Teman Lelaki

10 0 0
                                    

Tanggal 30 Ogos merupakan Hari Festival Kolej. Bagaikan babi terbang kata pepatah inggeris, aku yang super pemalas dan introvert ini menyertai pertandingan colour run secara paksa rela. Adam berjanji untuk membelanja aku makan di sepanjang hari tersebut. Memandangkan aku yang kebelakangan itu ketagih boba, tanpa segan silu aku mengangguk tanda setuju. Pinky swear tanda Adam tidak akan mungkir janjinya.

Mujur Najwa dan Nurish juga turut menyertai pentandingan itu. Beberapa orang rakan sekelasku juga turut serta. Adam membuat isyarat good job tanda puas hati. Aku tahu kenapa. Adam seboleh-bolehnya mahu aku punya ramai rakan di kelas. Dan di kemudian hari, dia pula yang merajuk kerana dipinggirkan.

Kira-kira seratus orang peserta berkumpul di padang untuk aktiviti pemanasan badan. Aku dengan lemah gemalai seperti kangkung dicelur, mengikuti setiap gerak-geri instructor di hadapan. Bersilat-bersilat dia di hadapan, membuatkan aku hilang tingkah. Sudahnya, aku tidak ubah seperti orang gila berjoget. Aku perhatikan Adam dari jauh. Dia begitu bersemangat. Tentulah begitu kerana dialah yang beria sangat hendak menyertai pertandingan ini, dialah yang memaksa aku menemannya mencari baju putih untuk dipakai hari itu, dialah yang menelefon aku pukul 2.30 pagi kerana tidak dapat tidur akibat teruja.

"Dyan, tengok siapa tu ? Crush ke ?" usik Nurish setelah menyenggol pinggangku. Aku menjuihkan bibir ke arah Adam. Dia mengangguk faham, tidak lagi mengusik. Untuk yang keseratus puluh juta barangkali, aku menerangkan ke mereka yang aku dan Adam hanyalah kawan. Titik. Setelah itu barulah mereka berhenti bertanya dan mengusik.

Tiba-tiba ada yang menarik rambut aku. Terdongak sedikit aku ke belakang. Perasaan ingin marah hilang setelah melihat dia yang menarik rambutku. Senyumannya membantut niatku untuk memukulnya. Aku cair.

"Ehem, ehem" Najwa berdehem sengaja, menjuihkan bibir ke arah instructor di hadapan. Maksud dia suruh aku fokus melakukan pemanasan badan. Aku hanya menjulingkan mata, menjelir lidah.

"Kenapa kat sini ?"

"Saja. Tengok awak comel dari jauh " ah, yang keluar di mulut Kif itu memang yang manis manis sahaja. Barangkali itu sebabnya aku boleh jatuh hati padanya.

Telapak tangannya diletakkan di atas kepalaku, menghalang daripada cahaya matahari mengenaiku.

"Boooo, boooo" Najwa dan Nurish mengejek. Aku mengepal penumbuk dalam diam. Kacau daun betul !

Aku dan Kif baru sahaja berpacaran dua minggu yang lalu. Aku yang terlajak tidur di perpustakaan dengan Adam waktu itu terkocoh-kocoh mengejar lif. Kelas telah berlansung setengah jam yang lalu. Aku dan Adam saling salah-menyalahkan. Sebetulnya, aku menyuruh Adam mengunci jam, namun Adam bilang dia akan mengejutkan aku nanti. Nah, tiba-tiba dia pula yang ikut tidur nyenyak macam bayi 2 bulan. Dasar tak boleh pakai ! Aku pun satu, macam baru kenal Adam seminit yang lalu !

Dengan muka yang sememeh baru bangun tidur, aku yang masih lagi mamai dengan selamba badaknya melanggar seorang lelaki yang baru keluar lif. Aduh, sungguh malu. Malu-semalunya. Boleh masuk daftar perkara paling memalukan seumur hidup !  Rasanya seperti mahu masuk ke dalam rahim ibu kembali. Berkali- kali aku meminta maaf kepadanya dengan gaya jepun. Ruku' atau bongkok atau kedua-duanya sekali.  Sudahlah lambat, langgar orang pula. Bagus betul Dyan ini. Calon pelajar contoh !

"Saya boleh maafkan awak. Tapi awak kena bagi nombor telefon awak. Saya kena laporkan dekat pustakawan yang awak kat perpustakaan ni bukan belajar, tapi tidur !" eh, eh mamat ni. Sudahlah tidak kenal. Banyak pula songehnya. Entah apa malangnya nasib aku hari ini. Apa aku tidak solat subuh ya pagi tadi ?

