Part 3 - Misi memikat hati Sharif

1.5K 71 4
                                    

     Sharif memarking kemas kereta birunya di tempat parking pelajar. Setelah itu, dia keluar dari kereta. Dan mulalah pelajar2 perempuan yang lalu lalang di situ tergedik-gedik dengan Sharif. Sharif hanya buat tak endah. Dia terus melangkah ke bilik pengawas. Blazer biru pada tubuhnya dibetulkan. Blazer ketua pengawas bidang fotografi. Tapi dia masih di bawah Tengku Khairul Nazrie.

"Hai bro" Sapa Haiqal yang sedang berbual dengan pengawas yang lain. Sharif hanya angkat kening. Walaupun mood dia tengah okay tapi dia masih tak nak senyum.

"Shaf, camera bawak?" Soal Nazrie. Sharif angguk sekali.

"Good. Hari ni ada majlis penyampaian hadiah untuk game ragbi dengan bola sepak minggu lepas. So kau prepare siap2 la camera" Arah Nazrie sambil susun buku rekod pelajar. Sharif tidak membalas. Dia kembali ke keretanya. Nak ambil camera. Semalam tak nak cakap awal2, bodoh. Gumamnya dalam hati. Ni kalau Nazrie dengar ni mau kena maki free hahahaha.

Semasa perlajalan ke kereta, Sharif terserempak dengan seseorang.

"Hai abang Shaf!" Jerit seorang junior dengan nada nyaring.

Sharif ketap bibir geram. Dia datang dah...

Mimi menghampiri Sharif dengan gedik. Dia tersenyum manis ke arah Sharif. Walaupun dia mempunyai wajah yang sangat comel dan cantik persis anak patung namun Sharif masih tidak boleh terimanya. Ramai lelaki dekat sekolah tu mintak couple dengan Mimi tapi Mimi menolak. Dia hanya nak Sharif.

"Kau nak apa lagi?!" Soal Sharif kasar. Mimi masih senyum. Sikit pun tak gentar.

"Saja tanya khabar. Kenapa tak datang semalam?" Soal Mimi. Suaranya terlampau comel, macam budak2. Mahu lelaki tak tergilakan dia. Tapi sayang, Sharif tak tertarik dengan dirinya. Kau cantik la macam mana pun, tapi kalau perangai tak secantik rupa, takde pasal aku nak terima.

Ya. Sharif bukan jenis pilih rupa. Dia akan pandang akhlak serta sikap. Rupa? Tolak tepi.

"Lantak aku la nak datang sekolah ke tak. Aku bayar sekolah ni. Kau tu takde mengena dalam hal aku so jangan nak sibuk!" Balas Sharif geram.

Mimi masih sama. Senyum dan terus tersenyum.

"Ada kena mengena la. Abang tu kan boyfriend Mimi" Jawab Mimi gedik. Dia tayang senyuman comel kepada Sharif. Ni kalau lelaki lain tengok ni mesti diorang terpekik terlolong macam kena histeria. Comel sangat. Geram. Tapi tidak bagi Sharif. Dia sikit pun tak tergugat dengan Mimi. Hatinya sekeras batu.

"Boyfriend atas kertas" Balas Sharif sinis. Dia terus ke keretanya tanpa mempedulikan Mimi.

Mimi hanya senyum. Atas kertas ya? Takpa. Kita tengok jela nanti....

***********

Suasana di dalam dewan sunyi sepi tatkala ketua pengawas melangkah masuk ke dalam dewan dengan gaya yang tersendiri. Dengan tangan dimasukkan dalam poket. Berjalan pula macam model. Tambah lagi baju pengawasnya yang dipotong mengikut bentuk badan. Dah la badan slim. Fuhhh...

Nazrie naik atas pentas. Mikrofon dicapai dan dia mulakan tugas sebagai ketua pengawas. Macam biasa, mula2 mesti baca doa dulu, nyanyi lagu negaraku, lagu sekolah serta bacaan ikrar. Lagu negeri? Author tak tau kat kuala lumpur macam mana HAHAHA.

Tidak lama kemudian, majlis penyampaian hadiah mula dilangsungkan. Sharif bergerak dengan malas di depan pentas. Nak kena ambik gambar sorang2. Dah la diorang ramai. Satu keluhan dilepaskan.

