Part 3

12 0 0
                                    


Lima minit sebelum loceng berbunyi, Marissa tiba di pintu pagar sekolahnya. Begitulah rutin hariannya. Semua sudah masak dengan perangainya yang agak kasar. Dia tak kan kacau orang kalau orang tak buat masalah dengannya.

"Weh, korang semua nak pergi mana esok?" soal Halena pada Marissa dan si kembar Laila dan Laily.

"Pergi mana? Esok kan ada Kenduri rumah nenek aku." Marissa menjawab malas. Dia tidak suka dengan kenduri atau apa-apa yang berkaitan dengan orang ramai. Dia akan pening apabila melihat orang ramai. Selalunya untuk mengelak, dia akan bagi pelbagai alasan. Tapi, ini rumah neneknya. Pasti neneknya kecil hati kalau dia tak pergi.

"Oi! Termenung pulak kau. Kita bercakap kat sini." Marissa tersentak dengan jerkahan Halena.

"Apa?" dia tayang muka tidak bersalahnya.

"Kau kenapa?" Laily bersuara. Halena dan Laila masih melihatnya tajam.

"Tak ada apa la." Marissa malas memanjangkan halnya.

"Jom la balik. Dah pukul berapa ni." Mereka bergerak ke tempat letak basikal.

##########################

"Argh.... Bengangnya aku. Suka paksa-paksa aku buat benda aku tak suka. Anak manja kesayangan dia ada, tak ada pulak nak suruh. Saja la tu. Nak kenakan aku. Aku ni ada ja yang tak kena. Kalau anak manja dia tu, semuanya bagus." Marissa membebel. Tangannya menonyoh buntut kuali yang digunakan semasa memasak tadi dengan geram.

"Eh, awak. Toilet kat mana?" pemuda lelaki yang tiba-tiba muncul itu menaikkan kan marahnya.

"Dah tak ada orang lain ke nak tanya? Tu kat depan sana tu, ramai orang kan. Pergilah tanya diorang." Jerkahya tanpa memandang pemuda itu. Aku dah la tengah hot ni. Boleh pulak kau kacau. Toilet apa segala. Macam aku tak ada kerja. Kerja sekolah banyak tak habis lagi. Cerita kesayangan aku kat tv tu pun dah terlepas sebab kena cuci periuk dengan kuali ni. Kau pulak cari pasal. Memang nahas la.

Uihh... meroyan ke apa minah ni? Aku Tanya elok-elok, marah aku pulak. Tak pa, nanti ada hari aku balas. Ergh...Pemuda itu berlalu dengan sebal.

Selepas melepaskan hajat yang terpendam, dia kembali ke tempat mencuci periuk tadi. Dilihatnya gadis sombong tadi masih meneruskan kerja sambil mulut bergerak-gerak. Muka dah cantik. Tapi sombong. Entah jampi serapah apa pulak dia buat tu...

"Oii, kau buat apa hah? Tu mulut tu, apasal terkumat-kumit? Kau mandrem sapa hah?" soalan tanpa dijangka itu membuatkan Marissa mengangkat kepalanya. Mamat mana pulak yang kacau aku ni? Eh, suara mamat tadi kan? Dia ni siapa? Tak da angin, tak da ribut, nak cari pasal dengan aku pulak. Sudah la muka separuh siap.

"Apa kau nak? Hajat kau tak buang lagi ke?" Marissa meneruskan kerjanya.

Amboi, mulut pompuan ni..."Suka hati aku la nak buat apa pun. Kau tu, apasal berlagak sangat hah?" dia memerhati sambil mencekak pinggang.

"Aku tak kacau kau pun kan. So, kau jangan nak cari pasal. Dah, tak payah nak memekak kat sini." Marissa semakin geram dengan lelaki itu. Dia menonyoh buntut kuali yang sedang di cucinya dengan kuat.

"Oi pompuan, apa nama kau?" tangannya mengambil ranting kayu dan dilemparkan ke arah Marissa. Dia masih tidak berputus asa. Ingin di ganggu gadis itu walau bermacam bahasa yang keluar dari mulut comel itu.

"Buntut Kuali." Spontan keluar dari mulut Marissa. Dia terkejut. Semasa menonyoh buntut kuali itu, dia membayangkan wajah Maisara. Lelaki di sisinya ketawa terbahak-bahak.

"Apa nama kau? Buntut kuali? Hahahaha... Muka dah cun, nama tak boleh blah." Tawanya berpanjangan. Suka dia melihat wajah yang bertukar merah itu. "okey lah, aku pergi dulu... bye-bye buntut kuali." Pemuda itu pergi dengan tawanya.

"Grrr... geramnya aku. Tak guna betul mamat separuh siap tu. Nanti kau" tangan nya kembali bekerja. Kali ini dia membayangkan muka mamat separuh siap itu.

AKU MENUNGGU MUWhere stories live. Discover now