[Jang Wonhee]
Aku ngan Minhee froze di depan pintu sambil berbalas pandangan. Tiba² si minah Yura menyebok.
"Eh oppa, jomlah masuk." Kata Yura sambil merangkul tangan Minhee and membawa Minhee ke dining room. Dia sempat jeling and senyum sinis kat aku. Eiii ada yang mati japgi kang.
Okay fine aku jeles and aku rasa aku suka dia. Nope. Bukan 'rasa', aku memang betul² dah jatuh cinta dengan dia. Nasib jatuh tak patah kaki. Hehek.
Aku letak makanan Yura dekat dapur and duduk kat sofa sambil layan running man. Aku memang jangan harap diinvite ke meja makan tu.
Aku tak pernah duduk kat meja makan tu dengan diaorang ni pulak ada Minhee sekali jangan haraplah. Aku tengok jer diaorang dari jauh.
"Minhee ni single ker?" Tanya Aunty Song secara mengejut. Si Minhee plak dah tersedak nasi goreng kimchinya tu.
"Eh makan elok²." Kata Yura sambil mengusap belakang Minhee. Ada yang kena potong tangan kang biar kudung. Ngade nak sentuh anak orang.
"S-single b-but not available." Habes tergagap si Minhee tu dibuatnya. Aku rasa dia takot Aunty Song tu nak tackle dia kot. Comel.
"Takyah nak nervous. Bukan aunty nak try kamu. Ni aunty nak cari orang untuk anak aunty si Yura ni." Balas Aunty Song dengan lembut sekali. First time aku dengar dia cakap selembut-lembut sutera. AMANJING.
"Anak aunty ni baik orangnya. Pandai jaga boyfriend. Tapi tulah semua selingkuhi dia." Tambah Aunty Song. Aku tengok si Yura sudah kembang kempis hidung dia kena puji.
Pfttt- pandai jaga boyfriend konon. Kena selingkuh konon. Padahal boyfriend pon tak ade pftttt-
Yang aunty nak cari bf untuk dia dah kenapa? Sekolah pon belum habis ada hati nak kawen konon.
"Anak aunty ni baik orangnya. Bukan maCAM ORANG YANG TENGAH TENGOK TV PASTU TAK LAYAN TETAMU LANGSUNG." Suara Aunty dikuatkan sebab nak perli aku. Panas betul hati aku ni. Kalau aku layan tetamu kang kata aku gediklah tulah ini lah. Manusia².
.........
Selepas beberapa minit Minhee pon pulang. Oklah tu pulang awal² daripada aku tengok adegan su weed free kat rumah ergh.
Aku nak tido tiba² aku dapat satu noti dari si tiang tu.
(chat)
Aku sumpah jeles ngan Yujin. Tapi dia kawan aku, aku nak buat macam mana. Kalau si Yura tu dah lama aku terajang tapi disebabkan aku taknak jadi gelandangan so aku kena diam jelah.
Next Day....
Aku tengah sedap tidur dalam kelas, tiba² badan aku digoncang kuat. Dah macam gempa bumi dah aku rasa.
"Wonheeeee!!!! Bangunnn~~!!!" Kata Yujin sambil non stop goncangkan badan aku.
"Kau nak apa?" Kataku sambil menepis tangannya. Dia agak terkejut sebab aku bertindak kasar.
"Errr.... aku rasa nanti lah kita cakap. Jumpa aku kat rooftop waktu balik tau. Ada benda penting aku nak bagitahu." Selepas itu Yujin terus duduk kat tempat dia belakang aku.

YOU ARE READING
[✔]Unbreakable Love||Kang Minhee
FanficPERTEMUAN DUA ORANG REMAJA MENDORONG MEREKA KE JALAN CINTA. SETELAH BERSUSAH PAYAH MEMBINA CINTA ITU, ADAKAH IA AKAN KEKAL SELAMANYA ATAU SEBALIKNYA. »Malay+English Fanfiction »Terdapat unsur ii cringe (sweet moments) »NO smuts I don't own any pictu...