°육

75 22 2
                                    

" Choi soobin ! Ppalli ireona . Achimiya ! ", Laungku dengan suara lantang sambil mengetuk kasar pintu biliknya .

" Nae ? ", Lembut tak lembut , kalau dah nama lelaki , susah sangat nak bangun ! Boleh pula dia keluar dengan muka serabut sambil menguap . Kurang asam betul ! " Orang kata bangun awal kan . Ni masih membuta ni apasal !? ", Ha kau , kan aku dah marah macam mak mak . Soobin menggosok tengkuknya .

" pergilah mandi cepat , siap , lepastu sarapan ", Soobin mengangguk perlahan lalu menutup pintu biliknya semula . " Oi , jangan tidur balik ", Tiada sahutan , aku memulas pintu biliknya .

" Bertuah ! Aku kata jangan tidur balik ! ", Terkebil kebil soobin bangun menuju kedalam bilik mandi . Aku hanya menggeleng gelengkan kepala . Aduhai . Takkan lah aku kena berteriak awal awal pagi macam ni setiap hari ?

" Kau dah cakap dekat dia ke ? ", Aku memejamkan mata rapat . Selagi aku tak cakap dekat soobin , selagi tu lah dia tak habis habis tanya aku macam macam .

" Nanti aku bagitahu lah ", Kataku lalu meninggalkan dia . " Eh , kau jangan nak buat niat jahat pergi tengok dia mandi ya . Aku panggil dokkaebi kang ", Aku memberi amaran kepada Yeri .

" alah kau ni , macam tahu tahu je ", Lalu dia pun menghilang . Miang tak boleh bawa bincang . Aku menggelengkan kepala lalu pergi kedapur untuk membuat sarapan ringkas . Nasi goreng kimchi . Kau rasa ?

Aku tersengih sendiri , betapa famousnya nasi goreng kimchi ni sampaikan dekat mana mana Fanfiction pun selalu buat nasi goreng kimchi sebagai hidangan . 😂

Lebih kurang 20 minit aku memasak , maka maka , selesailah nasi goreng famous tu . Selama 20 minit tu jugalah , aku tak nampak budak choi tu keluar .

" Takkan lah dia tidur balik kot ? Yahh Choi Soobin ! ", Aku berjalan menuju kebiliknya lalu aku ketuk perlahan .

" Masuk lah ! ", Setelah mendapat izin , aku membuka pintu biliknya dan melihat dia memakai kemeja hitam bersama slack hitam .

Pegh gila ! HANDSOME SIAAA ! Patutlah budak Yeri tu suka gila dekat dia . " Dah siap ke ? Bersiap macam mak nenek ! Punya lah lambat . Berkulat aku tunggu kau . Aku lambat nanti , siap kau ", Kataku lalu pergi ke dapur semula untuk bersarapan .

" Apa noona ni , awal pagi dah terjerit jerit macam beruk lapar . Sabar lah . Orang tengah bermimpi lah tadi ", Aku memandang wajahnya . Dia cakap aku ni apa tadi ?

" Oh mimpi ? Kalau aku tumbuk kau ni , biar mimpi sampai 1 bulan , nak ? ", Laju dia menggeleng sambil tersengih lalu duduk disebelahku menjamah nasi goreng famous tu .

" Uwu , ingatkan tak pandai masak tadi ", Sekali lagi , aku meluku kepala nya .

" Padan muka "

~•~•~

Selama daripada masuk kereta tadi sampai lah sekarang , kereta tu hanya keluar bunyi lagi daripada radio sahaja . Aku memandang Soobin yang berada disebelah . Tadi bukan main menjawab lebih lebih . Sekarang senyap . Lebih tepat lagi , senyap lepas aku luku kepala dia .


" Um , Noona . Saya nak tanya ni , boleh ? ", Alahai , apa naif sangat dia ni sampai nak tanya soalan pun kena minta izin .

" Apa dia ", Soalku dengan suara datar .

" Er , semalam , masa Noona ternampak saya dekat dapur , saya rasa macam ada orang tengah perhati lah ", Aku menahan tawa .

" Laa ye ke . Perasaan kau je tu . Tak ada siapa lah yang nak perhati kau tu ", Aku mengerling kearahnya menggunakan anak mata . Wajah cemberutnya membuatkan kepalaku mengeluarkan pelbagai idea untuk mengenakan dia .

" Kau nak tahu sangat ke ? ", Soobin memalingkan kepala memandang kearah ku lalu mengangguk laju .

