"Awak buat pemerhatian dulu. Kalau awak nampak pelajar itu kerap buat masalah, baru awak tegur lagi." jelas Alina kepada Humaira.
Humaira teringat kata-kata senior Alina. Dia berjalan menuju ke kelasnya. Tiba-tiba sahaja perempuan semalam yang dia tegur bersama lelaki itu terlanggar bahunya.
"Oy, Apesal ni?" ujar Humaira kepada perempuan itu.
Perempuan itu mengelap air matanya. Humaira memandang ke arah Issac yang sedang menunjukkan wajah seriusnya.
"Jangan cakap yang kau dah..." Humaira terus menarik tali leher Issac dengan kasar.
"Apa kau buat ni, minah dakwah?" soal Issac dengan keras. Dia berasa sedikit tercekik kerana tarikan kasar itu.
"Kau dah buat apa dengan perempuan tu?!" bengis Humaira. Makin kuat tarikan tali leher itu.
Badan Issac terpaksa ke depan mendekati Humaira kerana takut mati tercekik.
Humaira sedar perkara itu lalu dia melepaskan tarikan itu.
"Aduh, kau ni! Kalau aku mati tadi, tak sempat aku nak bertaubat nanti." ujar Issac spontan. Dia terbatuk-batuk. Dia membetulkan semula tali lehernya.
"Kau cakap sekarang!" tegas Humaira.
"Uh! Aku dah break dengan dia. Dia menangis sebab aku cakap aku nak putus. Tu je." ujar Issac.
Perempuan itu lagi menangis kuat dan berlari pantas meninggalkan tempat itu.
"Sayang... Apa sayang buat kat sini?" tanya perempuan yang tiba-tiba saja datang. Wajahnya sedikit kelihatan marah kerana Humaira ada bersama kekasihnya.
"Oh.. Tak ada apa. Saya tunggu awaklah. Lama sangat. Tu yang sampai saya borak dengan pengawas ini." bohong Issac. Dia malas mendengar bebelan perempuan itu kalau memberi tahu perkara sebenar.
"Perempuan lain pula?" ujar Humaira.
Langkah kaki perempuan itu terhenti. "Apa maksud kau, perempuan lain?" soalnya.
"Jom sayang. Kita ponteng sekolah. Dating kat mamak." ujar Issac.
"You ni gentleman lah. Cakap direct macam tu kat depan pengawas. Habis lah kita." gigil perempuan itu.
"Jom lah. Jangan takut. I ada di sisi you." ujar Issac. Dia berjalan bersama perempuan itu ke arah pintu pagar sekolah. Selamba sahaja dia memanjat pagar sekolah itu bersama pelajar perempuan.
Humaira terkedu. Ada juga orang macam ni ye?
***
Seminggu kemudian..
Pagi itu, kelas 4 A2 dan 4 B2 kebetulan berada di perpustakaan kerana tiada guru yang mengajar.
"Untungnya Issac! Aku dari dulu sampai sekarang single je." ujar salah seorang rakan Issac.
"Itulah. Kau orang kena pandai bergaya macam aku. Barulah awek lekat!" ujar Issac selamba.
*
*"Ramainya orang kat perpustakaan ni." ujar Humaira sambil memegang buku teks sains.
"Senyaplah! Aku nak buat ulangkaji lah weyh!" jerit Humaira.
"Sabar.. Maira!" pujuk Adilah. Sahabat baik Humaira.
Semua pelajar di dalam perpustakaan itu senyap kerana terkejut mendengar suara Humaira kecuali Issac yang sedang rancak membuat bising.
"Woi, senyaplah Issac! Pengawas dah ada ni. Kau nak kena penyepak dengan dia ke?" tegur ketua kelas 4 A2.
Issac buat-buat tak dengar. Dia sedang sibuk rancak bersembang.
Tiba-tiba dia gelak lantang.
Humaira berasa panas hati. Dia berjalan mencari suara itu.
"Maira.." Adilah mahu menghalang tetapi tak dapat. Humaira sudah pantas bergerak.
"Minah tu panas baran kalau tak silap aku. Habis lah kau.. " ujar kawan Issac dari jauh.
"Oy! Ni perpustakaan. Baik kau diam sekarang! Aku nak buat ulang kaji." tegas Humaira. Dia memandang tajam ke arah Issac yang sedang duduk itu.
"Eh... Eh.. Kau lagi? Minah dakwah ni lah yang aku cerita tadi." ujar Issac selamba kepada kawan-kawannya.
"Aku tak faham lah. Apahal kau asyik muncul setiap kali aku sedang buat dosa?" soal Issac selamba.
Semua pelajar di dalam perpustakaan itu ternganga dengan soalan jujur itu.
"Apahal dengan korang ni? Aku jujur je." ujar Issac.
"Dah kau pun kebetulan buat dosa depan aku. Aku tegur je lah. Aku cuma nak ambil saham pahala aku untuk akhirat je. Kenapa eh?" jelas Humaira selamba.
Semua pelajar tersentap.
"Aduh! Pedihnya telinga aku dengar ayat kau." ujar Issac.
"Sekarang kembali ke topik asal. Kau kalau nak buat bising, kat luar. Aku nak ulangkaji pun tak senang." ujar Humaira tegas.
"Tak nak." jawab pendek Issac.
"Suka hati aku lah nak buat apa pun." tambah Issac.
"Apa kau cakap tadi? Boleh ulang semula?" ujar sinis Humaira. Dia menggenggam kuat buku teks sains nya.
"Oh? Aku cakap, aku tak nak senyap. Suka hati aku lah nak buat apa pun." ujar Issac.
"Senyap sekarang kalau tak aku pukul kau dengan buku teks aku ni." ugut Humaira sambil menunjukkan buku teks sains nya yang tebal itu.
"Pukul lah. Aku nak tengok." cabar Issac selamba.
Humaira terasa tercabar.
"Maira! Sabar.. Bawa bertenang!" celah Adilah. Risau dia.
"Aku tak berani masuk campur. Sorry.." ujar ketua kelas 4 A2 itu.
"Tepi, Dila! Biar aku ajar sikit mamat ni!" amuk Humaira.
"Tapi.." Adilah terpaksa berundur diri.
"Pfftt! Aku tak fahamlah kenapa ramai orang takut dengan minah ni." ujar Issac.
"Tak kira lah kau budak pandai atau tak. Tapi kalau kau tak ada rasa hormat pada orang lain, bermakna ilmu yang kau ada tu sia-sia je!" berang Humaira lalu dia menghempaskannya buku teks sains nya ke atas kepala Issac.
Dush!!
"Aduh!"
############ Mesej Time ##########
Nabi pernah berpesan kepada umatnya:
"Dengarlah nasihat walaupun daripada seorang pelacur.."
- - -
"Allah sayang dengan semua hambaNya. Allah menegur kita melalui pelbagai cara. Paling kerap terjadi adalah melalui manusia yang berilmu. Apabila ada manusia lain datang menegur, kita sepatutnya mendengar. Tak kira daripada siapa pun yang menegur."
YOU ARE READING
[DR1] Gadis Dakwah vs Bad Boy
Fiksi Remaja[Karya by: @White_memory] [Genre: teen fiction, non-fiction] Published: 2019 Siri: Dakwah Remaja 1 Words: 4,374 ⚠️cerita rekaan yang mempunyai pengajaran ilmu agama⚠️ ⚠️Do not plagiat. Saya takkan halalkan!⚠️ ⚠️💯Idea saya sendiri⚠️ **** "Be My Girl...