mimpi

140 11 16
                                    

Pagi yang indah dan disinari oleh pancaran matahari. Ianya membuatkan hariku menjadi indah walaupun hari ini bakal menjadi kebosanan musim cuti panjang.

Peah telahpun pulang Ke kampung halamannya berjumpa dengan ibu bapa yang dikasihi.

Aku? Aku hanyalah sebatang kara. Tiada ibu bapa mahupun saudara. Jadi aku hanya terperap sahaja di rumah tumpangan ini.

Apakan daya. Nasib hidup lah nak.

Aku rasa aku patut bersiar siar di bandar Batu Pahat ni. Walaupun aku belajar disini selama 2 tahun.

Aku jarang sekali untuk bersiar siar di bandar ini. Aku akan menempah grab selepas aku bersiap.

Aku hanya memakai blouse dark blue dan seluar jeans. Itulah kebiasaan aku. Walaupun baju tu hanyalah rm5, aku tak kisah. Asalkan muat dan selesa.

Aku bukanlah anak orang bangsawan, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan jika aku hanya memakai baju rm5 yang dibeli di pasar malam.

Grab sudah sampai di perkarangan rumahku. Kereta proton saga baru yang berwarna merah yang aku naiki. Pakcik tersebut kelihatan tua,maybe dalam 60 tahun?

"Nak, anak nak buat apa pergi ke bandar sorang sorang ni? Tiada peneman ke?" Tanya pakcik itu. Pakcik tu kelihatan seperti ramah orangnya.

"Saja je jalan pakcik, musim cuti panjang. Kawan saya dah balik kampung. Jadi saya sorang sorang jelah pakcik" kataku sambil tersenyum pahit.

"Aik, anak tak balik kampung ke?" Katanya.

"Aish pakcik, saya ni sebatang kara. Bapak saya telah mati dan ibu saya,saya pun tidak tahulah adakah dia sudah mati atau hidup" kataku

"Ibu dan bapak kamu sudah bercerai ke?" Katanya lagi. Hmm peramah betul pakcik sorang ni.

"Tak tahulah pakcik. Saya ni dulu pernah masuk hospital dan saya pula hilang ingatan. Bila saya balik rumah je,hanya bapa saja yang ada dirumah" kataku lagi dengan suara kedengaran serak. Maybe,aku akan menangis kali ni di dalam grab bersama pakcik tua.

"Maaflah nak jika pertanyaan pakcik ni mengundang kesedihan anak. Pakcik minta maaf sangat nak" katanya. Mungkin risau setelah mengetahui yang aku telah menangis di sini.

"Hehe takpelah pakcik, biasa je tu. Saya je ni ha boleh pula nak nangis dalam grab ni. Gedik betul" kataku sambil mengelap air mata.

Ada juga orang yang memberikan perhatiannya kepada aku. Tiada siapa lagi yang mahu melayan orang miskin dan sebatang kara ni. Bapa aku juga langsung tidak melayan aku sebagai anak yang dikasihinya. Endah tak endah sahaja layanannya kepada aku semasa dia masih hidup.

Hanya seorang sahaja manusia yang ikhlas berkawan denganku. Iaitu Peah. Sahabat karibku.

Hanya dia.

Perjalanan untuk ke rumahku sampai ke bandar hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Aku tiba di bandar pada pukul 2:30 petang.

Aku memasuki ke salah satu kedai pasu di bandar itu. Bermacam macam saiz pasu yang terletak megah . Ada yang panjang tapi kurus,ada yang pendek tapi gemok. Memang pelbagai saiz dan rekaan pasu. Setahu aku batu pahat ni terkenal dengan pasu. Betulke? Hmm entahlah. Aku bukan orang johor pun. Kito orang melaka tauu!!

Setelah puas aku melihat pasu pasu itu. Aku terus pergi ke KFC. Haiyaa dari tadi perut aku berbunyi menyanyikan lagu dance monkey yang dinyanyikam oleh tones and I.

Ketika aku ingin melintas jalan, telefon bimbitku berbunyi. Panggilan telefon itu adalah daripada Harraz. Lantas aku mengangkatnya.

"Hai Harraz,kenapa awak call saya?" Tanyaku

DENDAM - Slow Update -Where stories live. Discover now