ILYB 6

5.5K 224 21
                                    

Pagi itu Sandra melangkah ke balkoni sambil melihat matahari yang sedang naik untuk memerangi kegelapan...Seketika air mata jatuh mengalir ke pipi nya.. Perasaan dia sedih, malu, kecewa dengan si jejaka itu..

Cinta yang disimpan sejak bangku sekolah rendah rupanya menjadi racun buatnya.. Salahnya juga kerana telah membongkar kan dirinya sebagai secret admirer si jejaka..

Mata yang agak sembap dan dengan keadaan nya tidak terurus  dia melangkah turun ke dapur.. Terdengar suara seorang wanita berserta seorang jejaka..

"Morning"ucap Sandra dengan lemah

Perasaanya masih sedih disebabkan crush reject.. Malu juga pun ada macam mana dia nak hadap mulut celopar orang?

"Morning baby"sahut Puan Sri Wilena tanpa melihat wajah anak gadis nya lagi

"Sandra"bisik Charlos perlahan

"Mummy!! "Panggil Sandra dengan manja dan terus memeluk si ibu

"Iyer sayang sini"pelawa Puan Sri Wilena dengan wajah yang sedikit hairan

"Mummy adik tak nak pergi sekolah please! "Rayu Sandra dengan sedih

"Kenapa? Adik esok dah exam SPM tau! Jangan main-main! "Marah Puan Sri Wilena

"Please mummy! Adik nak ambil SPM dekat rumah pun boleh"Rayu Sandra lagi

"Ada apa-apa yang Mummy tak tahu? Along? Kenapa sembap ja mata ni erm?"Keras suara Puan Sri Wilena

"Along pun tak tahu"tipu Charlos dengan perlahan

Kalau dia beritahu hal sebenar confirm sekali dengan dia kena! Baik Charlos menipu dari masuk jerat sendiri..

"Mummy please! Mummy sayang adik kan? Kali ni jer"rayu Sandra lagi sambil menggoyangkan tangan si mummy

"Kita tunggu daddy turun"ujar Puan Sri Wilena lalu mengusap perlahan anak rambut Sandra

Hati tua nya sayu melihat wajah si anak yang tidak seceria dulu.. Charlos juga sudah menggengam erat buku limanya!

"Ok"jawabnya perlahan

"Tak per Along ada"ucap Charlos berikan kata semangat.. Dia tahu punca adiknya tak nak pergi sekolah

Tan Sri Charles menuju ke ruang makan sambil mengemaskan tali leher..

"Kenapa semua tengok daddy macam tu? "Tanya Tan Sri Charles hairan

"Adik ni hah nak ambil exam dekat rumah! Abang boleh tolong uruskan? "Tanya Puan Sri Wilena bagi pihak Sandra

"Tapi kenapa? "Tan Sri Charles terus melihat ke arah Sandra yang sudah mengalirkan air mata

"Abang buat ja eh? "Ujar Puan Sri Wilena dengan serba salah

"Ok nanti tengah hari abang bincang dengan pengetua,but princess you must explain everything!"ucap Tan Sri Charles memberikan kata putus

"Thank you daddy"terus Sandra memeluk Tan Sri Charles

Apa yang berlaku? Dia masih buntu!nanti dia akan tanya kepada Charlos seandainya si bongsu tidak membuka mulut..

"Dah tak mo nangis! Tak comel anak dara daddy ni"sakat Tan Sri Charles dengan senyuman nipis

"Daddy~~"meleret Sandra berkata

"Ok la Along gerak dulu.. Apa-apa roger Along nanti! "Terus Charlos menyalami Daddy dan mummy nya

"Hati-hati along"pesan Puan Sri Wilena

[C] I LOVE YOU,BABY! Where stories live. Discover now