BAB 1

2.8K 222 16
                                    

"Kita kena buat kempen dakwah. Sebarkan dakwah secara tegas! Dah akhir zaman ni. Kita tak boleh biarkan generasi ini tenggelam dengan dosa-dosa. Lagi pun, kita semua ada tanggungjawab untuk mengajak manusia lain buat baik. Apa kata kita buat kempen ini di sekolah?" jelas Humaira dengan panjang lebar di bilik mesyuarat pelajar.


"Err.. Itu memang bagus tapi.. Awak tak rasa ke perkara itu susah nak dilakukan? Tengoklah pelajar di sekolah kita ni. Masing-masing ada kumpulan sendiri dan nampak seperti tiada peluang untuk kita buat kempen ni." pendapat Salina.

"Ye. Saya setuju cakap Salina. Lagi-lagi top 10 kumpulan berbahaya di sekolah ini. Mereka orang yang berpengaruh pula tu." pendapat Dahlia.

"Dah tu. Awak semua ada idea ke nak hadapi masalah pelajar gengster ni?" ujar Humaira tidak puas hati.

Sepuluh orang pengawas sekolah itu memandang sesama sendiri.

"Kalau macam tu apa kata kita minta bantuan senior Alina?" ujar Ilmi.

"Memang pun. Aku nak juga sekolah kita buat kempen dakwah ni." ujar Humaira.

"Saya setuju cakap Humaira." tegur Alina secara tiba-tiba.

Semua yang berada di situ terkejut.

"Maaf, saya curi-curi dengar tadi. Tapi tak nak masuk bincang sekali sebab saya nak tengok macam mana kau orang punya perbincangan." jelas Alina lalu ketawa kecil.

"Senior Alina!" ujar Humaira sambil berdiri.

"Ye.. Saya memang setuju dengan pendapat awak. Tapi memang susah kalau kita nak suruh pelajar-pelajar sekolah ni ikut. Sebab tu saya nak semua pengawas sekolah ni je yang buat. Lagi pun kita memang ada kuasa untuk betulkan pelajar." jelas Alina.

"Alhamdulillah. Terima kasih, senior!" ujar Humaira.

"Perhimpunan pagi nanti saya akan cakap pasal kempen ni. Terima kasih sebab bagi cadangan yang bagus ni, Humaira." ujar Alina tersenyum manis.

*
*

Humaira teringat semula perbincangan di antara pengawas di bilik mesyuarat pelajar pagi tadi. Dia melihat senior Alina yang sedang berucap di atas pentas dengan terharu kerana cadangannya diterima.

"Saya telah berbincang dengan semua pengawas sekolah ini tentang masalah gengsterism di sekolah ini. Jadi, dengan kuasa yang saya ada di sekolah ini. Sebagai ketua pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Putri ini, saya merasmikan kempen dakwah di sekolah ini bermula hari ini dan seterusnya. Jadi, saya harap pelajar Muslim faham tentang kempen ini. Sekian, terima kasih." ucap Alina di atas pentas perhimpunan pagi itu.

Sebahagian pelajar sekolah itu bertepuk tangan manakala sebahagiannya lagi hanya diam sambil mengeluh.

"Top 10 kumpulan gengster sekolah ini, saya harap awak semua renung-renungkanlah kempen dakwah ini." ucap Cikgu Raisha selamba. Dia memandang kumpulan top 1 gengster sekolah itu dengan sinis.

***

"Bagus! Kempen Dakwah dah mula." ujar Humaira dengan gembira. Dia berjalan melalui lorong yang kerap pelajar-pelajar suka lepak. Dia mengawasi kawasan itu.

Tiba-tiba dia ternampak dua susuk tubuh di lorong itu.

"A-Aku sukakan kau!" ujar perempuan itu.

"Aku nak jadi girlfriend kau." luah perempuan itu lagi. Dia menunduk.

"Aku tak nak kecewakan kau." ujar Issac sambil tersenyum manis.

Perempuan itu terkejut lalu mendongak memang Issac.

"Jadi, aku terima kau jadi girlfriend aku. Lepas habis sekolah, jom keluar dengan aku." ujar Issac.

"Betul ke ni?" ujar perempuan itu dengan gembira.

"Betul, sayangku.." ujar Issac. Tangannya ingin menyentuh kepala perempuan itu. Tetapi tiba-tiba saja sebuah botol kosong di baling dan tepat kena pada tangannya yang ingin menyentuh kepala perempuan itu.

"Oi!" sergah Humaira. Dia memegang kertas yang bertulis Kempen Dakwah dan di halakan ke arah pelajar-pelajar itu.

"Jangan kau fikir kau selamat bila kau sentuh orang yang bukan mahram. Walaupun kau buat kat tempat yang tak ada orang ramai, Allah masih nampak semua perbuatan kau." ujar Humaira dengan berani.

"Kau ni banyak cakaplah! Jom sayang.. Kita pergi tempat lain." ujar Issac sambil mengusap tangannya yang sakit kena dengan botol kosong tadi.

"Oy! Jangan kau fikir kau boleh terselamat! Oy, kau perempuan! Jangan dengar cakap dia!" bebel Humaira.

Issac hanya buat tak tahu berjalan dengan perempuan itu.

"Aku takkan biarkan kau orang terlepas!" marah Humaira.

"Ye... Ye.. Good luck!" balas Issac dari jauh.

Humaira mengetap bibirnya.

"Humaira! Kalau situasi macam ni, awak tegur je dan biarkan kalau dia orang tak nak dengar." tegur Alina yang ternampak Humaira sedang berusaha menjayakan kempen tersebut.

"Ah, senior! Hmm.." ujar Humaira.

########### Mesej Time #########

"Setiap manusia di muka bumi ini diwajibkan berdakwah tak kira apa cara sekalipun."

Dakwah ada tiga cara:
1. Anggota badan
- tangan menarik/menghalang perkara maksiat.

2. Lisan
- menegur dengan kata-kata jika tidak mampu melakukannya dengan anggota badan.

3. Hati
- membenci perkara keji/maksiat jika tidak mampu melakukannya dengan anggota badan dan lisan.

- - -

"Kita haruslah berani dalam menyampaikan dakwah. Kita berdakwah sebab bukan kita alim tapi sebab itu peraturan Islam. Jadi, sentiasa lah mengajak berbuat kebaikan walaupun hanya sebesar zarah. Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti. Sentiasa lah berbuat amal kebaikan. Manalah tahu kalau amalan penyampaian dakwah ini yang akan menyelamatkan diri kita nanti? "


[DR1] Gadis Dakwah vs Bad BoyWhere stories live. Discover now