( cuma sebentar kebahagiaannya, menurut akulah). Ada yang lucu ceritanya, ada yang serius ceritanya ( barangkali percintaan ahli korporat atau peguam. Kan mereka sentiasa serius. Juga menurut akulah). Yang pasti cerita cinta setiap orang itu berbeza. Tidak akan sama walaupun kembaran. Kalau sama pun ya, aku tak tahu, kan aku bukan kembaran dengan mereka. Hehe. Menurut kau, cerita macam apa yang kau mahukan dalam kisah cintamu ? Adventures ? Horror ? Atau romantik ? Kalau boleh dipilih, pasti semua orang mahunya pilih romantik. Romantik di mata orang kan berbeza-beza. Maksud aku seperti, ada yang baginya makan di hotel 5 bintang itu romantik. Ada yang baginya makan di warung tepi jalan sambil kehujanan dan saling suap menyuap itu romantik. Menurut kau bagaimana ? Menurut aku pula, tak kisahlah kalau dia tidak romantik. Biarkan. Berserdehana dalam cara yang tersendiri. Asalkan cukup untuk membuat aku merasa seperti paling special di muka bumi. Tapi sayang, tak semua cinta itu indah. Jadi inilah yang aku ingin ceritakan. Kisah cinta aku dan dia yang mungkin terdengar biasa tapi tidak bagiku. Kisah cinta pertama yang boleh kukira mengubah hampir 100% kehidupanku. Dia dan aku berbeza bagai langit dan bumi bagai bulat dan segi tiga dan bagai apa lagi ya ? Ah, yang penting berbezalah. Jika masa diundur dan aku tahu aku dan dia tidak mungkin ada masa depan bersama, aku akan tetap memilih untuk jatuh cinta kepadanya kerana moment itu walaupun perit tapi berharga bagiku. Aku yang terluka ini amat berterima kasih kepadanya kerana memberi aku peluang untuk mencintai dia. Disini kau bebas memilih untuk memihak ke aku atau ke dia. Yang pasti aku punya alasan aku sendiri pada setiap yang aku lakukan. Begitu juga dengan dia. Dia yang tidak mungkin boleh aku miliki walaupun dalam mimpi.
YOU ARE READING
Kapal Terbang Kertas
Teen Fiction"Kalau boleh aku undurkan waktu, aku tak nak bertemu dengan kau" "Eh kenapa?" tanya aku bernada sedih. " Sebab, setiap pertemuan itu ada perpisahan nya. Aku tak nak wujud dalam kehidupan kau semata mata untuk meninggalkan kau " Ah, Adam memang be...