Part 52 - Kedah again

843 35 2
                                    

     Shaqif menjenguk ke dapur. Kelihatan Datin Qamalia sibuk potong sayur. Shariz pula tolong basuh pinggan. Shaqif buat muka. Kenapa la mamat ni ada sekali. Sibuk je.


Shaqif menapak menghampiri ummi kesayangannya. "Ummi!" Jerkahnya.


Bahu Datin Qamalia terhinjut. Dadanya diusap perlahan. Bertuah punya anak.


"Kamu ni kan Shaq, nasib ummi takde lemah jantung" Kata Datin Qamalia lalu menjeling manja. Shaqif gelak mengekek. Dia pandang Shariz sekilas sebelum berdehem.


"Em ummi. Shaq nak minta izin boleh?"


"Izin apa?"


"Izinkan Shaq balik kampung"


Dahi Datin Qamalia berkerut.


"Kan kita nak balik minggu depan. Balik sekali la"


Shaqif gigit bibir. Macam mana dia boleh lupa pasal ni. Kalau minggu depan keluarganya balik Kedah, habis lah kantoi nanti.


"Em ummi, kita cancel jela plan minggu depan tu. Yela, ummi kan banyak kerja. Papa pun nampak busy sangat. Nanti2 jela kita pergi. Shaq nak pergi hari ni"


Datin Qamalia semakin aneh dengan anaknya itu. Terus pandang Shaqif dengan pandangan tajam. Shaqif menunduk. Tolong la jangan syak sesuatu...



"Ini ada apa sebenarnya ni? Shaq takde simpan rahsia apa2 kan dengan ummi? Baik Shaq cakap sebelum ummi mengamuk. Juju Shaqif. Jangan menipu dengan ummi Shaqif sendiri. Berdosa tau!"




Dahi Shaqif berpeluh. Oh my....



Shariz yang dengar terus menoleh. Dia selesai basuh pinggan. Tangan dilap pada kain yang disangkut di tingkap lalu dia bergerak menghampiri ummi dengan adiknya.



"Kenapa ni?" Soalnya sambil pandang Shaqif. Shaqif menjeling. Shariz yang perasan akan jelingan itu terus pandang tempat lain. Dahinya berkerut. Kenapa Shaq jeling aku macam tu? Aku ada buat salah ke?



"Ummi....sebenarnya...." Datin Qamalia menunggu dengan sabar.



Shaqif tarik nafas. Redha jela Shaq..



"Shaf ada dekat sana. Dah lama dia duduk sana"



Mata Datin Qamalia terbeliak. Shariz pula laju menoleh dengan mulut yang sedikit ternganga.



Datin Qamalia menunduk. Dah lama nama anaknya itu tidak berlegar di minda. Dia sudah buang jauh nama itu dari fikirannya. Anak tak kenang budi!



"Ummi jangan salahkan Shaf pasal hal ni sebab....Shaq sendiri yang hantar dia ke sana. Kesian dia ummi. Dia takde tempat tinggal. Nak harapkan duduk hotel, sampai bila? Duit dia pun tak banyak"



Datin Qamalia pejam mata. Hatinya kembali terluka. Shariz terus usap perlahan bahu umminya itu. Dia juga tidak percaya bahawa Sharif tinggal di kampung.


"Ummi, kalau ummi nak teruskan benci Shaf, Shaq tak kesah. Tapi tolong, izinkan Shaq untuk jumpa darah daging Shaq sendiri. Walau apa pun, dia tetap abang Shaq, dia tetap anak ummi. Takde siapa boleh putuskan hubungan kita"



Air mata Datin Qamalia mengalir perlahan. Mulutnya ditekup. Entah kenapa hatinya jadi sakit. Adakah dia terlalu bencikan anaknya itu? Atau dia menyesal kerana telah buang anaknya itu? Dia sendiri pun tak pasti.



Shaqif genggam erat tangan Datin Qamalia.