"Ha, ni nombor telefon dia. Harap awak laporkanlah perbuatan terkutuk dia ni. Biar insaf sikit " aku yang sedang bingung cepat-cepat kembali ke realiti. Tidak guna punya Adam ! Sesuka hati bagi nombor telefon aku ke orang asing. Belum sempat aku merampas cebisan kertas itu, mamat itu sudah menyimpannya rapi di dalam poket. Aku menarik tali leher Adam masuk ke dalam lif. Biarlah mamat itu. Aku tinggalkan dia tanpa sebarang kata. Lantaklah. Bagi tahu David Beckham sekali pun aku tidak kisah. Aku sudah tidak peduli. Yang aku peduli ialah macam mana aku hendak menghadap madam kimia yang garangnya semacam itu.

"Ish, apa ni main tarik-tarik. Tengok dah senget. Kalau Irene Red Velvet nampak macam mana ?" omelnya sambil membetulkan tali lehernya.

" Eh bahenol ! Irene kat Korea. Yang kau pergi bagi nombor aku kat orang tu kenapa ?" aku meluahkan rasa tidak puas hati. Jujur, ada sedikit rasa takut. Entah apa tindakan yang akan aku dapat kalau lelaki itu benar-benar melaporkan ke pihak perpustakaan. Walaupun aku sendiri tidak pasti, besar sangatkah kesalahan tidur di perpustakaan. Bukan ramai ke ? Perpustakaan itu tempatnya ber-air-cond. Nyaman rasanya. Tempat paling sesuai untuk merehatkan kelopak mata.

"Oh, biarlah. Padan muka kau. Port tidur dah tak ada. Hahahaha. Habis lah kau. Kejap lagi, muka kau terpampang kat perpustakaan. Blacklist! Wanted!"

"Ni semua salah kau" aku menunding jari ke arah Adam. Ya pastinya memang salah Adam !

"Yelah, yelah salah aku. Janganlah marah cayunk" Adam mula membuat suara aliennya. Tahu sahaja cara hendak menyejukkan aku.

"Geli tahu!" aku menjerit ke telinganya namun Adam sempat menekup dahulu.

"Ah, tak tahu!" Adam menjerit kembali.

Sudahnya, aku terpaksa berdiri sepanjang kelas kimia. Nasib baik tinggal 45 minit sahaja waktu semasa aku masuk ke dalam kelas. Kalau tidak pergi kelas, kena potong markah pula. Tebalkan sahajalah muka ini.

Malam itu, sedang aku syok melayan drama Korea, aku mendapat panggilan daripada satu nombor tidak dikenali

"Hello"

"Awak yang tidur kat perpustakaan tu kan " ah, sudah dapat ku tebak siapa.

"Ha, ah, ya saya" aduh malang malang. Apa dia nak ?

"Saya yang tadi tu. Saya Kif, awak ?"

"Err, Dyan"

"Oh. Saya gurau je tadi nak bagitahu pustakawan. Awak tak marah kan ?"

"Oh yeke. Eh, tak marah pun. Haha" janggal sungguh perbualan kami malam itu. Selebihnya, dia hanya berbasa-basi. Entah apa tujuaannya menelefonku, aku sendiri bingung. Aku nekad meletakkan telefon jika dia tiba-tiba menawarkan aku penapis minuman coway. Ternyata dia memang hanya mahu berbual. Bosan barangkali.

Hujung minggu selepas insiden aku terlajak tidur di perpustakaan itu, sekali lagi aku bertemu Kif. Kali ini, aku tidak cukup duit untuk membeli tiket train. Sudahlah ramai yang beratur. Kalut aku mengorek segala benda yang berbentuk seperti duit syiling di dalam poket. Namun yang ada hanyalah token arcade milik Adam. Brengsek !

Kif yang kebetulan beratur di belakangku, membayarkan duit tiket untukku. Aku berterima kasih dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki terhadapanya. Dari situ, aku mula rapat dengannya. Dan kemudian, dia meluahkan perasaanya. Aku pun ok sahaja. Maka bercintalah kami. Kau jangan salah faham. Aku bukanlah jenis orang yang sembarangan. Pada aku, Kif itu menghiburkan. Kata-katanya manis. Tingkahnya juga sopan. Tidak seperti Adam yang selalu buat aku rasa sebal. Bicaranya juga selalu kasar. Ah, aku jadi membandingkan mereka berdua pula.

Adam aku maklumkan setelah seminggu kami bercinta. Dia hanya tersenyum kelat. Dyan yang ketika itu memang lembab. Aku kira dia sakit perut hari itu kerana sepanjang hari dia seperti tiada mood.

" Aku lagi kacak" katanya ringkas sebelum berlari meninggalkan aku sendirian di cafe.

Sehari sebelum pertandingan colour run inilah baru dia bersemangat kembali. Aku sedikit lega. Adam itu walaupun menjengkelkan tetapi tanpa dia hari aku tidak sempurna. Waktu itu, aku yang berumur 18 tahun memang lembab. Entah apa yang aku makan tetapi memang aku lembab.

Adam, kalau aku tahu perasaan kau lebih awal, apa kita akan berakhir seperti sekarang ?

Kapal Terbang KertasWhere stories live. Discover now