Serangan Mengejut.

0 0 0
                                    

Kakeru membuka mata, dia mendengar bunyi tapak kaki orang ramai diluar, dia memandang sekeliling, seperti dia berada di dalam khemah.

Hikari berjalan masuk sambil membawa makanan di atas dulang.

"Tak sangka aku akan dilayan oleh seorang puteri." kata Kakeru dengan nada selamba.

"Apa masaalahnya? Kau suka?" Soal Hikari sambil metakkan dulang disebelahnya.

"Kalau budak sekolah tengok mereka mesti buat muka cemburu mereka pastu buat benda mengarut buat aku rasa nak tanggalkan muka mereka." Kata Kakeru sambil tergelak jahat sikit.

"Jangan baring, duduk." kata Hikari sambil membantu Kakeru untuk bangun.

Kemudian, Hikari mula menceduk nasi dan kuah untuk disuapkan kedalam mulut Kakeru.

"Aku boleh makan sendir-" Belum sempat kakeru habis berkata, Hikari terus menyumbatkan nasi kedalam mulutnya.

Habis sahaja menelan nasi, Kakeru jerit.

"Aku boleh mati tercekek tahu tak?!"

"Jangan nak mengada," kata Hikari.

"Aku taknak dengar dari mulut orang yang paksa aku datang sini." kata Kakeru geram.

Kemudian, mereka senyap dan Hikari terus menyuapkan Kakeru.

"Kita dah ada dekat dunia magis." kata Hikari.

"Baru sekarang kau nak cakap?! Aku tahu, aku dapatkan rasakan pelbagai jenis magis, dan macam kau cakap, kerajaan kegelapan memang dah bangkit, aku dapat rasa magis mereka."

Kata Kakeru sambil memandang keluar.

"Hikari, kau tahukan bukan sebab kau aku cedera sampai tak sedarkan diri." kata Kakeru.

"Tahu, budak tu memang hebat, tapi dia kurang bijak." kata Hikari.

"Budak kau.." kata Kakeru tersenggeh

"Senyaplah," kata Hikari.

"Aku nak tengok keadaan di luar, buatlah apa yang kau suka." kata Hikari dan terus berjalan keluar.

Boomm!!

Satu letupan telah berlaku, di kawasan perkhemahan mereka. Semua askar kira kira 150 orang mula lari bertempiran.

"Apa yang berlaku?!" Soal Ken mula cemas kepada seorang askar yang sedang berlari.

"Ada orang guna magis letupan dari jarak jauh, tapi tiada siapa yang cedera buat masa sekarang!" kata askar itu dan terus berlari.

"Magis letupan? Tempat ni dah dijumpai ke? Tak mungkin!" Bisik hati Ken dan mula mengeluar satu magis.

Dalam masa yang sama..

"Puan! Apa yang kita perlu buat?!" soal Aria.

"Suruh semua askar bersiap sedia, pangkalan kita telah dijumpai!" kata Hikari dan memakai sutnya.

Mata Ken bercahaya biru, pandangan matanya terus berubah seperti menukar pandangan kepada badan lain.

Ken mengunakan badan Haiwan yang berada dalam hutan untuk memantau keadaan sekeliling.

Jantung Ken mula berdegup kencang apabila melihat 1000 askar yang mempunyai tenaga gelap dalam diri mereka sedang menghala ke arah pangkalan mereka dalam beberapa meter sahaja lagi.

Dengan pantas, Ken berlari ke arah Hikari.

"Puan! Kita takkan dapat lawan mereka!" kata Ken.

"Mereka terlampau ramai, bilangan mereka mencecah 1000 dan mereka mempunyao tenaga kegelapan dalan diri mereka! Jumlah askar kita tidak mencukupi untuk melawan mereka." kata Ken dengan nada cemas.

Magic worldWhere stories live. Discover now