"Untuk pertandingan bola sepak yang melibatkan 10 buah sekolah, pasukan bola sepak sekolah kita telah mendapat johan dalam peringkat negeri. Dijemput para athlete naik ke pentas untuk terima hadiah" Kata Nazrie bersama senyuman. Riuh dewan itu dengan tepukan gemuruh serta jeritan gedik dari pelajar perempuan.

Shariz sebagai captain bola sepak naik terlebih dahulu diikuti anak2 buahnya di belakang.

Sharif jelir lidah pada Shariz yang sedang senyum senget ke arahnya. Paling tak suka bila nak ambik gambar Shariz ni. Banyak songeh. Gambar dia saja kena ambik 2/3 keping. Gambar orang lain sekeping je ha. Tu pun ada yang tak ready tapi diorang okay je. Tapi Shariz ni Allahu....siap posing lagi atas pentas tu.

Sharif melepaskan nafas lega setelah selesai mengambil gambar si kembar. Berpeluh haa ambik gambar dia. Ni kalau dia cakap tak lawa jugak tak tau la. Kini giliran rakan sepasukan Shariz.

Okay siap.

"Malahan juga, pasukan ragbi sekolah kita telah menyertai pertandingan ragbi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Dan sekali lagi sekolah kita mendapat johan bagi peringkat kebangsaan" Sambung Nazrie.

Sekali lagi dewan itu riuh dengan tepukan gemuruh serta sorakan dari sahabat2 yang lain. Ada yang bersiul, ada yang menjerit-jerit memanggil nama para athlete itu.

Zul sebagai captain ragbi naik terlebih dahulu seperti Shariz tadi. Sharif memulakan tugasnya.

Alhamdulillah siap. Sharif mengeluh. Lenguh tangan dia pegang camera canon tu lama2. Ingat senang ke jadi photographer ni ha?

Sharif keluar dari dewan sebelum membelek semula gambar2 yang telah diambil.

"Shaf!" Bahu Sharif ditepuk kuat oleh seseorang. Terus Sharif angkat muka dengan wajah bengis. Pantang betul bila orang bagi terkejut macam tu.

"Kau memang nak mati awal ke sial?!" Maki Sharif. Shariz sengih gigi. Tangan disatukan. "Maaf bro" Ucapnya.

Sharif menjeling. Dia kembali membelek gambar tadi.

"Tolong ambik gambar kitorang boleh?" Pinta Shariz. Sharif mengeluh. Dah agak....


**********

    Tandas dituju. Masuk sahaja dalam tandas, Sharif membetulkan blazernya. Rambut emasnya dibasahkan sedikit. Banyak bergerak tadi. Habis rosak.

Setelah selesai, dia keluar dari tandas.

"Abang!" Muncul Mimi bersama senyuman manis.

Sharif tayang muka tak puas hati. "Kau buat apa dekat sini?!" Soal Sharif kasar.

Mimi senyum. "Tengah basuh kereta. Tak nampak?" Jawabnya selamba.

"Ha ha ha" Balas Sharif lalu menjeling. Mimi tergelak kecil.

"Nah" Mimi hulurkan 1 botol kecil. Harap2 Sharif suka....

Flavour vape.

Dahi Sharif berkerut. "Aku tak mintak kau beli"

"Biar la. Mimi yang nak"

Sharif ketap bibir geram. Nasib Mimi ni perempuan. Kalau lelaki dah lama makan penumbuk berapi aku ni nanti.

"Abang cuba la flavour ni. Mesti abang suka" Kata Mimi.

Sharif bau flavour itu.

Wangi. Bau mint.

"K. Thanks" Jawabnya pendek sebelum berjalan meninggalkan Mimi sendirian. Dia simpan flavour itu dalam poket.

"Welcome abang sayang!" Jawab Mimi ceria. Pertama kali Sharif ucap terima kasih atas pemberiannya.

Mimi tersenyum lega. Betul la apa kawan dia cakap. Kalau nak buat lelaki tu suka dekat kita, kita kena bagi something yang dia suka. Contohnya, Sharif isap vape. Dan pastinya dia suka akan flavour vape. Sebab tu Mimi belikan dia flavour vape tu. Sharif suka. Heh, tak sia2 aku beli.

Now, nak cari benda lain pulak. Abang Sharif suka apa ya?

Different Love of Triplets [C]Where stories live. Discover now