ILYB 22

5.4K 177 5
                                    

Han Shuo berjalan sambil memimpin tangan Sandra.. Semua mata memandang isterinya sahaja, masakan tidak disebabkan Sandra memakai pakaian pramugari.. Memang menonjolkan kejelitaan nya..

Mereka memasukki mall disebabkan Han Shuo ingin memakan makanan yang di masak oleh si isterinya.. Katanya rindu!

"Awak nak makan kepci la"terkelip-kelip mata Sandra memandang Han Shuo

"Mekdi tak nak? "Tanya Han Shuo sambil mencuit hidung Sandra

"Awak nak makan mekdi ker? Kalau nak, kita makan mekdi la"jawab Sandra dengan senyuman

"Orang tanya dia, dia tanya kita balik"tergeleng-geleng Han Shuo

"Saya tak kisah la makan apa pun janji awak ada sekali"terbit senyuman dibibir Han Shuo

"Ok la jom makan mekdi"jawab Han Shuo lalu mereka melangkah ke arah Mcd

Semua mata memandang Sandra dan Han Shuo, dua figura memang menarik pandangan orang ramai.. Han Shuo yang masih segak dengan baju kemeja namun seperti biasa, tie saja yang belum ada..

"Sayang, pergi duduk dulu, aku pergi pesan eh? "Saran Han Shuo dengan lembut

"Ermm ok la, awak jangan lupa ice blend"tersengih-sengih Sandra

"I know la,tunggu sini"terus Han Shuo meninggalkan Sandra disitu

Setelah beberapa minit dia beratur, Han Shuo menuju ke isterinya sambil menatang sedulang makanan..

Dia duduk disebelah si isteri sambil tersenyum..

"Wahh"bersinar mata Sandra lalu mengambil burger dan disuapkan ke mulutnya

"Jangan gelojoh"tegur Han Shuo dengan geram

"Sorry, lapar"jawab Sandra lalu menghirup ice blend

Han Shuo hanya mengangguk dan mencapai drumstick lalu disua kan ke dalam mulutnya.. Dia hanya senyap sahaja tanpa mengeluarkan suara..

"Awak, lepas ni awak pergi pejabat ker? "Tanya Sandra sambil menikmati burger itu

"Tak, aku ambil cuti separuh hari"jawab Han Shuo selamba

"Sebab? "Hairan Sandra

"Yala, kan kita nak pergi beli barang kau nak masak malam ni lupa? "Tanya Han Shuo sambil mengelap bibir Sandra yang comot

"Ok wakkkk"meleret Sandra berkata

Selesai menjamu selera pasangan sejoli itu melangkah ke arah barang yang menjual bahan basah.. Sandra sedang mencari barang yang dinginkan manakala Han Shuo menolak troli sambil tangan sebelah kanan menelefon seseorang..

"Awak! "Panggil Sandra dengan kuat

Namun Han Shuo tidak mendengarnya... Sandra berjalan laju ke arah Han Shuo lalu dengan pantas mencapai telefon si suami..

"Sayang! "Tajam mata Han Shuo memandang Sandra

"Saya panggil awak, tapi awak buat tak endah pun so jangan salahkan saya"ujar Sandra mendatar sambil menyimpan telefon dalam poket bajunya

"Ok sorry, so sayang nak beli apa? "Tanya Han Shuo dengan lembut merangkul pinggang Sandra

"Awak nak makan apa? "Terus tubuhnya beralih menghadap Han Shuo

"Char kuew teow? Ayam masak merah? "Ujar Han Shuo sambil mengusap dagunya

"Boleh juga, so awak nak ayam macam mana? Full drumstick? "Tanya Sandra sambil mata memandang ayam tersebut

[C] I LOVE YOU,BABY! Where stories live. Discover now