-Minseo POV-
Aku mula mengorak langkah menuruni bas awam yang telah pun berhenti di perhentian. Aku terus berjalan kaki menuju ke ‘Sekolahku Rumah Secondku’. Ehem, tempat tu jadi second sebab ada kerash ai. Sebelum ni tempat tu ‘Nerakaku’.. Ehe~
Dengan suasana yang agak hening itu, aku tersengih sendirian berangan tentang Si Buah Hatiku. Ala ala kalau waktu macamni mesti seronok juga kan kalau jalan² dengan dia. Lepas tu, berpegangan tangan, gelak² macam ada benda lawak~ AISH TERINGINNYAAAA!😭
Sedang asyik aku berangan seorang diri. Tanpaku sedari aku sudah pun hampir memasuki kawasan persekolahanku. Namun mataku mula tertarik pada sebuah figura yang sedang bergerak², seolah² mencari seseorang... Lalu mataku terbuntang. "Eh? tu buah hati aku tu..." monologku. Liurku ditelan payah. Eh, takkanlah dia tunggu aku?
Kedua² belah pipiku, aku tampar perlahan. "Chill, Minseo~ Dia tunggu member dia la kot. Kau nak perasan pun agak² laa. Buat tak tahu je, jalan straight jangan pandang dia." pesanku pada diri sendiri. Tiba² pula rasa payah sangat nak jalan betul² ni, sihir apa buah hati aku buat ni huh? huh?
Okay takde kaitan._.
Aku menghembus nafas. Sambil berdoa didalam hati, aku terus berjalan laju menuju ke arah pagar sekolah. Aku mula melepasi Baekhyun Sunbae yang ralit memandang sekeliling. Tiba²...
"Eh, Minseo?! Nak kemana tu?" soal satu suara. GULP! Ya, itu suara milik Baekhyun.
Perlahan² aku memandang Baekhyun yang tersenyum memandang diriku. "Err... Sunbae tunggu saya ke?" berderau darahku apabila soalanku dibalas dengan anggukan. ARGGH! OH GOD THANKS😭❤
"Lama tau saya tunggu. Dah la, jomlah masuk. Takkan nak tercegat kat sini pula? Kaki saya pun dah naik lenguh tunggu awak tadi." ujar Baekhyun. Tanganku dipegang. Aku ulang. TANGAN AKU KENA PEGANG GAISS😭 Kerash jangan bagi aku mati sakit jantung kat sini😭❤ Ala ala tapi aku suka! Okay mengada._.
SKIP
-Author POV-
Di kantin, kelihatan Minseo tersenyum kambing apabila mengingati kembali kejadian yang berlaku pada waktu pagi tadi. Sandwich sardin yang dibelinya itu, langsung tidak terusik. Seronok sangat gadis itu berangan pasal buah hatinya itu.
"Eh eh sandwich!" tersentak seketika Minseo apabila sandwich sardinnya itu tiba² diambil oleh seseorang. Tak lain tak bukan, Kim Mingyu la orangnya.
"Woi! Woi! Woi! Sandwich aku tu!" Minseo cuba untuk merampas kembali makanannya itu. Namun hampa, sandwich itu selamat disumbatkan ke dalam mulut Mingyu. Terpinga² gadis itu dibuatnya. "Nyum! Nyum! Sedap bhai!" puji si Mingyu tanpa rasa bersalah.
Minseo mula menjeling jejaka itu. Dia mencebik geram. Makanannya sudah dirembat orang, mana tak marah. Melihat kelakuan gadis itu, Mingyu mula terkekeh perlahan. Geli hatinya melihat reaksi Minseo yang dianggapnya comel.
"Marah ke awak?"
"Taklah, suka." perli Minseo, geram. Mingyu tergelak. Berdegup laju jantungnya memandang gelagat juniornya itu. "Yeke? Aku pun suka." balas Mingyu.
Minseo mula mengangkat kening. "Suka apa?"
"Suka kau." luah Mingyu sambil terkekeh perlahan. Minseo tergamam. "Kau cakap apa tadi?" soalnya ingin kepastian. Mingyu senyum. "Aku kata aku suka-"
"Kau patut rehat dengan aku, Gyu." pandangan dua orang pelajar itu mula beralih pada Baekhyun yang berada di situ. "Eh? Baek?" jejaka itu kehairanan. Tanpa membuang masa, Baekhyun mula menarik kawannya itu jauh daripada Minseo.
Sakit pula hatinya setelah terdengar perbualan mereka tadi. Rasa nak penyepak je Mingyu ni. Manakala Minseo pula mengeluh kecil kerana buah hatinya itu memotong cakap si Mingyu.
"Aku tak salah dengar, kan?" monolognya. Dia memandang dua orang seniornya yang kian hilang daripada pandangannya. Takkanlah Mingyu ada perasaan pada dia pula? Habistu, macammana pula dengan Baekhyun?
YOU ARE READING
[C + Remake] Misi Memujuk Crush | bbh
Cerita Pendek!¡ penulisan yang agak tergopoh-gapah, saya menulis buku ni sewaktu saya masih lagi muda dan tidak banyak pengetahuan tentang penulisan !¡ + gara-gara ter'seen mesej crush Short Story of Byun Baekhyun ++ Completed