Our🎐

117 11 4
                                    

Sebaik saja turun dari kereta Peah, aku masih dalam ketakutan dan trauma ke atas penculikan yang tak disangka itu.

Aku melihat Peah yang sedang memegang dua beg kertas berisi stok makanan ringan kami selama sebulan. Biar tak payah susah-susah nak pergi beli hari-hari! Perasaan kesian mula datang kepada diriku. Aku mula menuju ke arah Peah.

"Aku tolong kau eh?". Satu beg kertas, aku ambil. Tak kisahlah dia bagi ke tak, selama aku sakit ni dia sering menolong aku. Dialah satu-satunya kawan yang setia dengan aku sehingga hari ini dan sampai bila-bila.

"Mana tau lepas kau pegang beg kertas ni terus pengsan ke apa..". Usik Peah kemudian dia mengunci pintu pagar rumah kami.

Aku memuncungkan mulut. Macam tak ikhlas aje tolong hmph!

"Amboi mulut kau, cik Hafiyah. Patutlah tak ada boyfriend sampai sekarang. Tak lakulah tu". Aku jalan masuk ke dalam bilik selepas menyimpan semua makanan itu di dapur.

Peah mengikuti aku.

" Well,aku ni tak murah"

Aku mula terasa dengan jawapan dia. " So kau nak cakap aku ni murahlah?".

Peah geleng lalu menyatukan kedua-dua tapak tangannya. "Hehehe... ada aku cakap ke?". Peah sengih.

Bantal peluk aku baling dekat Peah. Ambik kau! Cakap ke tak aku tetap terasa. Dahlah masih trauma dengan peristiwa hitam itu, gadis dihadapannya ini pula menambah masalah. Nasib kawan.
Peah ketawa puas. Kami berdua main baling-baling bantal. Bahagia tak terkata. Semoga hari esok lebih baik daripada sebelumnya dan tak payah dia pening kepala memikirkan tentang kesemuanya. Boleh mati karang sel-sel otak aku!.

*_Dritt dritt_*

Phone di dalam beg tangan aku keluarkan. Terpampang nama 'Harraz ❤' disitu. Bukan kehendak aku nak menambah love-love bagai, tapi lelaki tu beria suruh aku. Katanya dapat mengeratkan lagi hubungan. Entahlah, yang penting Harraz tetap comel dimata aku!

"Ui, abang pakwe call ke?". Tegur Peah lalu mengintai sedikit siapakah gerangannya.

Aku angkat muka. "Haah. Pakwe aku call. Aku kan LAKU tak macam orang tu".

"Yelah... yelah. Kau tunggu nanti aku dah ada boyfriend sebijik dengan Jong Suk, Harraz tu jugak kau tinggalkan". Peah keluar daripada bilik. Aku gelak dulu sebelum menjawab panggilan Harraz.

Ikon hijau aku tekan.

"Assalamualaikum, why lambat angkat?"

Suara dia. Suara yang mampu membuat hati aku tidak keruan.

"Waalaikumsalam. Peah ni ha, sibuk kacau!"

"Ouh macam tu.. Erm Uzma, awak dah okay ke?"

"50:50. Kenapa?"

Hati aku mula berdebar lagi. Rasa nak menjerit pun ada. First date  kami? Omo!

"Saya nak ajak awak keluar boleh? Kalau bolehlah..."

Aku nak lompat sekarang.

"Boleh boleh boleh boleh! Semestinya boleh encik suami! Eh maksud saya Harraz"

Aduh, kenapa pulak aku boleh tersasul macam ni? Jangan pulak nanti bila jumpa dia usik aku kaw-kaw!

"Tunggu ya, sayang. Saya tengah kumpul duit ni"

"Sa-saya.. tak apalah Harraz, bagi location  kat chat je. Saya letak dulu. Jumpa nanti!"

Aku terus mematikan talian. Nanti makin dilayan, Harraz terus menerus bagi ayat yang boleh buat dia pengsan lagi. Alamatnya hospital lagilah sayang oi!

Sekarang aku tak sabar nak bagitau Peah!

" Seriously , kau dah okay?". Tanya Peah.

"Kalau aku tak pergi, nanti dia marah. Aku tak nak!".

Selesai memilih baju yang sesuai untuk dipakai, aku menilik diri aku di cermin. Puas melihat, aku bertanya tentang pendapat Peah.

"Kau rasa ootd aku macam mana hari ni?". Aku berpusing-pusing bak model. Kali ini aku memakai blouse berwarna hitam dan jeans berwarna biru cair. Rambutku dilepaskan, tidaklah sepanjang mana. Takat bawah dada je. Tapi aku akan pastikan yang rambut ni akan menarik perhatian Harraz!

"Cantik.. cantik sangat". Jawab Peah dengan nada agak sayu.

Aku mula pelik. Kerusi aku letak disebelah dia."Kau apehal?".

Peah tarik nafas perlahan.

"Uzma.. aku tak kisah kau nak suka kat siapa, itu bukan hak aku nak halang. But.. jangan sampai kau obsessed dengan Harraz ya?".

Terasa seperti batu menghempap aku. Kawan baik aku sendiri berkata begitu. Obsessed? Kenapa aku perlu berasa begitu? Peah memang betul-betul pelik hari ini. Aku cuba untuk mengawal emosi.

" Babe, aku dengan dia baru nak kenal-kenal". Aku senyum, padahal dalam hati ni nak aje cekik Peah.

Pantang keturunan aku kalau orang ni cakap benda buruk pasal orang yang aku sayang.

Peah mengangguk. Kemudian dia memberi keizinan pada aku untuk keluar berjumpa dengan Harrraz.

                            🐣🐣🐣
                            -PENJARA-
HARRAZ POV
"Aku tanya lagi sekali. Ada sesiapa lagi yang terlibat dengan kerja kau ni?" Ujar polis itu dengan kebengisan. Marah akibat persoalannya tidak dijawab dari tadi.

Lagi sekali, dia masih berdiam diri tanpa memberikan jawapan.

" I ask you a question. Please answer!!"

Si Rizman hanya menundukkan kepalanya.

"Tiada" what? Tiada?! Apa maksud dia? Tidak mungkin dia berseorangan.

Aku mula menarik leher bajunya keatas.

"Engkau kata takde?! Kau jangan menipu. Baik kau bagitahu perkara sebenar sebelum aku bunuh kau!!"

Pegawai pegawai polis mulai menahan aku daripada mencederakan suspek. Aku terduduk sambil dipegang erat oleh pegawai polis.

"Encik Harraz, mohon bawa bersabar. Kita masih perlu lakukan lagi soal siasat pada kemudian hari. Kita hanya perlu menyoal siasat suspek, bukan mencederakan suspek"

Aku terdiam. Tidak mampu untuk melawan percakapannya. Aku masih lagi memandang tajam ke arahnya.

" Okay, soalan terakhir. Kenapa kau menculik dia? Apa motif kau sebenarnya?"

Sekali lagi, dia hanya berdiam diri dan menunduk. Argh aku sudah tidak tahan dengan dia ni.

Aku perlu keluar dari Balai Polis ni dan menghirup udara segar dan menenangkan hati dengan seseorang.
Iaitu, izz uzma.

DENDAM - Slow Update -Where stories live. Discover now