Brothers?

1K 46 5
                                    


" Fang.. kau okay.... tak?" Blaze terkejut.

" Blaze?" kesemua elemental pun turut terkejut.

" Korang.. apa.. korang buat kat sini?" tanya Blaze.

" Kitorang pun nak tanya benda yang sama kat kau.." kata Taufan. Blaze menundukkan wajahnya dan berlari terus ke arah mereka.

" Aku.... aku rindu korang tau tak..? Maafkan aku sebab lari tinggalkan korang macam tu je!" kata Blaze dengan tangisan gembira bercampur serba salah.

" Takpe.. lagipun baguslah bertembung dengan kau kat sini.." kata Gempa.

" Mana Ais?" tanya Blaze. Mencari kembar kesayangannya. " Blaze.. takkan dah tak nampak aku kot?" kata Ais yang duduk di atas kerusi sambil menyandarkan kepalanya didinding.

Ais terus bangun dan mendepa tangannya apabila melihat Blaze terkejut melihat Ais yang lama tidak nampak.

" Aku tau.. kau nak peluk, kan?" kata Ais. Blaze terus lari ke arah Ais dan membalas pelukannya.

.

.

.

.

.


" Sekarang ni, aku tinggal dengan dia.. dia ada abang, tapi takde keluarga.. jadi diorang ambil aku jadi adik-beradik angkat diorang.." kata Blaze.

" Kau.... tak nak balik?" tanya Hali.

" Aku nak.. tapi, ayah mesti lagi benci aku kan?" kata Blaze.

" Habis.. kau nak tinggalkan kitorang macam tu je? Lepas kenangan kita semua bersama?" tanya Taufan.

Blaze menggenggam seluarnya. " Bukan tu maksud aku.. aku memang nak.. tapi.. mesti kena halau dengan ayah nanti, kan?" kata Blaze.

" Takpe.. lagipun kita boleh je jumpa kat sekolah.. kita semua sekolah sekali dan kelas pun sekali! Boleh borak2 dan ketawa macam dulu!" kata Thorn.

" Kenapa nak dekat akhir2 chapter ni... kau makin guna otak eh?" tanya Taufan.

" Nyehhh~ dah tuhan bagi otak dan akal.. gunalah.. bukannya terperap tak guna langsung.. lagipun aku nampak korang senyap je.. aku pun hulurlah idea aku.." kata Thorn.

" Savage nyer.." Taufan memandang Thorn.

" Kita kelas sekali?" Blaze hairan.

" Kau.. tak perasan ke? Kitorang dekat sekeliling kau kot? Tapi waktu tu kau demam.." kata Solar.

" Mungkin sebab tak sihat kot.. sebab tu tak perasan korang.." kata Blaze.

" Apa2 pun... syukur dapat jumpa korang balik.. korang datang sini.. ayah tau tak?" tanya Blaze.

" Dia yang hantar Fang tadi..." jelas Hali.

" Korang baliklah dulu.. aku dengan abang Kaizo nak jaga Fang.. nanti call aku bila ayah takde kat rumah, boleh aku datang.." cadang Blaze.

Semua elemental menunjukkan simbol ok di tangan mereka dan mereka pulang.

**********************************************************

" Aku kat mana ni? " tanya Fang yang baru sahaja sedar dari koma. Dia melihat  Blaze dan Kaizo sedang tidur lena.

Fang tersenyum. 

' Blaze.. aku dengar segala perbualan kau dengan adik-beradik kau yang lain.. kenapa kau cakap.. majikan kau yang halau kau, sedangkan ayah kau sendiri yang halau kau?' desis hati Fang.

Please, Love Me MORE ft. BoBoiBoy BlazeWhere stories live. Discover now