Suatu pagi di SRT Cyberaya 1,
Ali : Fuh,nasib baik tak lambat harini. Kalau tak teruk kena dengan Puan Munah.
Ali masuk ke kelas dan duduk di tempat duduknya. Ali ternampak Viktor bermain permainan video bernama Detektif Jebat siri baru.
Ali : Woi,ada siri baru ke game ni?
Viktor : Haah! Kau tengok ni! Best gilerr woiii.. balik ni kau download. Mesti kau suka siri baru ni. Detektif Jebat dapat power baruu
Ali : Wuish macam bestt! Okay balik nanti aku download
Alicia masuk ke kelas dan terpandang Ali. Hatinya berdegup cepat setiap kali nampak wajah Ali. Alicia termenung sehingga Ali perasan bahawa Alicia pandangnya. Ali hanya mengenyit mata padanya dan itu membuatkan Alicia blushing. Alicia terus duduk di tempat duduknya tanpa menoleh ke Ali.
Ali : Alicia...
Alicia : .....Apa?
Ali : Kau okay tak? Lama jugak kau termenung tengok aku
Alicia : Mana ada aku tengok kau. Perasan betul
Ali : Eleh taknak mengaku pulak. Tahu la aku hensem
Alicia : Diamlah budak perasan. *blushing*
Loceng berbunyi dan semua murid masuk ke kelas termasuk Puan Munah. Sesi pembelajaran bermula.
Selepas selesai sesi pembelajaran,loceng berbunyi yang menandakan waktu rehat. Semua murid keluar lalu pergi ke kantin untuk membeli makanan.
Pada waktu rehat bersama Ali dan Viktor..
Viktor : Ali,kau tak makan ke?
Ali : Hm aku tengah fikirkan something ni
Viktor : Kenapa? Ada apa-apa ke?
Ali : Tadi Alicia termenung tengok aku. Lama pulak tu. Tapi cara dia tenung lain macam sikit
Viktor : Lain? Lain macam mana?
Ali : Hm entah la. Malas nak fikir.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah habis. Semua murid masuk ke kelas dan meneruskan pembelajaran.
Selepas selesai sesi persekolahan...
Ali : *phone bunyi* Eh? Ada mesej? Dari Uncle?
Ali! Cepat datang ke akademi. Kecemasan ni! Uncle dah panggil Alicia -Uncle Bakar
Baik Uncle. Saya dan Alicia akan datang sekarang! - Ali
Ali dan Alicia bergegas ke akademi. Sebelum sampai ke akademi....
Ali : Emm Alicia?
Alicia : Apa?
Ali : Kau rasa kenapa uncle tiba-tiba suruh kita datang cepat eh?
Alicia : Mana aku tahu. Ada la kecemasan tu.
Ali : hmm..aku nak tanya kau something boleh?
Alicia : Tanya je lah
Ali : Kau anggap aku ni sebagai apa?
Alicia : Kawanlah. Apa lagi?
Ali : Kau takde rasa lain-lain ke kt aku?
Alicia : Takde. Kau bukan hensem pun. Takde maknanya aku nak suka kau lebih dari tu.. jangan mimpi
Ali : Eleh. Macam kau cantik. Aku pun sama la tak suka kau lebih dari tu. Aku suka orang lain.
Alicia : ....*terkejut dalam diam*
Bersambung....
YOU ARE READING
Don't Leave Me {EJEN ALI FANFICTION}
ФанфикKisah cinta yang rumit berlaku antara Ali dan Alicia. Adakah hubungan mereka boleh berkekalan walaupun hadapi segala ujian? #EjenALI #EjenALICIA #MATA #WauANIMATION