-Reader POV-
Usai makan di cafè tadi, kini aku dan Baekhyun berjalan berpegangan tangan menuju ke suatu tempat. Kenapa suatu tempat? Sebab aku tak tahu dia nak bawa aku ke mana. Huhu... Kita ikut jela kerash nak gi mana pun.
"Esok kau ada apa² rancangan ke nak buat?" soal Baekhyun membuka topik perbualan. Aku tersentak seketika dek asyik melayan hati yang meroyan ini. Wajah Baekhyun aku pandang dengan hati yang berdebar.
I tak kuat la crush😭💔 HUWAAA!!(┳Д┳)
"Esok? Erm.. Takde kot. Entahlahㅡ maybe saya pergi teman Mingyu ulangkaji." balasku sambil tersenyum kelat. Gementar sebenarnya. Senyuman Baekhyun terus mati. Dia memperhentikan langkahnya. Aku pun sama.
Dia memegang kedua² belah bahuku. "Kau nak juga ke teman dia? Kalau kau tersuka dia macammana? Kan aku dah kata dulu." ujar Baekhyun. Nadanya kedengaran serius. Aku tergamam. Terkedip² mataku melihat wajah serius Baekhyun itu.
Aku rasa aku dah salah cakap tadi.
Aku cuba untuk bertenang. "Kan harini saya keluar dengan awak, jadi dia suruh saya teman dia esok. Kalau awak nak ikㅡ" belum sempat aku ingin menghabiskan ayat aku. Terlebih dahulu Baekhyun memotong.
"Aku nak ikut. Terseksa aku bila fikir kau nak keluar dengan Mingyu berduaan esok." ujarnya. Aku hanya mengangguk akur. Takut pula nak cakap banyak, kang dia marah tak ke rosak first date aku ni? Huhu...
•
•
•
Kami menyambung perjalanan kami ke kedai aiskrim. Hatiku mula berbunga² apabila melihat pelbagai jenis perisa yang ditawarkan. Kedai ini turut menjual pencuci mulut yang terkenal dari Jepun, iaitu Mochi ice-cream.
Aiskrim dari Jepun ini dibuat menggunakan balutan kuih Mochi yang lembut. Terdapat pelbagai perisa aiskrim dengan corak kuih Mochi yang pasti menbuatkan orang ramai rasa sayang hendak makan.
Aku terus menoleh memandang Baekhyun. "Nak ni boleh?" pintaku sambil menunjukkan gambar Mochi ice-cream. Baekhyun mengangguk perlahan. Dia mula memesan dua Mochi ice-cream berperisa coklat. Tak sabar betul nak rasa!
Kami meneruskan lagi ‘dating’ kami ini sambil berpegangan tangan. Keadaan hati aku takyah cakaplah, dah penat dah berdebar. Itu membuatkan aku makin selesa dengan keadaan sekarang.
Kami bergelak ketawa sama², bercerita pasal hal masing² dan kadang berlumba² untuk berjalan cepat namun masih lagi berpegangan tangan. Aku gembira sangat apabila dapat merasakan betapa eratnya tanganku dipegang oleh Baekhyun.
Feel tak apa yang aku feel sekarang ni sistur² sekalian?😭❤
YOU ARE READING
[C + Remake] Misi Memujuk Crush | bbh
القصة القصيرة!¡ penulisan yang agak tergopoh-gapah, saya menulis buku ni sewaktu saya masih lagi muda dan tidak banyak pengetahuan tentang penulisan !¡ + gara-gara ter'seen mesej crush Short Story of Byun Baekhyun ++ Completed