27; Yang Mana Satu?

745 75 3
                                    

-Author POV-

Sejak kejadian itu, Mingyu berubah menjadi pendiam di sekolah.  Bukan itu sahaja, malah dia juga akan sedaya upaya untuk mengelak daripada bertembung dengan si Minseo.

Mungkin dia malu rasanya apabila ditolak cinta. Sudahlah ditolak, kena friendzone pula tu.

Disebabkan perubahan Mingyu itu, Minseo kelihatan kesal. Kesal dengan perbuatan dirinya. Tula kau reject gi si Mingyu tu-__-

Tapi kalau terima, bagaimana pula dengan Baekhyun?

Ah, sungguh serabut akal fikiran gadis itu! Tak senang duduk dibuatnya. Usai guru matapelajaran Matematik keluar daripada kelas, Minseo terus menyembabkan kepalanya pada meja. Fikirannya masih lagi ligat memikirkan jalan penyelesaian untuk semua ini.

Mahu memilih Baekhyun ataupun Mingyu?

Kenapa susah sangat nak pilih?!😭💔

KRINGGG!

°

Apabila bunyi lonceng rehat bergema, Minseo terus mengorak langkah menuju ke kantin. Sepanjang perjalanannya itu, dia asyik memaksa dirinya untuk membuat sesuatu keputusan.

Tiba²... Langkahnya mati di kawasan koridor sekolah. Gadis itu tersentak melihat dua orang pelajar lelaki sedang bertumbuk antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, gadis itu lebih terkejut apabila mendapati dua orang pelajar itu ialah Baekhyun dan Mingyu. Cepat² dia menyorok di sebalik dinding.

Matanya terbuntang luas apabila Baekhyun dengan kasarnya menumbuk peut rakannya, Mingyu. Terdorong rakannya itu ke belakang.

"DAH GILA KA?! Lepaskan dia untuk kau? HUH! Jangan haraplah." bentak Baekhyun. Jelas kelihatan riak wajahnya seperti mengejek rakannya itu. Mingyu terus mencengkam kolar baju sekolah milik Baekhyun. Wajahnya kelihatan begitu marah sekali.

"Then, kau pun jangan haraplah boleh dengan dia!" ujar Mingyu dengan suara lantang. Minseo yang masih lagi tercegat melihat situasi itu, mula menggeletar. Tak tahu nak buat apa. Kakinya seperti dipaku, mulutnya bagai dizip.

Pergaduhan Baekhyun dan Mingyu bertambah teruk. Tak habis² menumbuk dan membentak sesama sendiri. Tidak lama kemudian, mereka berdua pun berhenti. Penat bergaduh. Terduduk lemah mereka berdua pada lantai koridor itu.

"Kalau berterusan macamni, baik kita putus kawan je." ujar Mingyu lalu bingkas bangun dan beredar. Baekhyun mendengus geram.

[C + Remake] Misi Memujuk Crush | bbhWhere stories live. Discover now