"Ummi, izinkan Shaq ya? Shaq tak pergi sorang. Shaq pergi dengan kawan2 Shaf. Kawan2 Shaf pun rindu Shaf, ummi. Ummi tak rindu Shaf?"


Air mata Datin Qamalia mengalir dengan lebat. Kali ni dia tidak dapat tahan tangisannya lagi. Shariz peluk erat tubuh umminya.



Shaqif mengeluh. "Maafkan Shaq, ummi. Shaq tak berniat nak buat ummi menangis. Takpe la ummi. Ummi boleh terus bencikan Shaf, buang Shaf dari hidup ummi. Mungkin dengan cara ni ummi dapat maafkan dia. Shaq pergi dulu" Shaqif terus pergi dari situ. Dia tidak boleh berlama. Hatinya tak kuat melihat ibu kandungnya itu menangis. Kalau boleh dia nak bagi tazkirah je dekat Datin Qamalia dengan Shariz. Tapi setelah melihat keadaan Datin Qamalia, terus dia batalkan niat.




***********



    Shaqif selesai kemas barang2 nya. Jam dipandang.




2:30 petang.




Kalau dia bertolak sekarang ni mungkin tengah malam nanti baru sampai. Takpelah, asalkan selamat sampai.



Luggage biru ditarik perlahan. Pintu bilik dikunci kemas lalu dia menuruni anak tangga satu per satu.



"Ummi, papa, Shaq pergi dulu" Dia mencium tangan Datin Qamalia dengan Dato Shafirul. Datin Qamalia hanya senyum tawar.




"Shaq" Dato Shafirul bawa Shaqif ke pintu. Dia berbisik sesuatu.



"Ni ada duit sikit. Bagi dekat Shaf. Mungkin dia perlukan duit belanja" Sampul putih yang tebal itu dihulurkan pada Shaqif. Shaqif tersenyum lebar. Syukur alhamdulillah papa masih sayangkan Shaf!




"Terima kasih papa" Shaqif merangkul erat tubuh Dato Shafirul. Dato Shafirul tersenyum. Sebenarnya dia rindukan anak yang sudah dianggap sebagai anak derhaka itu. Namun apa boleh buat, isterinya belum tunjuk tanda2 yang dia rindukan Sharif. Jadi dia kena berdiam diri dulu.



"Abang, kirim salam dekat abang Shaf tau" Pesan Shafiq. Shaqif hanya senyum. Dia masuk dalam kereta. Enjin dihidupkan dan perlahan-lahan kereta itu meninggalkan halaman rumah.




Shariz mengeluh. Dia nak ikut. Tapi ego dia tak bagi....











     Shaqif berhenti di bahu jalan. Tempat yang sama semasa Q hantar dia untuk keluar dari Kuala Lumpur. Dia nampak ada banyak kereta mewah yang sudah menunggu. Dia toleh ke kiri bersama senyuman kacak.



"Tunggu kejap eh?"



Dhiya tersenyum malu sebelum mengangguk.



Ya. Dia nak ikut Shaqif balik kampung. Sebenarnya dia rindukan mak Timah dengan pakcik Am. Dah lama tak pergi dusun buah sama2. Dan dia teringin nak makan durian.



Shaqif berjalan menghampiri Velta.



"Lama tunggu? Sorry ah lambat. Aku gi ambik Dhiya kat rumah tadi"




"Wuuuu" Mereka mula mengusik nakal. Shaqif usap belakang leher. Ni malas cakap ni. Asal sebut nama Dhiya terus kena usik. Bagi lutut kang baru tau.



"By the way Shaq, ada someone nak ikut kita. Aku harap kau tak kesah" Kata Haiqal. Rambut lebatnya beralun kuat disebabkan angin petang.



Shaqif angkat kening sebelah.



"Siapa?"



Mereka menoleh ke belakang. Shaqif turut pandang ke arah yang sama. Matanya membulat.








Q.

Different Love of Triplets [C]Where stories live. Discover now