Dua hari telah berlalu,Sandra sedang mengacau air di dalam cawan.. Mulutnya usah cakap la, memang sedang bernyanyi kecil.. Dirasakan sedikit air tersebut apabila merasakan sudah cukup manis dan pekat.. Sandra membasuh sudu tersebut..
Sandra berpaling ke depan apabila terdengar suara dua orang jejaka sedang berbual.. Dua jejaka itu menyapa Sandra dengan mesra..
"Ermm Han Shuo mana? "Tanya Ricky lalu menuju ke peti ais
"Ada dekat kolam, tengah berenang"jawab Sandra sambil mata tunak memandang dua figura itu
Berpakaian kemas seperti hendak keluar sahaja.. Mereka yang terperasan memetik jari ke arah Sandra..
"Dah kenapa kau pandang macam tu? "Soal Raymond dengan dingin
"Korang nak pergi mana pakai kemas-kemas ni? "Tanya Sandra semula
"Nak keluar kejap, ada hal sikit, kau nak pesan apa-apa? "Tanya Ricky lalu berdiri di hadapan Sandra
"Saya nak mekdi boleh? "Tersengih Sandra apabila melihat kerutan di dahi jejaka itu
"Mekdi? Mcd? "Terkebil-kebil mata dia melihat gadis itu
"Yala! Tak tahu ker? "Tersenyum lebar Sandra
"Ok la yang tu jer? "Sandra pulak hanya mengangguk sahaja
"Ok la saya gerak dulu bye, Assalamualaikum hati-hati "pesan Sandra lalu bergerak ke kolam renang
Sewaktu melangkah ke tempat itu, terdengar bunyi nyanyian kecil yang menyapa gegendang telinga Sandra..
Edward sedang berjalan sambil membetulkan baju nya serta rambutnya.. Dia yang terlihat Sandra hanya tersenyum nipis..
"Nak pergi mana? "Tegur Sandra
"Nak keluar dating kejap"tersengih lebar Edward
"Dating? "Jelas terpamer muka tidak percaya Sandra
"Yes, bye"terus Edward meninggalkan Sandra terpinga-pinga
Otak nya ligat memikirkan sesuatu.. Edward ada awek? Aik peliknya! Sebab jejaka itu boleh dikatakan seperti playboy, gatai dan nakal!
Sandra meletakkan cawan itu di atas meja kopi lalu dia bergerak ke kolam renang.. Gadis itu melabuhkan punggungnya di atas lantai dan kaki direndamkan ke dalan kolam..
Air berkocak-kocak menandakan Han Shuo sedang tekun berenang..Sandra hanya tersenyum nipis sambil kaki ditendang perlahan ke dalam air..
Han Shuo bergerak ke isterinya yang tidak menyedari kehadirannya.. Mulutnya mempamerkan senyuman sinis.. Dia menyelam ke dalam semula lalu bergerak perlahan ke arah Sandra.. Kaki gadis kecil itu ditarik nya perlahan.. Namun dek Sandra termenung jauh, dia tidak merasakannya..
"Sayang! "Panggil Han Shuo sambil kaki isterinya ditarik
"Awak! Jatuh kang! "Jerit kecil Sandra
"Dah aku panggil tak dengar, dah kenapa termenung jauh ja ni? "Tanya Han Shuo dengan risau
YOU ARE READING
[C] I LOVE YOU,BABY!
RomanceCinta yang disimpan sejak sekolah lagi..Cintanya terhadap si jejaka bagaikan hujan tidak berhenti... Si Gadis mencintai crush sejak dia bertemu empat mata dengan si jejaka... Namun hanya muka dingin yang dia dapat.. Bermacam cara untuk mendapatkan...