Tepat jam 11 pagi , aku terjaga daripada tidur , si budak soobin tu bawa aku tidur balik . Geram nya aku . Tak pasal pasal aku jadi lambat mandi hari ni . Hm .
Aku memusingkan tubuhku menghadap soobin yang masih lena . Kuat tidur betul dia ni . Sesekali jari jemariku mengusik pipinya , hidung nya , rambutnya yang jatuh didahi aku selak . Berkerut kerut wajahnya apabila aku mengusik tidurnya .
" janganlah kacau ", Aku tergelak kecil . Comel ! Jihee !! Kenapa adik kau ni comel sangat woi ! Walaupun dah diberi amaran untuk tidak mengganggu , jari ku masih sahaja gatal mahu mengusap pipi nya yang gebu itu .
Tiba tiba matanya terbuka luas . Nampaknya dia terganggu gila ni , hehehe . " kan saya dah kata jangan kacau . Geram nyaaaaa ", Katanya lalu mencubit pipiku dengan geram .
" aw aw , sakit lah gila ! ", Aku mencebik kepadanya dan dia hanya tersengih .
" tadi kacau orang tidur boleh pula . Saya cubit tak nak eee "
" ala , orang kacau je pun . Bukannya orang gigit . Hm . Tak nak kawan lah macam ni ", Aku acah merajuk lalu mencuba untuk bangun tapi soobin ni kuat sangat . Tak dapat aku nak bangun . Nak terbangun je dia tolak aku baring balik .
" ish kau ni . Dah nak dekat tengahari dah ni odo . Aku lapar . Aku makan kau nanti ! "
" makan lah ", Balasnya selamba lalu menutup matanya semula . Bencinya aku ! Aku dengan perangai berani mati aku tu , pergi gigit tangan dia .
" aaww ! Apa ni ! ", Aku ketawa terbahak bahak apabila soobin membuat muka cemberut plus kesakitan . Haa padan muka !
" tadi dah bagi kebenaran makan kau . Aku gigit lah ", Balasku seloroh sambil ketawa berdekah dekah . Namun tawa ku mati apabila melihat wajah soobin yang nakal , omaigat . Tamatlah riwayatku .
" ketawakan orang ye ? Bukannya awak tak tahu saya lagi kuat dari awak sayang ", Heol . Aku menelan air liur ku beberapa kali . Soobin bangun dari pembaringan dan mendekatkan diri kearahku . Makin dia dekat , makin aku tenggelamkan diri didasar tilam yang empuk itu .
Tindakanku untuk menenggelamkan diri didalam tilam seakan akan tidak bermakna . Aku langsung tak kemana . Hiks . Makin dia mendekat makin aku rasa gementar .
Selamatkan aku . Dan dia berhenti mendekat apabila tiada sedikit pun jarak diantara wajah kami . Sungguhpun angin yang boleh mencelah tupun tak dapat nak lalu .
" takut ? ", Soalnya dengan senyuman yang orang panggil ' smirk ' . Aku hanya diam . Tak cakap apa apa , mahupun bergerak . Silap langkah , aku boleh tercium si soobin pabo ni . Dia ni wayar putus . Suka sangat cium bibir aku ni . Tahulah seksi . Deokhwa oppa , bibir ku telah dinodai !
" awak tahukan yang saya suka bibir awak tu ", Katanya dengan low voice . Omg , hots ! Namun aku masih diam . Nak je geleng , tapi susah .
" ingat , awak cari pasal , saya lumat lumat bibir awak ", Tak adil ! Apa ni , main ugut ugut ! Lalu perlahan dia bangun dari atasku . Aku menarik nafas dalam . Mencari oksigen yang hilang .
" dah , pergi mandi sana ", Arahnya . Dan sejak bila pula aku boleh suka suka ikut arahan orang ni ? Cepat cepat aku mengambil tuala dan masuk kedalam bilik mandi . Soobin hanya tergelak kecil lalu keluar daripada bilik ku .
~•~•~
Aku dan soobin dah setuju nak makan dekat luar since im pretty lazy to cook . Kalau haritu soobin bawa aku makan dekat tempat dia selalu makan , kali ni , aku pula bawa dia ke tempat aku selali makan .
" awak selalu makan dekat sini ? ", Aku mengangguk .
YOU ARE READING
[H] Beautiful Curse || C.S.B
FantasyTak ada sesiapa pun yang percaya tentang kewujudan kuasa . tetapi bagi Jung Soora , semua itu tak mustahil . Sumpahan yang dia dapat daripada perbuatannya hanya boleh dirungkaikan dengan Cinta sejati . Mungkin orang akan menganggap bahawa magic itu...