Confession

3.1K 112 9
                                    

Suatu pagi di SRT Cyberaya...

Ali : VIKTOR!! *hentak meja Viktor*

Viktor : WARGHH! Apa ni Ali? Terkejut aku!

Ali : Hehehe aku nak ceritakan kau pasal malam tadi!

Viktor : Benda apa ni? Pasal kau dengan Alicia ke?

Ali : Haah. Rasa macam date semalam. Aku belanja dia makan. Dia terus tak merajuk!

Viktor : Wah bagus bagus! Lepastu korang buat apa lagi?

Ali : Kami jalan kat taman pulak. Tapi tulah,malam tadi aku nak confess dekat dia. Tapi tak sempat pulak

Viktor : Asal? Kau nervous ke?

Ali : Bukan la. Bapak dia pulak telefon. Tak sempat nak confess hm

Viktor : Meh aku tolong kau confess dekat dia. Kita pelan sama2!

Ali : Ha jom2? Bila?

Viktor : Sekarang la!

Ali : Sekarang? Kau nak aku confess hari ni ke?

Viktor : Yelah. Kalau tunggu lama2 nanti kena ambik orang pulak. Kau nak?

Ali : (Rudy...kalau aku lambat,Rudy mesti dapat dia) Mestilah taknak! Alicia aku punya!

Viktor : Bagus! Semangat tu aku nak dengar. Okay,kau free tak petang ni?

Ali : Ha free2. Kenapa?

Viktor : Okay,kau ajak dia keluar petang ni. Aku akan tolong belikan hadiah yang sesuai untuk kau bagi dekat dia.

Ali : Kalau dia taknak macam mana?

Viktor : Ala mesti nak la! Pergi ajak dia sekarang! *tolak Ali*

Ali : Yelah yaaa!!!

Ali berjalan menuju ke arah Alicia

Ali : Hai Alicia

Alicia : Hai Ali

Ali : Awak free tak petang ni?

Alicia : Sejak bila kau berawak dengan aku ni?

Ali : Ala awak ni bagitau la. Free ke tak?

Alicia : Free je. Kenapa?

Ali : Okay! Kita keluar taman petang ni!

Alicia : Petang ni? Kita berdua ja ka?

Ali : Yelah! Dengan sape lagi?

Alicia : Tapi ak—

Ali : Okay kau jadi kan? Byee jumpa petang ni!

Alicia : Apakah... (kenapa dia berawak ni? Lain macam la Ali sejak2 ni. Dari semalam lagi macam tu)

Pada waktu petang,Alicia telah tiba di taman dan tunggu kedatangan Ali. Ali dan Viktor bersembunyi untuk membincang tentang pelan mereka.

Viktor : Okey Ali! This is YOUR time! Adu tak sabarnya nak tahu ending korang!!

Ali : Hm aku nervous la Viktor! Macam mana kalau dia reject aku? Dia sukakan orang lain,aku yang malu. Macam mana kalau—

Viktor : *tutup mulut Ali* Sshhh dah diam. Confident je. Belum cuba belum tahu Ali! Kau dah pakai smart2 ni siap minyak wangi dengan rambut stail! Mesti ending korang baik punya

Ali : Hm,okeylah

Viktor : Okay! Dah pergi sekarang!

Ali berjalan menuju ke arah Alicia. Ali berasa takut untuk mendekati Alicia. Alicia perasan penampilan Ali sangat lain dari yang lain. Dia terpukau dengan pemakaian Ali tapi cuba untuk mengawalnya

Ali : Hai hehe sorry lambat

Alicia : Takpe. Lainnya kau petang ni?

Ali : Aku nampak hensem kan?

Alicia : Hm tak pun (sangat hensem omg..)

Ali : hmphh! Dah la,jom jalan

Mereka berdua berbual sambil berjalan bersama. Alicia kelihatan sangat selesa bila berada di sisi Ali. Alicia bertambah suka padanya dan hati Alicia mula berkata dia sayang pada Ali

Alicia : Jom tengok pemandangan tasik tu

Ali : Okay jom! (Inilah masanya...)

Alicia : Cantiknya pemandangan dekat tasik ni. Ada burung. Awan pun nampak cantik. Kan Ali?

Ali : Ya. Tapi tak secantik awak,Alicia

Alicia : Hah?

Ali : Aku ada benda nak cakap dengan kau

Alicia : Okey..Ali kau buat aku nervous la

Ali : Jangan risau. Alicia,dulu aku sangat tak sukakan kau sebab perangai kau yang sombong berlagak tu

Alicia : Hey! Apa kau cakap?!

Ali : Erkk dengar la dulu ish

Alicia : Hm yelah

Ali : Tapi,lepas aku dapat tahu kau sebahagian dari MATA. Aku sangat terkejut. Aku mula2 ingatkan kau ni biasa2 je. Tapi kau special sangat. Dan,sejak kita berbaik dan berkawan ni,perasaan benci aku terhadap kau makin hilang dan ada satu perasaan lain yang aku ada terhadap kau

Alicia : Ali.... *terharu*

Ali : Alicia..Aku sukakan kau. Sangat2. Aku tahu haritu aku pernah bagitau aku cakap aku sukakan orang lain and bukan kau. Tapi itu sebenarnya aku cuba menafikan yang aku sukakan kau sangat2. Aku suka kau,Alicia. Kau rasa yang sama tak dekat aku?

Alicia : *blushing* Ali...sweetnya kau ni

Ali : Emm taklah haha aku nervous je

Alicia : *cakap malu2* Ya.

Ali : Hah?

Alicia : Ya. Aku pun..sukakan kau,Ali

Ali : Hah?! Betul ni?!!

Alicia : Ya... *blushing*

Ali : Saya terkejut. Ingatkan awak sukakan Rudy

Alicia : Aku—Saya tak pernah sukakan Rudy. Saya sentiasa sukakan awak. Dah lama saya pendam

Ali : Saya pun. Alicia,tutup mata awak. Saya ada hadiah nak bagi

Alicia : Okey..

Ali membuka kotak yang mengandungi seutas rantai yang cantik yang dibeli oleh Viktor. Ali pakaikan rantai itu pada Alicia.

Ali : Okey,boleh bukak sekarang

Alicia : Ali..cantikya rantai ni!

Ali : Suka tak?

Alicia : Mestilah suka!!

Ali : Syukur awak suka ;) Dah,jom jalan lagi?

Alicia : Hehe okay...

Ali dan Alicia berjalan bersama sebagai sebuah pasangan. Mereka berdua berasa lega kerana dapat meluahkan perasaan yang telah lama terpendam. Viktor melihat dengan rasa bahagia dan seronok kerana mendapat ending yang baik. Ali dan Alicia kini adalah pasangan yang bahagia

Bersambung...tomorrow new chapter.
Sorry guys sebab up lambat!!

Don't Leave Me {EJEN ALI FANFICTION}Where stories live. Discover now