DM2♥

46 4 5
                                    

Jam di dinding menunjukkan pukul 5:30 pagi.Bunyi alarm di telefon hana menyedarkannya dari terus dibuai mimpi.

Hana bangun dan menyandarkan tubuhnya di kepala katil.
Tanpa membuang masa,hana terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk.Setelah selesai,dia mengambil peluang untuk membaca Al-quran sambil menunggu azan subuh.


Waktu subuh telah masuk pada waktunya,hana mengambil sejadah dan mendirikan solat subuh.

"Amin.." Setelah selesai,dia memakai baju sekolah dan bersiap untuk ke sekolah.
Setelah bersiap,hana keluar dari bilik dan turun ke bawah.

"Mama!!" Jerit Hana lalu memeluk Puan Naura dari belakang.

"Eh,anak aku 10" latah Puan Naura. Hana terkejut mendengar latahan mamanya.Lalu Puan Naura terus menjentik dahi hana.

"Adoii,ma sakitlahhh" adu Hana.

"Padan muka,tu balasan" kata mama.Puan Naura tergelak kecil melihat dahi anak perempuannya merah akibat jentikannya.

"Ma,serius lah mama nak anak sepuluh?" Tanya hana.

"Eh,mana ade" jawab Puan Naura.Hana yang mendengar tergelak kecil.

"Sayang,biar betul nak anak sepuluh?" Tanya Papa.

"Tak de lah,tadi saya melatah sebab hana ni hah" jawab mama sambil menjeling ke arah hana.
Hana mengemam bibirnya.

"Hehe sorrylah mama" kata hana.

"Dah..dah..jom makan." Ajak mama.

"Morning" sapa Naufal yang baru sahaja turun.Hana yang memandang abangnya tersenyum.

"Abang,jom lah duduk sini" ajak Hana.

"Okey" Naufal duduk di sebelah hana lalu menyedok bihun goreng ke dalam pinggan.Manakala hana mengambil sandwich sahaja.

Tengah sibuk menjamah makanan, hana mengerling jam di tangannya yang menunjukkan pukul 6:50 pagi.

"Mama papa hana pergi dulu eh" Puan Naura dan Encik Farhan mengangguk.Hana menyalami kedua tangan mama dan papanya.
Setelah selesai,hana dan Naufal bergegas keluar dari runah dan masuk ke dalam kereta.Setelah sampai,hana menyalami tangan abangnya dan terus keluar dari kereta.

"Hana!" Langkah hana terhenti apabila seseorang memanggil namanya dari belakang.Hana berpusing.

"Eh,Iana!" hana terus memeluk Iana.

"Dah ready ke last exam nih?" Tanya Hana.

"Semestinya aku dah ready.kau pulak?" Tanya Iana semula.

"Of course!" Jawab hana dengan terujanya.

            ~ ~ ~

Dalam dewan peperiksaan

Semua pelajar kelihatan bersungguh-sungguh menjawab peperiksaan akhir bagi mereka.

"Baik pelajar, masa yang tinggal hanya 5 minit sahaja lagi"

Hana meneruskan perjuangannya untuk menjawab soalan dan membuat pemeriksaan akhir.

"Masa telah pun tamat"

Hana meletakkan kertasnya di sudut kanannya sperti yang diarahkan oleh pengawas peperiksaan.

"Alhamdulillah terima kasih ya allah" ucapnya di dalam hati.

"Okay pelajar saya nak ucapkan tahniah kepada semua kerana telah berjaya memperjuangkan segala usaha kamu untuk menjawab peperiksaan dengan baik sekali.Saya harap anda semua berjaya di luar sana nanti.Macam mana pun keputusan yang kamu dapat kamu perlulah menerima dengan seadanya okayy" ucap pengawas peperiksaan.

Satu dewan riuh dengan tepukan gemuruh oleh para pelajar.

"Okey kamu semua dah boleh bersurai"

~ ~ ~

"Weh jom tengok drama thailand nak?bok hana.

"Jom lahh kat rumah kau eh?" Kata Iana sambil membuat muka comel.

"Oky no hal" jawab hana

"3:50 dah ade kat rumah aku tau" kata hana.

"Bahek lah hana yang ku sayangi" jawab Iana.Hana hanya tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.

"Hana" langkah mereka terhenti apabila seseorang memanggil hana.Mereka menoleh "ouhh Adam.." Kata Iana.

"Weh Iana kalau aku nak balik dengan kawan kau boleh tak?" Tanya Adam.

Iana memandang Hana yang sudah cemberut.Hana memberikan pandangan tajam kepada Iana.

"Sorry beb" bisik Iana.

"Ha boleh boleh" jawab Iana.Adam tersenyum senang.

"Bye jumpa nanti tau!" Kata Iana.

"Hurmm" jawab hana acuh tak acuh.

"Hana jom balik" ajak Adam.

"Awak balik naik ape?" Tanya Hana.

"Saya selalu balik jalan kaki" jawab Adam.

Hana mengangguk.Dia mendongak memandang Adam.Disebabkan Hana ni rendah,tingginya cuma 153 cm sahaja,dia terpaksa mendongak memandang Adam yang lebih tinggi darinya.

"Awak boleh saya tanya?" Kata Hana.

"Awak nak tanya apa?" Jawab Adam.

"Awak makan apa eh sampai boleh tinggi dari saya?" Tanya hana dengan wajah cemberut.Adam tergelak kecil.

"Saya makan nasi je" jawab Adam.

"Tipu" kata Hana sambil memeluk tubuh. Adam menggelengkan kepalanya melihat perangai Hana.

"Awak sebenarnya kan..saya nak cakap something kat awak" kata Adam.

"Ape bendenye?" Tanya Hana.

Adam menggosok belakang tengkuknya..

"Sebenarnya.." Kata Adam dengan penuh berdebar.

"Sebenarnya apa?" Tanya Hana lagi.

"Okeyy..saya suka awak" jujur Adam.

Hana terkejut mendengarnya.

"Huh? Okey maaf saya terkejut" kata Hana.

Hana mendongak memandang Adam yang berada di sisinya.

"Adam..saya minta maaf saya sebenarnya tak sedia lagi dengan semua ni okay.Saya bukan nak menolak tapi awak kene faham." Jujur Hana.
Hana terdengar keluhan Adam.

"Okey saya tunggu awak" kata Adam.

Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam.

"Awak sorry okey" kata Hana memecahkan kebisuan.

"Sokey saya faham" kata Adam sambil tersenyum kelat.

"Okey rumah saya kat situ je thanks teman saya jalan kaki, pasal tadi tu saya minta maaf sangat saya rasa bersalah nanti apa apa awak whatsapp saya okey kita sembang dalam tuh" kata hana.

"Tak terganggu ke?" Tanya Adam.Hana menggeleng.

"Untuk awak ape salahnya" kata hana sambil tersenyum manis.

"Oklah bye" kata Hana.

"Bye"kata Adam.

Hana mengambil kunci di dalam poker lalu membuka mangga. Hana membuka pagar dan mengunci semula untuk keselamatan.Hana mengeluh.Hana membuka pintu utama dan memberikan salam sebelum masuk.

~ ~ ~




Dari Matamu♥Where stories live. Discover now