Trek color run bagi aku sangat panjang. Terkedek-kedek aku berlari menahan panas. Tiba-tiba rasa menyesal menyelubungi diri. Hanya kerana boba aku menyeksa diri. Najwa dan Nurish sudah laju meninggalkan aku di hadapan. Aku menyuruh mereka supaya tidak menungguku. Betul-betul aku ditinggalkan.
Budak-budak milo begitu sibuk melemparkan serbuk-serbuk warna ke arah peserta yang sedang berlari. Aku juga tidak terlepas daripada terkena serbuk itu dan aku cukup yakin bahawa wajah tidak ubah seperti badut waktu itu.
"Dyan kenapa jalan ? Lari !" Adam daripada tepi padang menjerit ke arahku. Aku menundukkan muka dengan segera. Sah-sahlah semua mata memandang ke arah aku, orang yang dimaksudkan Adam. Dasar Adam !
"Weh macam badut weh ! Hahahahahaha!" sudah dapat ku agak reaksi Adam. Walaupun muka aku macam badut pun dia masih dapat mengecam aku. Tidak tahu mahu rasa terharu atau rasa malang.
"Go Dyan! Bakar lemak kau tu !" Adam memberi kata-kata semangat kononnya sambil berlari mengiringi aku di sepanjang padang, sebelum aku meninggalkannya menuju ke garisan penamat. Susuk tubuh Kiff tidak terlihat, tertanya-tanya pula aku kemanakah dia menghilang.
Setelah semua peserta wanita sampai di garisan penamat, tiba pula giliran peserta lelaki. Ketika itu, barulah aku muncul kelibat Kiff yang entah dari mana. Aku berasa sedikit marah terhadapanya kerana lansung tidak menyokongku. Sebaliknya, Adam pula yang menyokongku walaupun dengan cara yang menyakitkan hati.
Ah, perasaan sebegini tidak harus dilayankan. Hal kecil tidak perlu diperbesarkan. Aku menapak ke tepi padang, memanggil nama Kiff berkali-kali. Tidak tahu pula yang dia itu kurang pendengaran atau di memang pekak, tetapi dia lansung tidak menoleh ke arahku. Dia sibuk memanaskan badan dan melakukan gaya yang entah apa-apa. Beberapa orang gadis mula berbisik-bisik dan ketawa kecil. Pasti mengejek aku yang tidak ubah seperti orang yang tidak tahu malu.
"Dalah Dyan. Malulah orang tengok " ujar Nurish. Aku pun mengangguk lemah. Membujuk hati, bahawa Kiff sedang fokus. Jangan diganggu konsentrasinya. Nanti kalau kalah, akulah yang paling layak dipersalahkan.
"Dyan! Aku janji aku menang ! " teriakan Adam kedengaran seraya bunyi tembakan dilepaskan. Berpusu-pusu peserta lelaki berlari meninggalkan garisan permulaan. Aku mengambil masa beberapa saat untuk mengahadam kata-kata Adam. Ah, aku tidak kisah kalau Adam menang atau tidak. Yang penting Kiff mesti menang. Harus !
Setelah hampir setengah jam menunggu, kelibat peserta lelaki mula memunculkan diri. Ternyata mereka memang lebih pantas daripada wanita. Barangkali memang sifat semula jadi mereka lebih pantas, mengingatkan aku kepada omong kosong Adam.
"Aku ni laju tau orangnya "
"Kata siapa ? "
"Kata aku. Kau mahu tahu ?"
"Tak"
"Waktu kecil dulu, aku pernah menang pertandingan berenang. Akulah yang paling pantas berenang. Beribu-ribu peserta lain kalah denganku"
"Ini pasti cerita dongen zaman ais"
"Serious tau !"
"Waktu kecil tu waktu bila?"
"Waktu sperm"Tanpa berfikir panjang, telepak tanganku hinggap dibahu Adam. Dia hanya ketawa sehingga keluar air mata. Seronok dapat mengenakan aku yang entah ke berapa ribu ditipu olehnya.
"Weh Dyan! Adam dengan Kiff lah !" teguran Najwa mematikan lamunan aku. Aku terus berlari ketepi padang. Aku tidak sangka Adam boleh berlari sepantas itu. Lupa aku bahawa dia juara berenang. Berenang mendapatkan ovum !
Entah macam mana, tidak semena-mena, Adam jatuh tergolek. Aku semacam tak percaya dengan apa yang aku baru lihat. Kiff terus laju memotongnya. Semua orang seolah-olah tidak memperdulikan Adam yang cedera dan terus berteriak menyokong Kiff. Hanya aku yang berlari mendapatkan Adam. Biarlah Kiff itu. Banyak sudah yang menyokongnya. Jika aku tidak menyokongnya dia tetap akan menang juga.
YOU ARE READING
Kapal Terbang Kertas
Teen Fiction"Kalau boleh aku undurkan waktu, aku tak nak bertemu dengan kau" "Eh kenapa?" tanya aku bernada sedih. " Sebab, setiap pertemuan itu ada perpisahan nya. Aku tak nak wujud dalam kehidupan kau semata mata untuk meninggalkan kau " Ah, Adam memang be...