-Author POV-
Pada hari yang sangat hening, kelihatan Mingyu sedang sibuk mengemas peralatan² alat tulisnya. Almaklum dia ingin menyiapkan dirinya untuk matapelajaran yang seterusnya, iaitu Pendidikan Kesihatan dan Jasmani.
Sambil mengemas, fikirannya tiba² melayarkan sebuah peristiwa dimana jejaka itu mengekori Minseo serta Baekhyun yang sedang keluar bersama² pada petang semalam. Mingyu mendengus geram. Cemburu dengan adegan² sweet yang dia lihat semalam.
Berpegangan tangan sambil bergelak ketawa. Ingat Mingyu tak jeles?😑🔥
Beberapa buku latihan subjek Sejarahnya dihentak pada meja dengan perasaan yang geram. "Taguna betul!" hamburnya. Buku latihan tadi dimasukkan ke dalam beg sekolah.
Tiba²,
Tok! Tok!
Pandangan Mingyu mula beralih memandang pintu kelasnya. Kelihatan Baekhyun yang lengkap berpakaian sukan itu sedang tercegat di muka pintu. Mingyu tersenyum kelat.
"Asal kau masih kat sini? Tak reti tukar baju ke? Semua tengah tunggu kau tu." ujar Baekhyun dalam nada mendatar. Mingyu hanya tersengih. Tengkuknya digosok tanda rasa bersalah.
"Hehehe... sorry. Aku tengah kemas barang ni. Nanti aku tukar baju." balas Mingyu. Baekhyun hanya menganggukkan kepalanya lalu berpeluk tubuh.
"Aku tunggu kau kat padang."
"Okay!"
dan Baekhyun pun beredar.
•
°
•
Seperti yang diduga oleh Mingyu, Minseo datang menghampiri mereka dengan sebotol air mineral. Mingyu hanya mampu mencebik apabila botol yang Minseo pegang tadi kini beralih ke tangan Baekhyun. Tersenyum lebar gadis itu sebaik sahaja Baekhyun meneguk air mineral tersebut.
"Sabar, Gyu. Fikir member kau tu. Kang kau tumbuk, putus kawan nanti." getus hati kecil Mingyu. Dadanya diurut perlahan². Dia kembali memandang Minseo.
"Air untuk aku takde ke?" soalnya. Minseo pantas menggeleng laju.
Dah agak😞
"Beli arh sendiri." balas Minseo lalu mencebik. Mingyu terus memuncungkan bibirnya.
Sedih la gini.
•
°
•
-Mingyu POV-
Petang menjelma, aku menendang² batu² kecil yang berada berhampiran denganku sambil menunggu kehadiran Minseo. "Cis, lembab!" omelku sendirian. Fikiranku masih lagi melayarkan peristiwa semalam.
Lantas bibirku, aku ketap dengan geram. Cemburu betul aku dengan Baekhyun! Aku terus menyeluk saku poketku, telefon pintar dikeluarkan.
Baik aku main phone dulu sementara tunggu dia.
Beberapa minit kemudian, bunyi derapan kaki mula kedengaran. Minseo agaknya.
"Hai, Mingyu!" sapa Minseo sambil tersenyum. Aku pun turut membalas senyumannya. Akhirnya! Baru sahaja aku ingin mendekatinya.. Aku tersentak apabila melihat kelibat Baekhyun sedang berjalan menuju kearah kami.
Aku terpinga² lalu memandang Minseo. Minseo tersengih.
The heck! Asal bawak dia sekali duh?!
YOU ARE READING
[C + Remake] Misi Memujuk Crush | bbh
Short Story!¡ penulisan yang agak tergopoh-gapah, saya menulis buku ni sewaktu saya masih lagi muda dan tidak banyak pengetahuan tentang penulisan !¡ + gara-gara ter'seen mesej crush Short Story of Byun Baekhyun ++ Completed