BAB 5

1.8K 197 48
                                    

Petang itu di masjid..

"Saya akhiri tazkirah saya ini dengan ayat ni. Saya harap anda semua dapat mengingati ayat ini sehingga mati." ujar imam di masjid itu.

Issac di tempat duduknya hanya fokus mendengar.

"Walau sejahat mana pun kita. Walau sehebat mana pun kita.. Kita wajib menunaikan solat lima waktu. Kerana.. Solat akan menjadi panduan hidup kita. Perlahan-lahan solat juga boleh mengubah hidup kita. Kerana itu adalah salah satunya penghubung kita dengan Allah swt. Di kubur, soalan yang pertama akan di tanya adalah pasal solat kita..." jelas imam itu.

Issac terkedu.

"Solat taubat adalah selepas kita betul-betul menyesali tentang dosa yang kita pernah buat dan betul-betul berjanji takkan mengulangi semula dosa itu. Itu dosa dengan Allah.. " sambung imam itu.

"Kalau dengan manusia pula, kita mesti meminta maaf kepada orang yang kita pernah buat dosa. Terpulang pada orang itu nak maafkan atau tidak.." sambung imam itu lagi.

***

"Lepas ni nak buat apa lagi? Tak pernah lagi aku rasa tenang macam ni." ujar Issac.

Humaira terkejut dengan kata-kata Issac.

"Hm.. Malam ni aku nak kau qiamulail untuk solat taubat dan solat hajat. Boleh kan?" ujar Humaira.

"Boleh je. Aku rasa sangat tenang." ujar Issac sambil tersenyum manis.

Issac teringat perbualannya bersama Humaira petang tadi. Dia bangun qiamulail.

Issac mengambil wuduk dan mula solat taubat dan solat hajat yang dicadang oleh Humaira.

*

*

*

Pagi itu di sekolah..

"Kelas 4 A2 dan 4 B2.. Kita ada trip di pantai." ujar Cikgu Syafiqah.

"Masuk dalam bas sekarang. Semua barang-barang persediaan sudah tersedia." tambahnya.

"Cikgu Syafiqah suka betul bagi surprise macam ni." keluh Humaira. Dia teringat semula kata-kata Cikgu Syafiqah itu pagi tadi.

"Oi! Jom lah. Sementara kau masih lagi jadi girlfriend aku." ujar Issac.

"Pergi mana?" soal Humaira hairan.

"Lepak dengan dia orang tu. Rugi tak habiskan masa kat pantai yang cantik ni." ujar Issac.

"Yelah.." akur Humaira.

"Err kenapa minah baran ni ada sekali?" soal Haiqal gerun.

"Aku yang ajak dia. Jangan risau. Mood dia tengah baik ni." ujar Issac.

"Okay.. Kalau macam tu. Kita main bola tampar nak tak?" ujar ketua kelas 4 A2.

"Aku dengan dia partner." selamba Issac menunding jari ke arah Humaira.

"Okay.. Kalau macam tu aku dengan Adilah." ujar Haiqal.

"Eh? Aku juga. Aku mana pandai main bola tampar. " Adilah mengeluh.

"Kau tampar orang boleh kan? Bola tampar pun sama je." ujar Haiqal.

"Yelah!" ujar Adilah.

Issac dan Humaira vs Haiqal dan Adilah..

Game start!

Mereka bermain bola tampar..

Sementara itu..

[DR1] Gadis Dakwah vs Bad BoyWhere stories live. Discover now