Telefonku tidak henti-henti berdering. Aku menekup telingaku dengan bantal, menyekat segala bunyi daripada menyinggah masuk ke dalam gegendang telingaku.
Terganggu dengan bunyi bising serupa dalam panggung itu, Anis mencampakkan bantalnya ke arahku, memaksa aku untuk membuka mata. Saat itu, pasti Anis ingin sahaja menarik rambut aku agar bangkit dari tidur. Mana tidaknya, ringtone lagu anime Tokyo Ghoul itu sudahlah nyaring dan ganas, ditambah pula dengan kekuatan suara yang maksimum. Ular yang tiada telinga pun boleh mengamuk. Ok, aku tidak pasti ular ada telinga atau tak. Kau sendiri, pernah nampak telinga ular ?
Terkapai-kapai aku mencari telefonku. Aku mengimbas nama yang tertera di skrin dengan mata yang separa terbuka. Tidak lain dan tidak bukan orang itu adalah Adam. Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Mahu apa ini budak ?
"Hello ?"
"Dyan, kau tak rasa ke bunyi Dinosaur tu sebenarnya macam 'meow, meow' ? Sebab kita kan tak pernah jumpa Dinosaur, macam mana orang boleh buat filem bunyi Dinosaur macam tu. Kan ? Ini satu pemfitnahan besar. Sebagai pencinta sejarah, aku perlu melaporkan hal ini kepada kelab pencinta kucing !"
"Kau dah habis cakap?"
"Dah, Alhamdulillah. Makan je belum"
"Anak perjanjian setan ! Itu je kau nak bagi tahu aku pukul 3.00 pagi ni ? Esok kelas aku pukul 8 tahu ? Kalau aku lambat memang aku cukur bulu kening kau !" luah aku geram. Apa motifnya apa juga aku tak tahu.
"Hehehe. Aku nak dengar suara kau " kata Adam ringkas, tapi cukup untuk membuatkan aku yang separuh ngantuk jadi segar bugar. Anak ini kerasukan setan ya ? Kena bagitahu SRK ni. Daripada baring telentang, terus duduk aku dibuatnya.
"Kau kenapa? Dah sampai ajal ?" kata aku tidak bertapis. Dengan Adam aku memang begitu. Lepas dan jujur.
"Kau yang kenapa ? Satu hari tak chat aku. Makan pun tak ajak" rajuk Adam semacam kanak-kanak kecil. Pasti sekarang dia sedang memuncungkan bibirnya macam yang selalu dia lakukan. Style K-pop katanya.
"Aku makan dengan Nurish dengan Najwa lah. Kau sendiri yang suruh aku berkawa dengan budak kelas kan. Aku dah ada kawan kau macam ni pulak" kata aku serba salah. Memang betul, aku makan dengan mereka.
"Yelah, dah dapat kawan baru jangan lupa aku pulak"
Aku hanya mengangguk walaupun aku tahu Adam tidak dapat melihat tingkahku itu. Aku mahu beritahu Adam yang kalau bukan kerananya, pasti aku masih bersendirian lagi dalam kelas tanpa kawan. Kalau bukan kerana Adam, aku pasti tidak mempunyai kenangan indah dengan rakan-rakan sekelasku di sini.
Tapi belum sempat pun aku membuka mulut, Adam sudah memotong kataku terlebih dahulu.
"Kau nak tahu tak, pagi tadi aku jalan nak pergi kelas. Lepas tu, aku jumpa anak katak tau. Aku pun bawaklah dia balik "
"Hah ? Kau ponteng kelas ke ? Tadi kata nak pergi kelas, pastu bawak balik pulak"
"Eh tak, masa nak balik. Tersasul. Hehe"
"Lepas tu, aku bagi makan Milo tau. Dia makan weh. Siap mintak lagi. Dia macam tepuk-tepuk perut dia minta lagi. Milo aku masalahnya tinggal sikit. Aku tak bagilah. Dia mengamuk pulak. Mula mula warna dia hijau tau. Pastu jadi warna merah ! Saiz dia tiba-tiba membesar. Aku lari pergi sinki nak ambil pisau, dia kejar aku ! Sambil buat bunyi 'ong gedek Milo, ong gedek Milo, gedek gedek'. Aku takutkan dia guna pisau dia tak takut weh. Last-last aku takbir raya baru dia lari ikut tingkap. Fuh nasib baik. Tapi tulah, kau jangan marah pulak. Aku tipu je "
Aku diam tidak berkutik. Berfikir cara terbaik untuk aku memberi respon.
"Adam, kau kat mana ?" tanya aku dengan nada mendatar, tenang dan berhemah.
YOU ARE READING
Kapal Terbang Kertas
Teen Fiction"Kalau boleh aku undurkan waktu, aku tak nak bertemu dengan kau" "Eh kenapa?" tanya aku bernada sedih. " Sebab, setiap pertemuan itu ada perpisahan nya. Aku tak nak wujud dalam kehidupan kau semata mata untuk meninggalkan kau " Ah, Adam memang be...