"Assalamualaikum..." aku memberi salam dan melangkah masuk. Malam ini aku bermalam di rumah nenek. Aku bergaduh dengan anak kesayangan emak semasa pulang dari sekolah tadi.
"Kenapa Alya bergaduh dengan kakak tadi?" Nek Siah mengambil tempat di sebelah cucunya. Okey, nama sebenar aku Alya Marissa.
"Nek, bukannya Alya suka pun bergaduh dengan dia. Dia yang datang serang Alya." Nenek aku ni special sikit. Sebabnya, dia yang banyak menghabiskan masa menjaga aku dari kecik lagi. Tu yang panggilan aku pun lain bila dengan nenek.
"Sara serang Alya? Kenapa?" Nek Siah pelik. Setahunya cucunya itu sangat lemah lembut dan sopan santun. Lain la kalau yang di sebelahnya ini. Tak ada apa yang pelik.
"Apa lagi... semua pasal mamat separuh siap tu la." Balas Marissa perlahan. Tapi tetap di dengari oleh neneknya.
"Mamat separuh siap mana pulak ni...?" Nenek ni... nak tahu jugak ke? Cakap je la... lagi pulak antara aku dengan nenek memang tak ada rahsia. Pada nenek lah aku banyak luahkan rasa hati aku.
"Tu ha... cucu Tok Lebai Man tu. Nek tau kan, mamat tu suka kacau Alya. Yang si Sara tu ingat Alya dengan mamat tu bercinta. Dia siap bagi warning kat Alya jauhkan diri dari mamat tu. Tu yang kita orang gaduh tadi." Jawabnya tanpa rasa bersalah.
"Eh, boleh pulak macam tu. Kamu tu belajar pun belum habis lagi. Dah nak bercinta bagai. Nenek bagi tahu mak ayah kamu nak?" Eh, nenek ni... faham ke tidak apa aku bagi tahu ni...
"Nek... mana ada Alya cintan cintun ni... kan tadi Alya kasi tahu. Ala, kak Sara tu kan memang spesies gedik tak ingat. Apa hairan kalau dia cintan cintun tu."
"Amboi... kamu bukan main lagi mengata ye..."
"Memang betul pun kan..." mereka berpandangan dan ketawa. Nek Siah tahu perangai cucunya yang seorang itu.
"Dah-dah, pergi masuk tidur. Esok nak kena mengadap mamat separuh siap tu kan?" Nek Siah mengangkat kening. Marissa terlopong. Amboi nek... jangan nak pegukan aku dengan mamat separuh siap tu. Huh... tak ingin aku.
Pagi yang indah lagi dingin itu membuatkan aku makin malas untuk ke sekolah. Alangkah bestnya kalau aku dapat sambung tidur. Tapi itu hanya mimpi indah apabila mak memekik di pintu bilik.
"Good morning..."sapa ku lemah seperti orang tak makan seminggu.
"Kau kenapa Rissa? Jangan cakap yang kau malas nak belajar hari ni." Laila sudah dapat mengagak apabila melihat muka cemberut aku. Aku menyebamkan muka ke meja. Langsung tidak menghiraukan mereka.
Waktu tengah hari, mereka semua bergerak ke kantin. Tidak bagi aku. Ketika itu, seorang lelaki yang kebetulan melalui kelas aku menapak masuk. Aku mengeluh lagi. Apa lagi la mamat separuh siap ni nak dari aku. Adoi...