BAB 4

1.2K 167 15
                                    

"Maira? K-kau okay tak ni?" Adilah hairan melihat Humaira yang seperti sedang lari marathon.

"Aku nak cepat! Maaf!" ujar Humaira. Dia tergesa-gesa berlari masuk ke arah bilik disiplin.

Humaira menceritakan segalanya kepada Cikgu Muaz. Beberapa minit kemudian, Issac sendiri yang kembali masuk ke dalam sekolah dengan selamba. Semua pelajar memandangnya. Cikgu Muaz menangkapnya dan memarahi Issac di dalam bilik disiplin.

Issac hanya menunduk saja.

"Aku tak nak dengar lagi pasal kau keluar dengan perempuan lagi. Faham?" tegas Cikgu Muaz.

Issac hanya mengangguk.

"Enam kali. Cepat!" tegas Cikgu Muaz sambil memegang rotan. Issac hanya menurut saja.

Zapp!

"Aduh!" Issac menjerit kesakitan. Dia memejamkan biji matanya.

"Tahu pun sakit! Ini baru hukuman dunia. Belum akhirat lagi. Kalau aku tak rotan kau sekarang, memang lagi teruk lah kau nanti buat perangai! Kau tak takut ke kena soal kat akhirat? Ke memang kau nak masuk neraka?" bebel Cikgu Muaz sambil merotan punggung Issac.

Issac terkedu.

Cikgu Muaz tersenyum sinis.

***

Issac keluar daripada bilik disiplin. Dia tersenyum sinis sebaik saja dia berjalan menuju ke hujung blok bangunan kelas.

"Kau memang licik kan?" tegur Humaira.

"Heh! Aku terkejut juga kau dapat tahu plan aku. Pandai kau teka!" ujar sinis Issac.

"Sebab aku pengawas sekolah. Jadi, aku dah banyak tahu pasal trick orang-orang yang bermasalah macam kau ni." ujar Humaira.

"Hahahaha! Aku dah agak dah aku akan kena rotan walaupun aku buat macam mana pun. Sebab tu aku dah awal-awal lagi prepare seluar tebal. Cikgu Muaz tu bodoh juga nampaknya sebab percaya dengan drama aku tadi." ujar Issac lalu ketawa.

"Aku yakin yang kau tak akan berani report lagi pasal aku." ujar Issac sambil pantas mendekati tubuh Humaira.

Humaira ingin menjerit tetapi Issac pantas menutup mulutnya dengan sapu tangan.

Humaira terkejut. Tubuhnya tak mampu bergerak kerana telah ditahan oleh Issac.

"Kau memang kat mana-mana aku pergi, kau mesti muncul tepat pada waktunya." bisik Issac.

"Aku tak nak buat benda ni kat kau. Tapi, bukan senang nak suruh kau tutup mulut kau." tambah Issac. Dia menyentuh pipi Humaira dengan lembut.

Humaira berdoa di dalam hatinya agar dirinya selamat.

"Kalau kau menjerit, aku jadi agresif kat kau. Mana satu kau nak?" soal Issac sinis.

"Aku tak nak siapa pun yang tahu pasal ni. Tapi, aku kena cerita juga dekat kau sebab kau seorang je jenis yang macam nak kenal diri aku. Jadi, dengar baik-baik." ujar Issac. Dia menjauhkan dirinya sedikit daripada tubuh Humaira.

"Aku playboy dan aku suka couple dengan perempuan yang berlainan untuk sehari..." ujar Issac.

"Kau ingat perempuan ni barang mainan ke? Dah bosan je, kau buang." marah Humaira.

"Aku yakin kau takkan berani report lagi." ujar Issac sinis sambil menunjukkan sapu tangannya yang digunakan untuk menutup mulut Humaira tadi.

"A-apa maksud kau? Kau letak apa?" ujar Humaira yang tiba-tiba saja menjadi takut.

"See? Kesannya dah ada sekarang. Aku letak pil penakut tadi. Pil tu mesti kau dah tertelan masa aku tutup mulut kau secara mengejut tu. Pil tu pun memang kecil. Sangat mudah tertelan." jelas Issac sinis.

"Apa kau nak buat dengan aku?" tanya Humaira lemah.

"Pil tu berkesan dalam sehari je. Kau takkan hilang ingatan atau apa pun." ujar Issac.

"Kalau macam tu, lepaskan aku. Biar aku pergi." ujar Humaira.

"Aku tak minta banyak. Cuma aku nak kau jadi girlfriend aku." ujar Issac.

"Serius? Aku dapat apa?" soal Humaira lembut.

"Kalau kau jadi girlfriend aku sehari, aku janji akan berubah lepas itu." ujar Issac.

"So... Will you be my girlfriend for one day?" tanya Issac.

"Kalau macam tu, aku setuju. Tapi ada syarat. Disebabkan diri aku yang tiba-tiba jadi penakut dengan lelaki, aku nak cadangkan perkara ini." ujar Humaira.

"Apa syaratnya? Aku dengar." ujar Issac.

"Aku jadi girlfriend kau tapi sepanjang kita couple, kau tak boleh buat aku macam perempuan lain. Aku akan gantikan dating tu semua dengan perkara yang bermanfaat. Kau setuju?" ujar lembut Humaira.

"Baiklah. Aku setuju. Asalkan aku dapat habiskan masa aku dengan kau." ujar Issac.

"Apa maksud kau?" soal Humaira.

"Tak ada apa. Jadi, kau dah officially jadi girlfriend aku. Apa kau nak buat petang ni? Kalau cara aku, aku tempah hotel. Tidur dengan kau." jujur Issac.

Humaira membeliakkan biji matanya. "Tak boleh. Berdosalah buat macam tu. Jom lah pergi masjid tepi lorong itu. Buat ibadah." ujar Humaira.

"Hahahaha! Kalau aku tak bagi kau makan pil penakut tu tadi, sah-sah kau dah tumbuk aku dah. Tapi aku setuju je. Jumpa kat masjid ye, sayang.." ujar Issac lalu berjalan menuju ke kelasnya.

Humaira dalam hatinya berasa hendak menumbuk Issac sampai lumat tetapi dia tidak berani melakukannya. Pil itu yang membuatnya menjadi lembut dengan lelaki! Humaira seakan akan hendak menjerit terapi ditahannya. Kalau aku tak boleh nak hentam mamat tu sekarang.. Arghh! Aku mesti buat sesuatu. Desis hatinya.

############ Mesej Time ##########

"Menipu? Allah tetap dapat melihat di setiap perbuatan yang di lakukan. Malaikat kiri kanan tak pernah letih untuk mencatat amal baik dan buruk. Allah sentiasa memerhatikan hamba-hambaNya."

- - -

"Bawalah kawan seramai yang mampu. Jangan berjalan seorang diri. Kalau apa-apa terjadi, sekurang-kurangnya kawan ada boleh membantu. Tapi jika seorang diri, menyesal tak sudah."

[DR1] Gadis Dakwah vs Bad BoyWhere stories live. Discover now