" Sebenarnya .. ", Aku berjeda seketika membuatkan dia tertunggu tunggu .

" Sebenarnya . Kita dah sampai ", Soobin memuncungkan mulut . Alahai comel pula dia .

" Dah , jom turun . Jangan nak muncung muncung sangat . Kiss kang ", Kataku sambil tangan ku sibuk mengambil barang barangku . Soobin pula terdiam . Aku tak tahulah sama ada dia diam sebab aku kata nak kiss , ataupun kami turun di kolej yang sama .

" Noona belajar dekat sini ke ? "

" Eh tak lah . Aku lecturer dekat sini ", Kataku sambil membuat muka . Tanya lagi kenapa .

" Tapi , Noona betul betul nak kiss ke kalau saya muncungkan mulut ", Aku memandangnya dengan muka 'malas nak layan' lalu menunjal kepalanya .

" dalam dream ", Kataku selamba lalu keluar dari kereta . " Oi . Kau nak mereput dalam kereta tu sampai kelas kau mula ke ? ", Cepat cepat dia mengambil barang lalu keluar dari kereta . Aku tersengih . Macam macam betul budak choi ni .

" Soora ! ", Aku dan Soobin serentak memandang kearah suara tersebut . " Oi Hyung ", Kini soobin pula yang memandang aku .

" Noona kenal Yeonjun Hyung ", Aku mengangguk perlahan . " Kenapa pula kitorang tak kenal . Kau lupa ke aku dah pernah cerita dekat kau pasal Soora . Jumpa pun dah pernah ", Wajah soobin bertukar keliru . Adui , budak ni kan .

" Dah jom , kelas nak mula dah . By the way , kau dah siap tak assignment Nenek tu ", Yeonjun mengangguk dengan angkuh lalu meletakkan tangannya dibahuku . Aku dah biasa . Ikutkan hati , aku nak je tumbuk muka dia . " Noona , saya balik tengahari nanti ! ", Dia jerit dengan suara nyaringnya sebab aku dah jauh .

" Weh , kenapa dia panggil kau Noona siaaa . Korang kan seumur ", Aku tergelak kecil .

" Sebab dia tu naif sangat . Jadi , aku pergunakan kenaifan dia tu . Aku bagitahu dia umur aku 24 , so , boleh lah dia dengar cakap aku ", Yeonjun membuat muka menyampah . " Pendek macam kau ni nak jadi Noona . Dalam dream ", Katanya lalu menunjal kepala ku seperti yang aku buat dekat Soobin tadi .

" HYUNG  !! Kau ni kan , memang nak kena lah . Sini kau ! ", Aku berlari mengejar Yeonjun yang sudah terlebih dahulu berlari lintang pukang macam anak khinzir terlepas . Haih , dalam kolej pun nak berlari kejar kejar macam tengah belajar dalam sekolah rendah . Budak budak betul .

~•~•~

Jam ditangan aku kerling . Dah jam 11 tepat . Soobin habis kelas jam 12 nanti . Lamanya ! " Soora . Kau tak balik lagi ? Tunggu Soobin ke ? ", Aku mengangguk perlahan . Penat . Nak balik , tidur .

" Hyung , kau rasa , sampai bila aku kena hidup macam ni . Maksud aku , bukan sebab soobin . Sebab .. "

" Ala , hyung tahu lah . Dah berapa kali kau cerita dekat hyung . Tak pe lah , lagipun , kau guna kuasa kau untuk kebaikan orang sekeliling kan ? Tunggulah sampai kau jumpa 'kekasih' kau ", Aku mengela nafas panjang . Yela , tapi sampai bila .

" jap , jangan cakap kau salah guna kuasa ", Aku memukul lengannya . " Hyung , aku jahat dan bongok macam mana pun , aku takkan sesekali guna kuasa ni untuk kebaikan aku lah ", Yeonjun tersenyum . Dia betul betul dah masak dengan perangai jahil aku ni .

" Jom makan . Hyung belanja ", Aku tersenyum lebar . Kalau bab makan ni , aku laju je . Lagi lagi kalau kena payung ! " Ni yang aku sayang dekat hyung ni . HAHAHAHA "

" Belanja je baru nak sayang . Kalau Hyung biarkan je kau , tak ada nak sayang hyungkan ", Aku tersengih . Betul lah tu . Hehe .

[H] Beautiful Curse || C.S.BWhere stories live. Discover now