psycho

102 10 9
                                    

UZMA POV
Aku terjaga dari lenaku. Kepalaku berdenyut denyut, terasa sakit yang teramat. Aku memandang sekeliling, aku masih tidak dapat mentafsirkan dimanakah keberadaan aku.

Aku ditengah tengah cahaya lampu yang terpasang di syiling. Hanya aku yang berada di bawah cahaya tersebut.

Tanganku telah diikat. Mulutku pula telah ditekup dengan kain. Aku hanya mampu terbaring sepi di sini. Tiada sesiapa disini melainkan aku.

Aku memandang semula tempat keberadaan aku ini. Ianya, adalah bilik di dalam mimpi itu. Dimana bilik yang aku terkurung bersama ibuku, dan bilik yang aku telah membunuh bapakku sendiri.

Aku terasa takut. Adakah bapakku akan kembali dan membunuh aku pula?

Tak mungkin. Tak mungkin. Dia dah mati.

"Hei" seseorang memanggilku. Suara seorang wanita. Suara itu kedengaran di belakangku. Aku memandangnya dengan segera. Perasaan takut telah menyelubungi diri aku.

Arghhhhh... Secara tiba tiba dia mencekik aku, aku tidak mampu untuk berbuat apa kerana tanganku telahpun diikat.

Dia melepaskan tangannya dari leher aku disaat aku hampir nyawa nyawa ikan disitu. Aku terbatuk batuk akibat kesan cekikan dia.

Aku memandang wajahnya.

Dia!! Dia ialah perempuan yang telah melanggarku di hutan tersebut!

Aku sangat gerun melihatnya. Aku seperti terasa nyawaku akan diancam.

Aku inginkan pertolongan!! Dimana peah? Dimana Harraz?

Diorang langsung tak mencari aku ke? Tolonglah aku, aku nak keluar dari sini.

Aku menangis.

Disaat aku menangis. Dia tertawa. Bagaikan tangisanku ini hanya bahan jenaka.

Dia mendekatkan wajahnya dengan aku dan berkata.

"Kental juga nyawa kau ni eh? Aku dah cuba bunuh pun hidup lagi. Actually, kau kenal siapa aku?"

Dia tertawa kembali.

"Oh ya lupa nak buka kain kat mulut kau ni. Kalau tak macam mana kau nak cakap kan? Takpe takpe aku boleh tolong bukakannya untuk kau"

"Siapa kauu?!"

"Siapa aku? Aku adalah perempuan kesayangan bapak kau! Dia tidak menyayangi ibumu dan juga kau!"

"Engkau siapa untuk berkata perkataan seperti itu?!"

"Oh dari tadi kau tanya aku sapa? Aku Natasya, kau boleh panggil aku tasya atau kau boleh panggil aku masa kau dah nak mati"

"Apa yang kau nak daripada aku?! Tak puas lagi ke kau langgar aku?"

"Langsung tak puas. Sebenarnya tu jeke yang kau tahu?" Aku berasa pelik.

Mengetahui tentang apa?

"Apaa  yang aku tidak tahu?"

" Adalah, takkanlah aku nak bagitahu kau pula kan? Tak suprise lah nanti"

"Baik kau bagitahu aku sekarang."

"Heh. Kalau kau nak tahu sangat kan. Akulah yang bunuh bapak kau. Dan aku juga lah yang buat bapak kau bunuh mak kau. Hahahahahaha. So suprise kan?"

"Kau?!" Bu-bukan aku yang bunuh bapak aku? Tetapi dia?

"Ye aku. Aku yang buat bapak kau taksub dengan aku. Aku yang hasut bapak kau supaya bunuh mak kau dan kau. Tapi kau nak tahu? Dia lepas kan kau macamtu je. Aku tak tahu kenapa dia buat macamtu? Sayang sangat ke dia dengan kau? hahahaha. Dah dia tak nak bunuh kau, jadi terpaksalah aku untuk membunuh kau dan bapak kau!"

"But why? KENAPA?! KENAPA KAU SANGGUP BUAT MACAM NI HA?! " Aku menjerkahnya. Perasaan aku mulai dicarik carik. Dadaku turun naik turun naik. Kemarahan aku mulai menguasai diri.

Pangggg. Dia telah menampar muka aku dengan kuat. Pedih dan sakit tamparan yang telah diberikan olehnya. Tetapi itu langsung tidak menakutkan diri aku.

Marah. Sakit. Terluka. Itu yang membuatkan aku tidak berasa takut lagi!

" Tasya, Tasya !!!" Kedengaran suara lelaki memanggil manggil. Dia datang ke arah kami  dan tercungap cungap.

Tasya segera bangun dan menanyakan apa yang telah terjadi.

"Ada.. ada polis datang!"

"Apa?" Tasya memandang aku dengan tajam.

"Kau yang panggil polis kan?!"

" hell no! But now, i win" aku tersenyum sinis sambil memandangnya.

" Rizman! You pegang dia sekarang! I akan bawak dia sekali!"

"Tapii tasyaa kita kesuntukan masa!" Tasya memandangnya dengan tajam.

"You pegang ajelah! I tahu apa i nak buat! " Balas Tasya dengan kemarahan.

Dia, Rizman mula mendirikan aku dari perbaringan dan memegang aku dengan kuat.

"Sakitlahh" ujarku.

"Kau diam lah bodo"

Inilah. Inilah peluang untuk aku keluar daripada sini. Aku perlu buat sesuatu!

Aku menghentakkan kepala aku dengannya. Aku dan dia terjatuh di atas lantai.

"Celaka kau" Dia menampar wajahku.
Tidak cukup dengan itu, dia menumbuk aku dengan kuat.

Ngilu. Sakit. Pedih.

Itu yang aku rasakan. Dia kembali berdiri dan memijak perut aku. Perut aku terasa senak.

Dia mencangkung di tengah tengah badan aku. Lalu dia mengambil sesuatu di meja yang berdekatan.

Dan itu adalah pisau. Aku sudah merasakan nyawa aku akan habis disini.

"Selamat tinggal hahahahaha!!" Dia tertawa sinis kepada aku dan kembali mencangkung di tengah badan aku.

Pangggggg..... Pintu di bilik tersebut terbuka luas, seperti telah ditendang dengan kuat.

Angkat tangan!!! Anda telah pun dikepung.
Rizman mula melepaskan pisaunya dan berdiri.

"Uzmaaaaa!!!!!!" Kedengaran suara Harraz memanggilku.

Aku mulai menangis, aku bukan menangis kerana aku takut tapi aku menangis kerana gembira. Akhirnya aku dapat hidup dan masih dapat jumpa bersama orang yang aku cintai.

Polis telahpun menangkap Rizman, merangkap pembantu Tasya.

Harraz berlari ke arah aku. Lantas dia membuka ikatan tangan aku.

Aku terus memeluk erat badan Harraz dengan tangisan.

"It's okay uzma, it's okay. Semua ni dah berakhir. Awak dah selamat sayang" Dia membalas pelukan aku.

Aku menangis sepenuh hati aku. Aku ingin keluarkan semua ketakutan aku dalam pelukannya. Setelah aku reda daripada menangis. Aku mula meleraikan pelukanku daripadanya.

Dia menyelak rambutku ke tepi telinga bagi menampakkan wajahku. Aku langsung tidak menghiraukan wajahku lagi kerna perasaan takut yang menyelubungi diri.

"I love you, uzma"

"What?"

DENDAM - Slow Update -Where stories live. Discover now